Tuesday, November 30, 2010

Musim kawen

Ye, seperti biasa ujung-ujung tahun ni, dan musim cuti sekolah ni ramai yang melangsungkan perkahwinan. Minggu lepas balik Peserai utnuk majlis perkahwinan adik ipar aku pompuan yang bongsu. Majlis berjalan lancar dan meriah dibawah terik matahari. Air oren sunquick mmg laku time panas panas.

Belah pengantin pompuan


Belah pengantin lelaki

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha


Tahun ni aku sambut AIdiladha kat Seri Kembangan je. Tak balik kampung pon sebab parents ada kat sini. Tahun ni sambut Aidiladha tidak semeriah seperti tahun-tahun lepas, disebabkan bapak aku kene heart attack dan warded kat HUKM. Bapak kene pada pagi rabu minggu lepas. Sebelum tu dia ada mengadu sakit belakang dan ingat sakit biasa-biasa je. Rupenye ada salur darah yang tersumbat. Alhamdulillah semlm bapak dah recover dan hari ini dah boleh discharge. Tugasan menyembelih lembu tahun ni bapak aku terpakse skip dan pass kat orang lain. Ada 3-4 ekor lembu yang menunggu. Kalau tak memang tiap2 tahun dapat babat, kaki lembu n tulang lembu.

Wednesday, November 3, 2010

The Karats

Sikit kisah pasal CT, semlm gi hantar kedai welding, nk welding piping ekzos ke body, lepas naik ke atas, baru la dapat tengok kondisen bawah kete. Alhamdulillah, karat - karat kat bawah CT tak banyak. Cume kene buat minor welding je, tapi yang gambar bawah ni merisaukan aku, kalau tak tukar batang besi tu, boleh gugur enjin keter ni. Ni la risiko kalau beli kete lama huhuhu

Walkman dah mati


Selepas berusia 30 tahun gadjet yang mampu milik, walkman telah diisytiharkan mati. Ni aku copy paste beritanya:
After spinning audio cassette spools around the world for more than 30 years, consumer electronics giant Sony has this week announced that it's pulling the plug on its archaic line of Walkman music players.

Sony cites a lack of consumer interest (surprise, surprise) as its main reason for dropping support, adding that production in Japan has already come to an end and the current batch of Walkman devices held by retail stores across the region is all that remains.

That being said, a related report in the New York Post claims that a production line in China will continue creating Walkman players for die-hard cassette tape aficionados – although the facility is only expected to continue operating for a brief period of time before also being taken offline.

Despite finally popping its technological clogs amid a tangle of twisted and stretched tape, the popularity and influence of the original Walkman certainly helped pave the way for the mainstream acceptance of portable music and today's raft of digital players.

First brought before the world in 1979, the Sony Walkman cassette music player quickly became a success and went on to sell some 220 million units around the world during its three decades of widespread availability.

Of course, the death of the Walkman cassette player is not the death of the Walkman brand. Moreover, Sony still offers a variety of Walkman devices spread across mobile phone handsets and MP3 players.


Walkman ni merupakan gadjet yang popular dikalangan budak2 hostel. Dulu kat asrama setiap dorm mesti ada 5-6 walkman budak simpan. Aku lepas form 4 baru le mampu beli walkman sendiri itupun dari jenama lowya RAMSA beli kat kedai Tohari Elektronik, kat pekan Selekoh. Nak beli jenama SoNY memang diluar kemampuan. Walaupon functionnyer tak banyak aku tetap pueh hati sebab dpt dengar sorang2 tak perlu kongsi. Tapi kadang terpakse kongsi jugak, satu katil duduk dua orang sebelah kanannyer earphone kat telinga owner sebelah kirinyer earphone kat telinga member sambil same2 angguk kepala dengar lagu Sepultura. Kalau nak denagr radio plak terpakse naik atas katil member yang tepi tingkap sambil2 carik siaran radio. Kalau dengar radio save skit bateri. Ada member yang kreatif bawak speaker radio yang rosak dan sambung ke punat Walkman tu dapatla dengar lebih kuat dan ramai-ramai. Masa aku junior (form 1,2,3) ada la brader2 senior yang poyo pakai walkman bawak masuk dewan makan. Showoff betul.Aku nak bawak ke dewan makan pon segan, beso sangat dan jenama ayam.Walkman aku ni tak pernah kantoi ngan warden sebab aku letak kat dalam beg kat bilik study. Dalam seminggu ada la dalam 20 bijik bateri Eveready digunakan. Sampaikan kt meja study aku penuh bateri bersusun. Nak beli bateri rechargerable tak mampu. Tapi kalau pikir2 kumpul duit seminggu dari beli bateri ready use tu dah boleh beli bateri rechargerable. Apepon walkman memang mengimbau nostalgia masa kat hostel dulu.