Sunday, July 25, 2010

Kuaci


Penemuan baru, kuaci boleh hilangkan mengantuk bile drive waktu malam. Aku dah try mase on the way balik ke Johor aritu. NI kire hasil kajian aku sendiri. Rase mangantuk mase drive tejadik bile tangan dan mulut takde ape aktiviti. Statik je tgk hiway so mata jadi kuyu ditambah dengan mendengar lagu2 kump Screen-'Ingat ku dalam doamu" yang mendayu-dayu.So mata nampak hiway dari besar makin lama makin kecik. Bahaya. Tapi bile kita makan kuaci mase drive, dah tentu tangan dan mulut kita bergerak. Jari tangan mencapai kuaci dalam plastik..lantas dimasukkan ke dalam mulut untuk digigit bagi membuang kulitnye, dan seterusnya aktiviti kunyahan berlaku. Proses tu akan berjalan sampai kuaci habis. Jadi mata tidak akan mengantuk sebab aktiviti itu sentiasa berterusan. Tu belom lagi kulit kuaci melekat kat celah gigi, atau tertelan kulit kuaci yang super tajam...menikam anak tekak..kompem batuk/mata berair. Itu juga boleh menghilangkan rasa ngantuk. Cobalah..

Saturday, July 24, 2010

Hobi

AKu rase aku dah minat nak main kamera la ..Petang td layan anak2 kt Minyak Beku, Batu Pahat sambil2 amik gamba gune kanera digital Canon je..Dapat la shot2 amatur. Kalau pakai DSLR aku rase lagi leh zoom zoom....Tapi hobi main kamera ni agak mahal.1 DSLR dijual dalam RM2K-RM3K..TU belom layan Lens panjang2..Takpe kumpul modal la dulu..
Baru dapat upload..pic yg tak seberapa
Waktu senja


Thursday, July 22, 2010

Dialog bapak-anak #3

Sekarang gi hantar anak2 ke PASTI musti naik kete..walaopon hari tak hujan

Faris:"Yah...keter ni bleh drif ke"
Bapak:"Ha drift?..Mane boleh.. kene lock axle belakang baru boleh"..
Faris:"Ooo..sambil termangu2

P/S: Kat parking Mardi, Serdang tiap2 minggu ada acara menggelangsar..kadang2 aku bawak anak2 aku ke situ..Mungkin dai nampak kete same jenis..

Dialog bapak-anak #2

Bapak: "Faris nanti dah besar Faris pakai kete KE70 ni yek.."
Faris:" Tanak la ayah, tak cantik...kita nak pakai Skyline"..
Bapak:" Fuh Skyline tu.."
Fatih: " Tite suke TayE kan ayah"..

Wednesday, July 21, 2010

Pindah

Bukan pindah umah...aku dah create 1 blog baru untuk update KE70.

http://lantaikaratz.blogspot.com

Friday, July 16, 2010

Harga minyak naik=naik minyak..


"Kenaikan harga minyak tidak membebankan rakyat"..
"Harga minyak di negara kita masih rendah berbanding dengan negara Asia"..
"Kerajaan perlu kurangkan subsidi untuk berjimat cermat"..
"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"..

Wednesday, July 14, 2010

KE70:Update #2

Dah hampir 2 minggu aku hantar 'CT'pegi buat body dan cat body.Petang semalam aku pergi ke kedai cat untuk meninjau-ninjau perkembangan 'CT'. 'CT' dah masuk ke dalam bengkel tu untuk kerja-kerja simen, ketuk dan fiber kat body 'CT'. Banyak jugak bahagian-bahagian body 'CT' kene touch up balik. Aku tengok perkerja Bangla kedai tu bersungguh menyimen plaster dan menggosok body untuk cat undercoat.Kebetulan aku pegi tak bawak kamera so takde gamba.
Malam tadi aku telah membeli brake pump sekenhen yang diambik dari model Hachiroku(AE86). Memandangkan pump brake asal 'CT' ni dah nak kong kerana ada simptom2 aku kene pump pedal brake 2-3 kali baru brake lekat, lebih baik aku tukar terus demi keselamatan pengguna jalanraya amnya. Pump brake AE86 ni lebih tebal dan double layer dan tapaknyer juga sesuai untuk 'CT', cuma plug n play sahaja.
Aku bajet Sabtu ni dah boleh bawak balik 'CT' dari kedai cat dan pasang brake pump kat bengkel Ah Wai.

