Wednesday, August 21, 2013

Axis of Evil

Kamu mungkin terlepas di dunia...tetapi tunggu balasan di akhirat kelak

Sunday, August 18, 2013

Pray for Egypt

Apa itu R4BIA? Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬ bermula semalam, bukan? 1.Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan. 2.Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta. 4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini. *Ayuh, Jadikannya Ianya DP Tanda Kita Solidariti Buat Morsi & Rakyat Mesir!!!

Kugiran besi berat.

Kegilaan apakah ini. Di saat umat Islam baru selesai menjalani ibadah puasa, disaat umat Islam di Syria berperang, disaat umat Islam di Palestine di tindas Zionis, disaat umat Islam di Mesir dibantai oleh regime Assisi laknatullah...kerajaan UBN telah membenarkan konser kugiran heavy metal Metallica dilakukan di Malaysia. Aku bukan nak hipokrit dan aku mengaku aku meminati kugiran ini, malah bait bait lirik lagu Metalllica ini jika DJ keudarakan di radio aku mampu sing along. Namun membenarkan konser disaat aku nyatakan di atas aku tidak bersetuju sama sekali.