Wednesday, December 16, 2009

Demam MukaBuku

Semenjak ada akaun Facebook aku jarang-jarang dah update blog ni..maybe sebab aku ni tak baper pandai nk karang ayat2 yg manis dalam penulisan blog..yelah aku pon tak penah amik Sastera mase SPM dulu...aku amik kelas geografi..sembang bab jenis awan..jenis tanah mungkin leh la skit2..
Ape pon Facebook ni ada gak kelebihannya...aku dapt jumpe ramai member2 lama mase sekolah dulu..haha..dah macam2 pattern sais diowang same la ngan aku..Pagi ni ntah nape aku teajin lak nk taip kt sini..esok ada exam.. 3jam..peh berkarat la punggung aku duduk..dah le sejuk dewan tu..sejam pertama ok lagi..masuk jam kedua aku dah stat gigil dan organ perkumuhan mula nak aktif..pelagi caik cik tan la..Pepahal harap aku dpt jawap ngan steady...isk tgk wife aku tdo byk syok..

Monday, October 12, 2009

Aidilfitri 2009





Last aku post entry kt blog ni bulan Jun 2009. Skang dah bulan Oktober, makne kate dah 4 bulan blog ni bersawang tade update. Hehehe tula bila dah maleh..Hari ni aku gagahkan jugak utk post gamba2 Raya 2009. Tahun ni giliran berya kt Batu Pahat. So Hari Jumaat petang dah gerak gi Batu Pahat. Jalan tak jem. Jam 9 malam dah smapai Simpang Lima. Sambutan hari raya kt Batu Pahat pon meriah macam tempat2 lain. Malam raya stendet la bunyi mercun, meriam bergilir2 bunyik. Macam kt kampung Sungai Tiang jugak.Hari ni dah masuk Hari raye ke 20++. Tak baper igt dah. Asyik makan kt open house je..perut pon naik boroi balik..tp peephal boroi itu indah. heheh

Monday, June 22, 2009

3 bulan

Heheh.. dekat bulan blog ni bersawang tade update..mmg aku pemalas rupenyer. Byk gak event2 sepanjang 3 bulan ni..kebanykkan event2 sokan la..tp memandangkan berat badan aku dah taraf heavy metal aku had kan pada sokan2 yg ringan je yakni volleyball..Mmg talent aku pada volleyball jela..mungkin sbb aku wakil sekolah dulu..ekek tu yg boleh la main skit2...walapon tak mampu nk lompat tinggi2 mcm zaman sekolah dulu...latst ada tonement volleyball anjuran TM Selangor hari Sabtu ni..MMu anta 2 team dgn persediaan yg ala kaadar je..hehe

Tuesday, March 10, 2009

Pening kepala belah kanan

Hari ni 10 March 2009, makne kate dekat sebulan aku tak update blog aku (last posting 12 Feb 2009). Biasalah bile rase malas dalam badan dan 97% lebih dari rase rajin beginilah jadinya. Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku sering dilanda kepeningan kepala belah kanan. Asal masuk kol 3 petang je aku dah stendby panadol 2 bijik beserta panadol Activefast Tengku Djan sebjik. Ada gak aku tanya beberapa kenalan ada yg bgtau mungkin penin2 lalat bese akibat tdo mase keje, ada yg kate aku kene migrain dan ada gak yg kate darah aku dah tinggi. Wah ni sudah parah. Umo 31 dah kene darah tinggi...Huhu..nilah akibat ketaksuban pada makanan tanpa memantau kandungan gula, kolestrol dan lain. Tengoklah nanti mcm rase nk gi cek darah tengok berape kandungan kolestrol dalam badan aku dengan berapa tinggi darah aku tu..

Thursday, February 12, 2009

huaaaa-(menguap)

bile dah maleh begini le jadinyer..lama tak mengupdate...arghh bio la dulu ..pemikiran tgh kusut

Monday, January 19, 2009

Huh!

Pagi tadi, lepas hantar Faris dgn Fatih g taska, aku singgah gerai jual nasik lemak utk mentapaw sarapan seraya aku kelaparan di pagi hari..