AE86 doube layer brake pump

Kembali normal

Dah 3 hari tidur malamku lena diulit intan. Sebelum ni ni jam 2.30 mesti terjaga sebab nak tengok game World Cup. Dan siangnyer pula kuranglah skit sesi kengantukkan..sebelum ni jam 10.00 pagi mata dah pedas2..berair nak tido.
Tapi malam Selasa lepas secara otometik aku terjaga jam 2.30 pagi. Mungkin otak aku belom boleh mengejas waktu tido secara normal..Tunggu 2 tahun lagi untuk Euro 2012..

Sunday, July 11, 2010

The Oranje 0-1 La Furia Roja


Walapoun Belanda kalah, aku tetap pueh hati..dan masih update blog..SGHC mungkin mampu tersenyum bila Belanda kalah.hehe. Game mase 1st half agak laju..dan banyak bentesan-bentesan. Terutama dari Belanda. Dekat 7-8 kad kuning dilayangkan. Bahagian tengah banyak dikuasai oleh Spain dan aku rase Iniesta serta Xavi merupakan midfielder terbaik dunia. Diowang ni memang kreatif..midfielder Belanda, Sniedjer kurang menyerlah malam ni. Begitu jugak Arjen Robben terlepas 2 peluang bile 1 by 1 dengan Casillas..
Gol Spain muncul pada minit 100++ extra time, mengambil peluang dari kekurangan player Belanda yang kene kad keuning kedua, John Matingha. Tahniah Spain..cempion Euro dan cempion World Cup. Untuk Belanda cuba lagi..dan jangan main terlalu tertekan..

Friday, July 9, 2010

Honestly


Sementara menunggu final world Cup..mari redakan debarannya dengan mendengar satu lagu santai..

Thursday, July 8, 2010

Gadoh!!



Dah lama aku tak tengok filem-filem Melayu yang indiependent/low bajet. Last, filem indiependent yang aku tengok adalah citer 'Dari Jemapoh ke Manchestee' arahan Hishamudin Rais mase tu taun 2000 atau 2001 tak silap aku.
Petang tadi lepas waktu keje, aku berjaya memuat turun citer Gadoh. Citer ni release tahun lepas tapi tak kuar wayang kot. Aku ni tak la pandai sanagat nak review filem. Asalkan jalan citernya ok, lakonan real dan dialog tak gunakan bahasa buku teks, bagi aku dah cukup bagus. Filem Gadoh mengisahkan remaja sekolah yang mempunyai sifat racist, facist dan suke isap rokok dalam tandas sekolah. 1 geng kaum Cine dan 1 geng lagi kaum Melayu. Pantang jumpe pasti maki hamun dan bertempur. Pendekkan citer, geng2 ni kene masuk kelab teater untuk menyemai semangat setia kawan dan respect kaum lain. Dalam masa nak membina semanagat setia kawan tu pihak sekolah prejudis plak dengan pelatih teater diowang. Tapi segala onak dan duri berjaya ditemphi sampaikan pihak sekolah terasa malu dengan isi pementasan teater itu yang memerli pihak sekolah. Kalau bagi bintang aku bagi 4 daripada 5. Lakonan budak2 sekolah tu memang mantap, dialog memang kasar2 tanpa tapisan,lebam2 muke yang real serta aglong yang bertatu. Cume heroin je kurang menarik..Pelakon2 memang aku tak kenal..cume sorang pelakon tambahan tu macam pelakon Anak Pontianak.
Tengok citer ni teringat zaman-zaman sekolah kat SMKJ dulu, ada gak member aku bergadoh. Tapi bergadoh sebab berebut awek. Jadah ape gadoh pasal awek..scene isap sebatang rokok kongsi ramai-ramai sampai bara jadi panjang jugak mengingatkan aku aktiviti nakal aku kat sekolah dulu.

