Tuesday, September 18, 2012

Dunia kaset hari Malaysia

Cuti hari Malaysia lepas, 2 hari melayan open house sampai sebu perut, manakala hari Isnin aku stay kat rumah je kemas-kemas apa yang patut. Tengah mengemas ada 1 kotak berisi hifi dan juga kaset-kaset lama aku. Cek-cek kat hi-fi, dah tak boleh pakai, tanya member susah nak carik barang so aku amik keputusan jual kat besi buruk, dapatla RM10. Manakala kaset-kaset pulak banyak yang dah terbelit pitanyer. Nak dibuang agak sayang jugak, bukan ape banyak kaset2 ni dibeli melalui kiriman pos dan atas kepercayaan abang posmen. Duduklah aku mengadap kaset dan cuba membetulkan kembali pitanyer. Menggulung pita kaset memerlukan kesabaran yang tinggi. Belum dikira dengan gangguan dari anak-anak. Setelah hampir sejam aku berjaya menyelamat beberapa kaset. Bukan apa , memandangkan kereta aku takde cd player jadi lebih eloklah aku menyimpan kaset-kaset ini.
Ketelitian amat diperlukan...
Yang dah siap diletakkan di center console KE30
Head unit lama

Lagi-lagi pasal isu kete lama

Kalau dulu aku penah pos pasal insuran kereta lama yang tinggi, 2-3 hari lepas timbul pulak isu pasal nak melupuskan terus kereta-keret lama ni dia tas jalan raya di malaysia ni. isu ni ditimbulkan oleh mamat dari DRB-Hicom aku tak ingat sape name dia dan dengar mamat ni baru dilantik jd pengerusi DRB Hicom. Atas alasan kereta-kereta lama ni kurang selamat dari aspek-aspek keselamatan mamat ni telah membuat cadangan mengetatkan pemeriksaan kereta lama ni bila renew roadtax. Pada aku cadangan ni mmg elok ..tp janganlah pulak untuk kereta lama jugak, kereta baru pon kene la menjalani pemeriksaan yang ketat. Kalau tengok yang banyak accident adalah kereta-kereta baru. Tak dinafikan kereta lama ada jugak yang accident tp dalam bilangan yang kecil Aku pasti peraturan yang ketat ni akan menyebabkan pemilik kereta lama akan menjadi fedup lantas melupuskan kereta masing-masing..itu yang diharapkan oleh pihak DRB juga salah satu cara halus yang diguna pakai oleh orang-oranag atasan ni. Pada aku aku semua ni adalah untuk menaikkan kembali penjualan proron yang semakin merundum akibat bank mengettakan syarat2 pinjaman kenderaan,selain tu untuk menkayakan kroni-kroni yakni vendor-vendor proton. Pendapat aku senang je, nak bagi rakyat pakai kereta baru terutama proton turunkan je harga kereta ikut harga seperti di Arab Saudi. Ada bran?..