Thursday, August 30, 2012

Perutusan Hari Raya

Aku baru jumpe kat Radio bangsar Utama punyer web, perutusan Hari Raya dari blogger Tukar Tiub, walaupon dah masuk minggu ke 2 raya...enjoy.. Kah..kah.kah

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Rasanya tak terlambat untuk aku dan family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupon dah masuk raya ke 10 hari ni. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut Aidilfitri di kedua-dua kampung yakni Sungai Tiang Darat dan juga Peserai, Batu Pahat. Aku start cuti hari Jumaat, dan balik ke Sungai Tiang pada Jumaat tengahari, singgah di Sungai Besar untuk beli baju anak-anak serta tudung ibu anak-anak. Sampai di rumah dah lepas buka puasa, namun masih ada lagi soto yang dimasak oleh ibunda disediakan untuk kami. Raya ke 2 petang gerak balik ke rumah di Salak Tinggi, ikut hati nak je travel terus ke Batu Pahat tapi disebabkan jem di Tanjung karang perjalan yang sepatutnyer 3 jam jadi 6 jam. Sampai di Salak Tinggi dah pukl 2 pagi. Tidur je la jawabner. Esoknyer jam 8 pagi baru gerak ke batu Pahat, dan yang bestnyer plus hiway kosong clear. Syukur sais pinggang aku belum meningkat lg selepas raya ke 10 ni...
"memang tak leh ubah la style bergambo"..

Sunday, August 12, 2012

Lagi raya

Aku rase dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya ni spesel skit, cover by Metalika..Tak sangka James Hetfield pon tangkap leleh ngan lagu ni dari arwah S.Jibeng ni.

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan

Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu. Aku rasa baru minggu lepas je beli kuih kemboja kat pasar Ramadhan Selekoh, padahal aku beli masa 1st day puasa aku balik kampung. Kuih kemboja Selekoh memang tiada tandingannyer yop. Anak anak makin teruja nak sambut raya. Tahun lepas diowang balik kampung tanpa ibu dan ayahnya. Tahun ni insyallah beraya di Bagan dato dulu, pastu baru ke batu pahat. Cuaca pon makin lama, makin panas, makin berat cabaran dan dugaan. Yang pasti 10 malam terakhir ni patut diperbanyakkan iabadat-ibadat malam, bukannyer sibuk dengar lagu raya, sibuk shoppong dan sibuk buat janji-janji. Patern orang Islam Malaysia ni, awal-awal Ramadhan je penuh surau dan masjid, dah smapai pertengahan tinggal separuh saf, ujung-ujung tinggal la pak imam, tok siak dengan ahli jawatankuasa masjid...sedih...