Wednesday, July 7, 2010

Final World Cup 2010:The Oranje vs La Furia Roja



Lambat update entry...2 hari tak cukup tdo buat kepale aku pening. Apepon game pagi tadi antara Germany ngan Spain, banyak dikuasai oleh Spain. German tak main macam mase lawan Argentina. Mungkin sebab takde Tomas Muller (bukan Tomas n Fren) yang kene kad kuning kedua.So prediction aku German leh pegi salah, prediction makcikpc betul plak. (Musti tgk sotong.)
So, final menemukan 2 negara dari Eropah. Spain jadi pilihan sebab tahun 2008 Spain jadi chempion Euro. Dan yang pasti ramai akan sokong Spain, terutama aweks-aweks. Sebab utamanya, ramai player Spain berambut penuh, dan style pacak2. Sokongan padu pada Spain terutama Fernando Torres yang berwajah keanak-anakkan yang sesuai dipaparkan dalam Majalah Mangga(aksi tepi kolam tanpa baju). Sedangkan player Belanda ramai separa botak, botak tengah(mediterinean) dan berwajah kebapak-bapakaan. Hanya sesuai dipaparkan dalam majalah Mustika.
Apepon kita tunggu Final Ahad pagi...Up the Oranje..

Tuesday, July 6, 2010

..and the Oranje is marching in...


Entry ni ditulis jam 4.20am 6 minit sebelum Belanda menang
Gol yang cantik dari kapten Belanda, Van Bronckhorst dan kapten Uruguay Diego Forlan. Belanda macam biasa main cantik, defend Uruguay plak main solid. econd goal Sniedjer score and goal ketiga Robben score. Last minit uruguay attack dan score ketika player Belanda dok rileks-rileks. Final Belanda lawan samada ada Spain atau German. Aku vote German untuk final...Final Belanda vs German baru syookkk..

Monday, July 5, 2010

Persoalan tauhid

Semenjak dua menjak ni Mohd Faris Zaqwan sering mengajukan persoalan-persoalan berbentuk akidah kat aku dan orang umah aku. Memang satu perkembangan yang bagus bila dia dapat berfikir tentang kejadiaan yang berlaku kat sekeliling dia. Antara soalan-soalan yang keluar dari mulut MFZ adalah:

1."Ayah, Allah makan ke tak?"
2."Ibu, kenapa pokok berjalan(bergoyang)?"
3."Ayah, sape yang buat kereta?"
4."Bu, Allah mandi tak?"
5."Ayah, knape kita tak nampak Allah?"
6."Ayah, sape yang buat otromen?"

Bila berlaku persoalan-persoalan diatas aku terpaksa explain pelan-pelan dan terangkan secara detail supaya dia tak terkeliru. Biasa la budak. Perasaan nak tau tentang sesuatu bende tu amat inggi. Aku ni pun bukanlah mahir macam Ustaz Najdi(Ustaz aku mase form4-5)dan aku taklah jahil sangat. Aku terangkan yang Allah itu memang wujud dan kita sebagai orang Islam wajib percaya. Aku terangkan jugak sifat 20 Allah yang kadang-kadang dia nyanyi mase kat sekolah tu. Jugak aku terangkan tentang rukun Iman dan Islam yang dia dah hafal sebab hari-hari sebut mase kat tadika. Aku rasa aku kene prepare buku bab-bab akidah ni, sebab aku rase makin dia dewasa makin banyak dia nak tau.

