Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Semoga hari hari mendatang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Aminnn

Thursday, December 25, 2008

Fast n Furious 4

Sedang aku duk layan-layan Youtube tadi terjumpa trailer citer ni. Ni sekuel yang no 4 selepa Tokyo Drift. Kali ni menampilkan kembali Vin Diesel (hero kepala botak), sekaligus mengangkat martabat lelaki-lelaki yg botak atau botak separuh atau botak tengah. Kepada lelaki yg mempunyai sifat2 disebutkan diatas, yakinlah anda juga seorang yang hensem dan macho! Okeh tunggu tayangan citer tu tahun depan.


Tuesday, December 23, 2008

Metal tanah kuburan



Mlm tadi aku belek2 album gamba aku..terjumpe gamba ni. Nak tergelak pon ada.
Untuk pengetahuan semua gambar ini merupakan gambar sebuah kugiran haram bawah tanah yang ditubuhkan di hostel SMKJ pada pertengahan tahun 1995 dan tidak mendapat izin dari pihak warden serta pengetua sekolah. Kugiran ini diberi name "Kematian Kambing Berdarah" atau dalam bahasa omputeh je Bloody Death Goat.Ia dianggotai oleh 5 orang pelajar yg tak baper tinggi IQ mereka. Muzik mereka lebih terarah kepada death metal serta diselang seli dgn unsur muzik Jawa dimana kebykkan anggotanya adalah keturunan Jawa. Meraka berjaya menghasilkan 1 demo tape yang bertajuk "Telinga Berdarah ditempeleng warden/Blood Ears got slap by a warden" yang mengandungi 4 buah lagi keras dan penuh kekejaman.Demo tape mereka telah terjual sebyk 100 unit dan dijual disekitar pasar lambak Sungai Sumun dan pasar pagi pekan Selekoh. Kugiran ini berkubur di akhir tahun 1995 apabila anggota kumpulan ini tidak setuju apabila pihak asrama meminta mereka menyanyikan lagu2 seperti Ukays,Spoon dan Scoin. Antara tajuk lagu demo mereka adalah:
Side A

1. Aku benci Kak Eton/I hate Kak Eton.
Dicipta oleh pemain gitar kugiran ini yakni Jikin the Evil killer(2 dari kanan). Lagu ini dicipta khas utk Kak Eton iaitu tukang masak dewan makan yg memasak makanan yg tak sedap. Lebih2 lagi bila masak ikan cencaru dimana sisik/jaket ikan tu tidak dibuang langsung.Apepunya malas la ini olang

2. Dimana kao kebumi bangkai itu/Where did u buried that carscass.
Lagu ni cipta oleh Amat the Godox menceritakan tentang kematian kucing kesayangannya. Walaupon berjiwa metal namun sifat cinta pada haiwan amat mendalam dalam jiwa Amat the godox ini. Kucing beliau bernama Tompok telah mati namun tiada sesiapa tahu dimana kubur kucing itu, sehinggalah hari ini.

Side B
3. Matematik buatku pening!/Math make me headache!
Lagu ini pula berkisar tentang kebencian angota kumpulan ni (yg berdiri kanan sekali) dgn mata menyorot ganas terhadap matapelajaran matematik. Walaupon hanya bermain tabla dan selaku backing vokal namun beliau tidak dpt menyelamai subjek matematik tersebut dengan baik.

4.Gundorowo/Gundorowo
Lagu ini tentang pengalaman ngeri budak hostel ini apabila disampuk oleh makhluk halus yakni lembaga hitam ketika membasuh seluar dalam pada jam 11 mlm di bilik air.

Full line up dari kiri ke kanan
Yahya the meat eater/Amat the Godox/Apis the witchhunter/Jikin the Evil Killer/Pozan the kuih Pow eater.