Akak X: " Ye bang.."
Aku: "Err kak bungkus nasik lemak"
Akak X: " Baper bang?"
Aku: " 1 je kak.."
Akak X: "Ok..(sambil dia cedok nasik, masukkan sambal)
Akak X: " Nak tambah lauk ape bang..?"
Aku: "Err.(sambil tgk lauk2 yg mmg nampak sedap)..tambah kerang la kak nk bg tambah darah saya"..(sambil akak tu senyum dan masukkan sambal kerang)

Aku: "Baper kak?"..
Akak X: "nasik lemak tambah sambal kerang..emm...3 hengget je"..
Aku: " Ha?..(dlma hati je la..serta Gulp! telan air liur.)

Insyaallah tahun depan akak ni akan pegi ke Mekah..naik haji

Thursday, January 15, 2009

Aku riso

Dua tiga hari ni aku riso..bukan riso pasal amik exam, bukan riso jumpe polis, bukan riso tahan kencing jamban jauh lagi..tapi sebb Faris. Memula dia stat suke roti canai cicah dal aku tak la riso sgt..bagus jugak dia dah kuat makan..tapi bila dia dah stat suke minum kopi O nipis dan teh tarik ni makin lama makin riso palai..Riso tetiba plak dia cakap.." Yah jum ngeteh kat mapley....".. pitam!

Tuesday, January 13, 2009

Pagi yang sempurna

Bagi aku, rutin pagi sebelum gi keje adalah time2 yang penting utk tentukan hari tu ceria ke tak..Kebiasaanya aku bangun jam 6.00 pagi..sebelum ke jamban aku minum air suam 1/2 gelas dulu..pastu rileks jap..dalam 2-3minit..pastu ada perasaan berdebar2 di bahagian perut..dibawa hingga ke hujung punggung..yes time pagi ni la paling best bila nak memerut..secara otometik lepas minum air suam segala toksik2 akan keluar pada pagi itu..masa diambil kire2 10 minit..selepas melepas hajat aku akan gosok gigi, mandi terus dan solat Subuh. Lepas tu memang badan terasa amat segar. Pernah aku tdo lepas solat Subuh ternyata aktiviti tu tak sihat sebb telah melewatkan aku gi keje. So formula aku bangun pagi+minum air suam=berak;/}= badan fresh

Monday, January 12, 2009

Kejor Yob..




Takde ape2 yang menarik belaku seminggu 2 di tahun baru ni..cume last week untuk ilangkan bosan aku gi tengok bola Liga Super kat Stadium Shah Alam, pegi ngan Wan dan Ishe. Perlawanan antara Perak dgn Selangor Walaupon lambat update, aku update gak..(opo iki?) sebb hari ni (selasa 13/1/2009) team Perak lwn N9 kt Paroi. Mase lawan Selangor {Perak leading 1-0 tp tak sampei 2 minit Selangor baeh balik jadik 1-1. Sampai akhir game Selangor menang 3-1. Pada aku la yg tuli pasal bola sepak ni, Team Perak kebykkan player muda dan kurang pengalaman. Tapi insyallah depa bleh jd team kuat dgn kesungguhan dan kerajinan berlatih. Yang paling rare dlm management team Perak ada pakcik berserban dan janggut. Tak tau Pengurus ke hape dia. eheheh

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Semalam (Khamis 1/1/2009) adalah tahun baru. Pada malamnya seperti biasalah sambutan diadakan kat KLCC, Datararan Merdeka, Bukit Bintang dan tempat2 yang ramai orang. Sambutan tahun baru ni diadakan selang 2 hari selepas sambutan Tahun Baru Hijrah. Pada aku sambutan ni takpayah la nak dibuat seara besar besaran sebab yang pertama Umat islam baru je sambut Tahun Baru Maal Hijra, kedua, kat Malaysia Yang Dipertuan negeri Sembilan baru je mangkat. macam tak baper elok plak. Ketiga ketika semua warga dunia sambut tahun baru dgn berpesta (termasuklah negara ISlam), rakyat Palestine kat Semenanjung Gaza sambut dengan bom-bom dari rejim Israel laknatullah. Semasa aku menulis ni dah masuk hari ke 6-7 Semenanjung Gaza kene bom dan meragut lebih 300 orang yg tak berdosa. Kaupaling sedih bile tengok kanak-kanak yang tak berdosa jadi mangsa. Termasuklah kaum wanita. Israel memang sengaja bunuh wanita dan kanak2 supaya takde lagi penyambung waris Palestine yang akan menetang mereka. Jahanam ISrael!