Sunday, July 4, 2010

Ujian kesabaran

Aku ni boleh dikategorikan di dalam orang yang penyabar jugak. Antara ujian kesabaran yang aku pernah lalui adalah masa aku kehilangan motorsikal RXZ aku dulu tahun 2000. Motorsikal pertama aku beli menggunakan hasil titik peluh aku sendiri. Aku redha dan sabar je. Walaupon terpakse beralih ke Yamaha Sport 100cc asap macam fogging Kementerian Kesihatan, aku sabar. Yang kedua bila kereta Wira sedan aku tak dapat disiapkan oleh pomen dan tersadai selama hampir 7 bulan kat bengkel di Bukit Lancung, Shah Alam dan pomen lari ntah kemana. Gara-gara nak tukar enjin. Dah la mase tu nak kawen, kereta lak tak siap. Dan antara ujian kesabaran yang paling getir aku hadapi, mase aku cuba tackle secara halal orang rumah aku. Hampir 6 tahun aku mengusha, bergayut di public phone kt bangunan STAD MMU, dan ber SMS. Menanti sebuah jawapan-(lagu kumpulan PADi). Maklum la jarak jauh, aku kat Cyberjya dia kat JB. Mase tula aku dapat nickname Yahoo Messenger- Javanese Emocore (tahun 2001). Thanks kepada band RedKedge(RIP) yang bagi idea nickname aku. Tapi alhamdulillah kesabaran aku berbaloi bila dapat berkahwin dengan orang yang aku admire sekali selepas 6 tahun menunggu. Tapi bila bab ,mengajar ni aku macam tak dapat kontrol kesabaran aku. Dan sebab tu agaknya aku ditakdirkan tak jadik cikgu sekolah menengah.
Aku mengajar Faris belaja baca Iqraq. Start dari awal tahun ni aku dah mula ajar Faris baca. Tapi entah la..kalau Faris salah skit je aku mula la temper. Tambah bila bacaan ayat tu aku dah ulang-ulang, dan Faris tak dapat tangkap ayat tu. Mula la aku bersuara tinggi. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok si Faris takut-takut nak baca.Sampaikan dia kadang-kadang tanak baca bile aku suruh amik buku Iqraq.
Mase aku kecik-kecik dulu pon mesti aku macam Faris jugak bila mengaji depan bapak aku. Bapak aku memang orang yang sabar. Bayangkan 7 orang adik beradik aku steady je dia ajar. Tapi kadang-kadang aku kene jugak sedas dua tempeleng hinggap di pipi bile time mengaji aku mengantuk sebab petangnyer banyak main. Tapi alhamdulillah berkat tempeleng itu sampai sekarang aku boleh mengaji. Dan sekarang giliran aku pulak mengajar Faris. Wajib aku mengajar Faris mengaji. Mungkin aku kene tingkatkan lagi kesabaran aku ni. Tapi buat masa ni tempeleng aku belum singgah lagi ke pipi Faris.

Saturday, July 3, 2010

KE70: Update #1



Petang Jumaat semalam aku gi runner kat kedai potong dan kedai spare part carik barang-barang untuk Ke70 ni atau aku panggil dia 'CT". Antara barang 'CT" yang aku dapat adalah:
1. Brake pad tanpa jenama
2. Getah pintu yang kene order (4 pintu)
3. Alternator elektronik.
Alternator ori 'CT' dah takleh support arus elektrik. So aku amik keputusan untuk tuko ke jenis elektronik sebelum yang lama kong kt tengah jalan. Nasib baik kedai bawah umah aku ni pandai buat, walaupon harge agak mahal skit tapi pueh hati sebab dapat start enjin 'CT' tanpa tekan minyak. Getah pintu lak aku tukar sebab belah driver air hujan dah masuk skit, sebelum aku pakai raincoat dalam kete baik aku tukar getah ke empat empat pintu. Masa gi kedai potong, sempat jugak aku tanya kt apek kedai tu, apa servo pump brake yang boleh pakai kt 'CT", apek tu cakap boleh pakai Toyota starlet punya ma..servo ada busat juga
Petang tadi aku hantar 'CT' ke pusat rawatan badan dan kulit serta salin kaler untuk beauty makeover padan badannya..Maklum la..banyak kudis dan kurap dah lekat kat badan 'CT" ni.Proses beauty makeover dijangka 2-3 minggu memandangkan ramai customer2 lain menunggu.lepas 'CT" siap badanyer, aku plan nak tukar servo pump brake dengan bleeding sekali...2 be continue.

Germ.. attak..


Tak sangka Argentina boleh kene sampai 4. Tapi tengok game pon German memang layak menang. Counter attack German memang bahaya. Apepon congrat German dan coba lagi untuk Argentina. Messi macam tak menjadi, ramai yang kawal dia.Benua Amerika Selatan ada 1agi wakil di suku akhir, Paraguay yang akan lawan Spain. Kalau Paraguay menang fair lah 2 team Europe 2 team Amerika selatan.

Friday, July 2, 2010

All hails the Netherlands..


Ni aku petik ulasan dalam soccernet: : 'Dutch dump Bra-zil out
Ni plak aku dengar kate2 pengulas : " Bra-zail has been eliminated"
... Memang suspen..walaopon ketinggalan 0-1..askar Belanda gagah bertahan dan menyerang balas..sampaikan keeper Bra-zil terkucil..sempat singgah kat kepala defend..dan own gol..

Emm aku dah kate..bola itu bulat..macam-macam boleh berlaku..so..see you in the semis...



U/P: SGHC,...Belanda dah lepas...Argentina?..huhuhu.