P/S: Review ini aku terjemah dari Majalah Rolling Stone tahun 1995

Monday, December 22, 2008

Sekolah lama 2





Okeh..tahun 1991 dgn rasminyer aku naik ke form 1. Setelah mendapat result UPSR yg tak baper best dan tak dapat tawaran dari mane2 asrama penuh aku pon bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Assyariah di Batu 20. Sekolah ini terletak kire2 15km dari umah aku. Pepagi kol 7 dah start mengayuh beskal bersama 2-3 org member kampung yg satu sekolah. Sampai pekan Selekoh tunggu bas dari Bagan Dato. Tambang dari Selekoh ke Batu 20 kalau tak silap aku 50 sen je mase tu.
Dekat 2 bulan aku sekolah kat sini, satu hari dapat surat tawaran dari Sekolah Agama kt Slim River tp sekolah tu blom siap. Jadi dalam surat tu tulis aku ditempatkan selama 3 tahun (sampai form 3) di Sekolah Menengah Khir Johari (SMKJ) dalam aliran rancangan Khas agama (RK) sementara menunggu sekolah itu siap. Jadi aku pon pindah la ke SMKJ. Menurut sumber2 cikgu aku, mereka yg dapat tawaran sekolah RK ni insan terpilih so aku antara yg dipilih gak..hinshh..hinsh..Bermula la kehidupan aku kt asrama SMKJ. Kelas RK ni ada 2 kelas je Agama 1(A1) dgn Agama 2(A2). Aku ditempatkan di kelas 1A1 dari form 1 sampai form 2. Mase form 2 aku dipakse join main hoki utk team sekolah. Sukan yg tak pernah terpikir aku dan member2 nk main. Tapi berkat usaha dan latihan tak jemu2 rupenyer sukan ni mmg best. Tambah2 siap ada kayu kalau gadoh mmg senang nak hempuk kepala. Aku volunter main jd keeper sebb maleh nk lari dan skill drible aku hanya 30% je. 1st time pakai kostume keeper dah mcm robocop.Detik paling manis aku main hoki mase form 3 bile SMKJ jadik johan peringkat daerah. Team sekolah aku kalahkan team Semesti(Sek.Men Sains Teluk Intan) yg juga merupakan pasukan paling digeruni kt daerah hilir Perak. Pada peringkat separuh akhir sekolah aku kalahkan Sekolah St Anthony Teluk Intan. Ni pon sekolah yg power dan separuh player diowag main utk state Perak. Lepas menang peringkat daerah, pergi peringkat negeri..lawan team2 dari daerah lain. Ternyata bermain di padang astratoft buat kali pertama kt Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh membuatkan pemain terleka dan melopong. Team sekolah aku kalah pada peringkat awal dan lebih malang sebelah malamnye beberapa player telah ditangkap akibat merokok di bilik penginapan akibat tekanan perasaan.
Lepas dapat result PMR, aku amik keputusan utk stay kt sekolah ni. Lagipon aku mintak sekolah teknik/vokay tp kene reject. Form 4 aku masuk aliran kelas aliran sastera, iaitu 4 Geografi(4G) sampai la form 5 dan aku masih duduk asrama sekolah. Dalam 2 tahun tu aku dah slow bersukan..aku masuk team hoki je tupon sebagai reserve player. Tp tugas2 kt asrama makin byk plak. Maklum la dah senior. Aku dilantik sebagai Ketua Biro Kebajikan dan Agama merangkap Tok Siak. Tugas2 aku adalah bentang sejadah sebelum solat Maghrib, on kan Microphone utk Azan, jemput ustaz2 beri ceramah,Azan waktu Subuh ( tu pon kalau aku bangun awal) dan bersihkan surau tiap2 hari minggu. Banyak jugak kenangan semasa duk hostel SMKJ terutama mase form 5. Mana la pegi member2 lama terutama Razikin, Amat, Rohman, Joni, Azwan, Sani, Jamal etc..

