Monday, January 21, 2013

Bahan bacaan

Semua orang suka membaca. Tak kira apa bahan bacaan yang dibaca ianya dah macam hobi mengisi masa lapang. Aku lepas umur meningkat ke 30an ni, minat membaca aku sekarang lebih mendalam. Bukan tak suka membaca masa umur remaja dan dah lewat 20an, tapi sebab kekangan masa dan kurang bahan bacaan. Hari ini aku nak buat review satu buku yang amat menarik untuk dibaca. Buku ini bertajuk Art of Deception. Tataulah ada yang dah baca. Buku ini milik ayahanda aku. Masa balik kampung beraya terjumpa buku ini, ayahanda belum habis membaca. Jadi balik akhir tahun lepas ayahanda dah habis baca dan aku pun meminjam dari beliau. Ayahanda aku memang seorang yang suka membaca. Kitab-kitab tafsir, hadith-hadith, buku-buku ilmiah semua ayahanda baca. Tak hairan kalau pengetahuan am ayahanda amat tinggi. Dari persoalan isu-isu semasa, politik dan agama insyallah ayahanda boleh mengulas dengan baik. Oh ya ayahanda tak suka membaca Utusan Melayu dan Berita Harian, yang disifatkan akhbar yang penuh fitnah dan racist. Ayahanda lebih memilih Sinar Harian dan juga Harakah.
Berbalik kepada buku tadi, Art of Deception, buku ini ditulis oleh Jerry D Gray, bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang telah bersara dan meemluk agama Islam. Beliau dengan teliti melalui kajian-kajian membongkar tentang penipuan Amerika Syarikat berkenaan tragedi 9/11. Setiap bab menceritakan tentang fakta-fakta dan juga bukti-bukti penipuan dan perancangan AMerika Syarikat untuk menyerang dan melabel Islam sebagai terrorist. Amerika dan Israel berpakat untuk menghancurkan Islam melalui pergerakan Freemason yang ternyata memang wujud. Memang celaka Amerika dengan Israel. banyak isu-isu yang dikupas oelh penulis antaranya bagaiaman bangsa Yahudi yang bekerja di WTC tidak ada yang mati. Dan juga bagaimana tentera udara US tidak memintas pesawat yang cuba melanggar Pentagon. Semua persoalan-persoalan ini diutarakan oleh penulis. Kalau perasan selepas tragedi 9/11 banyak-negara Islam telah diserang oleh US atas alasan meemrangi pengganas. Itulah matlamat utama US dan Israel sebenarnya. Menghalalkan perang ke atas umat Islam. Lagi sekali memang celaka 2 negara ni. Aku ni tak la pandai review sangat cuma memang buku ini aku rekemenkan pada sesiapa yang suka membaca tentang cobflict Islam dan barat. Bahasa yang digunakan juga amat mudah difahami walaupaun terdapat bahasa Indonesia kerana penterjemah asal adalah orang Indonesia. Ok lepas ini insyallah aku review buku lain.

Sunday, January 20, 2013

Riang Ria Hujung Minggu

Terasa lama bener aku tidak mengupdate blog. Password pon aku hampir-hampir terlupe. Macam biasa tahap malas yang tinggi adalah punca utama. Hari ini baru terlintas nak update, disebab Sabtu lepas aku seisi keluarga menggunakan pengangkutan awam untuk ke KLCC. Aku lama juga aku tidak menggunakan pengangkutan awam terutama ERL dan LRT. Memandangkan rumah aku dekat ngan stesen ERL Salak Tinggi, dan atas cadangan orang rumah aku untuk membawa anak-anak menaiki ERL, tepat jam 11.00 pagi kami sampai di stesen ERL Salak Tinggi membeli tiket untuk menaiki ERL. Mujur tak ramai penumpang. Mungkin disebabkan harga tiket yang agak mahal. Ye memang mahal, untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak jumlah tiket adalah RM37.00 untuk sehala. Bukan Kedekut tapi RM37.00 tu boleh buat beli susu Anmum Farhad. Manakala Farhad yang berumur setahun lebih tidak dikenakan apa-apa cas. Setelah menunggu hampir 10 minit ERL yang di tunggu sampai. Agak kelam kabut juga memastikan anak-anak naik, takut tertinggal. Suasana dalam ERL amat selesa sekali. Dengan pendingin hawa yang sederhana sejuk, diselang seli lagu, serta bunyi geselan landasan dan tayar ERL menyebabkan perjalana selama 20 minit ke Kl Central tidak terasa. Sampai di KL Central, kami pun pergi ke bahagian LRT. Puas aku mencari signbod LRT, tak ada. Rupenya name LRT dah ditukar ke RapidKL. Aku ingatkan RapidKL untuk bus sahaja, LRT pon diowang tukar RapidKL. Nampak benar aku dah lama tak pergi Kuala Lumpur. Dan sekarang penggunaan tiket juga telah dihapuskan, sekarang pakai token. Macam token di kedai game game Simpang Empat. Suasana dalam LRT/RapidKL agak sesak dengan penumpang yangnaik disetiap destinasi. Paling amai di hentian Kampung Baru, kampung di tengah-tengah kota metropolitan, dan aku pernah tinggal disitu bersama rakan-rakan dari kampung menyewa rumah ditemani anai-anai dan juga lipas. Tiba di stesen KLCC ramai penumpang yang turun. Kebanyakkan remaja-remaja. Pelbagai fesyen dapat dilihat. Ada yang gertudung tapi berseluar ketat, ada yang berseluar pendek. Ini salah satu punca aku tak selalu membawa anak-anak berjalan di pusat membeli belah. Pemandangan yang boleh merencatkan mata bapak dan mempengaruhi anak-anak. Jam 12.00 lebih kurang tiba di kedai hotdog 1901. Kedai ini adalah kedai fancais dimana orang rumah aku menyelia dan memantau akaun syarikat induknya. Selesai membeli, kami bergegas ke taman di luar KLCC. Mujur cuaca mendung, sempat juga aku mengambil beberpa foto KLCC yang tersergam indah. Simbol kemajuan Malaysia dan juga tempat berkumpul para demonstrate seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat minggu lepas. Lelah melayan anak-anak dan gerimis mengundang kami bergegas menuju ke KLCC kembali dan menuju ke stetsen RapidKL. Puas jugaklah dapat membawa anak-anak melihat bangunan tinggi, menaiki ERL dan juga melihat gelagat manusia.