Sekolah lama




Tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula..sempena sesi sekolah ni..kat sini aku nak buat satu tribute/penghargaan kat sekolah2 lama aku (old school)..Mula2 sekolah rendah. Aku masuk darjah satu pada tahun 1985 di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat (SKSTD). Dari derjah 1 sampai derjah 6 aku di masukkan ke kelas Merah. Setiap darjah ada 2 kelas je iaitu Merah dan Kuning. Kelas Merah ni boleh dikatakan kelas budak2 yg separa bijak je manakala kelas Kuning dikire kelas untuk budak2 yg mempunyai tahap IQ yg agak tinggi walaupon tak sume mempunyai IQ yg tinggi (kurang minum Anmum Essential) kot. Masa derjah 1 sampai 3 aku tak aktif langsung bersukan malah lebih byk main kt kelas dari belaja.hehe. Masuk darjah 4 kire aku dah matang skit sebab aku dah bersunat (aku sunat mase cuti akhir tahun dan antara pioneer dlm scene sunat dikalangan member2). Darjah 5 aku start aktif bersukan..disebabkan tubuh badan aku ni yg agak tinggi dan besar mase tu memudahkan aku dpt masuk pasukan bola sekolah mase selection. Aku ditempatkan di posisi pertahanan kanan. Waktu tu main kaki ayam je.Kalau ada kasut pon gune kasut gi kebun bapak aku yg ada stad. Selain itu aku pon mewakili sekolah acara olahraga untuk sukan antara sekolah2 Daerah Hilir Perak. Aku masuk acara 4x100meter dgn lompat jauh.
Mase darjah 6, budak2 yg top 5 di dalam kelas kuning telah dimasukkan ke kelas Merah, atas tujuan persaingan belaja. Mase tu kelas Merah kire jadi kelas utk budak2 yg bijak jugak la..aku pon kire bangga gak masuk kelas tu. Darjah 6 aku still aktif sukan dengan mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak. Mase ni aku telah dilantik jd kapten pasukan beserta dinaikkan ke posisi striker, oleh kerana skill menggelecek 'celah kangkang lawan' aku dpt dikesan oleh jurulatih aku yakni Cikgu Haris. Selain itu aku aktif gak main bola tampar utk sekolah...dan membantu sekolah jadi naib johan pertandingan bola tampar daerah Hilir Perak zon 4 kalau tak silap aku. Aku juga dilantik sebagai ketua pengawas sekolah mase tu..aku pon tatau ape kriteria aku yg membolehkan aku dilantik jadi ketua pengawas ni. Tahun 1990 mase tu aku darjah 6, tahun akhir aku kt sekolah rendah...lepas abis UPSR dan abis sekolah aku pindah ke Sekolah Menengah Khir Johari. Jasa dan bakti cikgu-cikgu antara yg aku ingat Cikgu Haris, Cikgu Sabri, Teacher Anne, Sir Robert Walter, Cikgu Jamil, Ustazah Masfufah dan guru besar Cikgu Nordin memang tak dapat dilupakan..

Sambung ke Sekolah menengah...

mesin utk merempit




Hari ni aku kene OT dari kol 6 ptg sampai 8.30. Tade keje aku pon post la gamba moto aku ni. Walaupon aku bukanlah dikategorikan sebagai mat rempit tegar tp kadang2 kalau ada roadblock aku mesti kene tahan dan jadik suspek. Macammane ppon aku terpakse je merempit gi keje kerana inilah satunya alat pengangkutan yang aku ada. Honda Wave 100c Type R single cam bercarburetor dung. Dah 2 tahun aku pakai moto ni dan alhamdulillah tiaa kejadian2 yg tidak diingini berlaku. Mintak2 dijauhkan. Sebenarnya aku phobia skit naik moto ni..tambah2 kalau ada lori trailer potong aku. Memang aku cuak. Tulah sebb aku bawak moto paling laju 80km/h, sampaikan makcik2/awek yang naik motor Kriss selamba 'tapau' aku. Bila aku citer kt Nazim "harini aku bawak motor paling laju", "baper ko bawak" dia tanya.."80km/h" aku jawap...dia bantai gelak. pada itu speed limit aku.hehe
Dalam perancangan aku nk letgo motor ni tp lom servey2 harge kt kedai baper leh amik. Kalau kene dgn harge agak munasabah mungkin aku jual. Lintau nak amik tp dia nak RM1000 je mane dapat..Kalau jadi jual aku nk pakai Honda CBR lak..atau Yamaha R1 baru konpident korner dan aku nk repeat kt makcik bawak Kriss tu. Huahha

* Gambar atas sekali tu bakal pengganti Valentino Rossi

Thursday, December 18, 2008

alahai..ACL

minggu ni minggu 'talak ong' aku kot..aku ingat lepas jual kete Wira aku tu setel la problem..rupenyer blom!..dan makin mengkusutkan serta mencairkan poket aku...dah dekat 3 bulan jual baru la used car tu call aku balik cakap enjin 4G91 tu takleh endorse sebb owner lama tak potong lagi nombor enjin tu..apeke s#*l la..nak tanak kene carik owner lama mintak potostat IC dia..mane mau carik alamat last dia kt Penang..mintak tulun AM dia kate kawan dia ada keje polis mane tau leh carik2..tp time tu polis sibuk kt Bukit Antarabangsa sebb tanah runtuh..last2..bincang2 ngan used tu(used tu pon dah pucsh2) aku..tuko block enjin lain...maka koyak la poket aku..aku bagi RM1200...used tu beli enjin lain...alahai...aku dah tanak penin/kusut kepala..lepas ni aku takkan lagi pakai WIra!..heheh

p/s:Jutaan terima kasih kepada isteri tercinta..jasamu tetapku kenang