Tuesday, August 31, 2010

10 Tahun sebelum merdeka




Salam Kemerdekaan..

Sempena cuti merdeka semalam, aku telah menonton satu dokumentari yang bagi aku amat menarik untuk ditonton oleh kesemua bangsa kat Malaysia ni. Dokumentari ni dihasilkan oleh saudara Fahmi Reza. Dia ni memang aktif membuat dokumentari-dokumentari pendek tentang sejarah Malaysia yang tak semua orang tahu. Pasal dokumentari '10 tahun sebelum merdeka' ni, menceritakan tentang usaha-usaha pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum tahun 1957. Dan bagi aku pejuang-pejuang kemerdekaan masa ni memang true sebab diowang berjuang tanpa mengikut telunjuk dan mengampu British. Diowang berusaha bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama melalui parti parti politik yang berhaluan kiri yang dianggap parti komunis. Sampai satu tahap mereka berjaya membuat satu Perlembagaan Rakyat yang mana telah direject oleh pihak British. Dan bagi aku pejuang-pejuang inilah yang patut dihargai bukan pejuang yang hanya mengampu British, sign agreement pastu declare Merdeka.

Kalau nak tengok dalam Youtube ada..tapi tengok part by part dan kalau nak tau perkembangan, layari blog:http://www.10tahun.blogspot.com/

Sunday, August 29, 2010

Katekan taknak..#1


Aku start isap rokok mase form 2. Mase tu isap curi-curi. Memang pengaruh kawan memainkan peranan besar dalam permulan pengisapan aku. Rokok yang mula-mula aku isap adalah rokok Gudang Garam Suria kepunyaan bapak aku. Time cuti sekolah, atau balik kampung aku akan curi-curi amik sebatang rokok bapak aku tu tatkala dia pegi ke masjid. Untuk memastikan bapak aku tak perasaan yang rokoknya telah berkurang aku akan amik time rokok tu banyak je atau lepas dia beli. Jadi dia tak la perasan yang rokok tu makin kurang. Masuk form 3, aku dah pandai isap rokok Dunhill. Tu pon atas ehsan kawan. 1 batang kongsi ramai-ramai. Aku jarang isap masa dalam hostel. Kalau keluar ke Teluk Intan atau balik kampung je aku isap. Teringat 1 peristiwa team hoki bawah 15 tahun SMKJ jadi cempion peringkat Hilir Perak, dan jadi wakil Hilir Perak peringkat negeri. Game main kat Ipoh. Kami 1 team kebanyakkan budak rancangan khas Agama.( Pegi sekolah pakai songkok). Kami menginap di hotel Tokyo, dan masa tu movie Tokyo Drift belom lagi ditayangkan. Biasalah bila dah ramai-ramai berkumpul akan ada kaki yang bawak 'barang'. Dipendekkkan cerita semasa masing-masing tengah bermain-main asap, coah kami yakni Cikgu Hasnawi telah menyerbu ke bilik kami. Kebetulan aku berada di dalam bilik air untuk melepaskan hajat. Akibat dari serbuan itu beberapa pemain yang ditangkap menghisap rokok tidak dapat bermain. Aku jadi 1st eleven sebab aku berada di bilik air. Pada game pertama bertemu Sekolah Anderson, kami tewas 17-0. Aku sebagai keeper bolos 8 gol, manakala En Pezal bolos selebihnya.
Memang ketagihan merokok ni tidak dapat dibendung. Masuk form 4, kat hostel aku jadik baik skit. Tidak mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Aku hanya pemerhati dan kadangkala tukang nyalakan rokok kawan-kawan. Tapi bila balik kampung aku akan singgah di kedai mamak di pekan Selekoh untuk membeli rokok bukak yang berharga 25sen atau 30sen kalau tak silap aku, sebagai bekalan untuk dirumah. Mak bapak aku memang tak tau ataupon buat-buat tak tau. Mugkin sebab abang-abang aku tak isap rokok so, diowang pon saspek aku tak isap.
1 lagi kejadian aku yangaku tak boleh lupa. Team hoki jugak. Kali ni bermain di Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan(SEMESTI)bertemu pasukan SMK Sultan Abdul Aziz kalau tak silap. Terdapat 1 kedai berhadapan sekolah tu, dan ada satu surau. Jadi kami ramai-ramai pon pergi ke surau untuk solat Asar, manakala ada 'kaki-kaki' yang pergi ke kedai untuk mendapatkan bekalan. Dipendekkan cerita, habis saja solat kami berkumpul di tepi padang berbincang strategi bersama coach. Tapi tidak disangka coach kami, Cikgu Nawik tahu ada segelintir pemain yang menghisap rokok. Dengan tegas beliau menyuruh kesemua pemain beratur..dan beliau telah pergi dari seorang pemain ke seorang pemain, sambil meminta pemain itu menghembuskan nafas ke arah coach. Cara yang sangat praktikal untuk mengesan pemain yang merokok, dan coach mempunyai daya tahan bau yang tinggi maklumlah bukan kesemua bau napas pemain ini wangi. Kebetulan aku tidak memakan petai kalau tidak coach akan detect bau petai. Beberapa pemain telah mengaku sendiri..

..bersambung...

Blast off!!



Bende alah ni yang buat aku tak saba nk balik kampung beraya (selain dari beraya bersama ayahanda dan bonda)..Tiap-tiap tahun dah macam jd tradisi kampung Sg Tiang Darat ada bende ni..Dulu mase aku kecik, kat satu surau brader-brader siap buat 7 batang meriam sebesar pemeluk budak kecik..malam raya dah macam berperang, dan boleh dikatakan setiap rumah ada 1 batang meriam batang paip ni...lagi extreame ada yang buat menggunakan batang kelapa....Bayangkan berdas-das tembakan meriam bergilir2 memecah sunyi malam raya, dari jam 12 malam sehinga Subuh..dan yang penting takde yang cedera putus kepala dan tangan ketika bermain meriam ni....Tapi sejak masuk tahun 2000an ni dah makin kurang yang main meriam..mungkin semua brader-brader dah berumur dan lepak kat surau..dan generasi muda kat kampung ramai yang hijrah ke bandar..jadik takde penerusannyer..dan aku masih pelik kenapa budak sekarang main mercun sampai putus jari..aku dulu main jugak mercun..alhamdulillah takde pape..

Bukak puasa@ no 48, Jalan Che Maja


Cuti Nuzul Quran Jumaat lepas aku balik Sungai Tiang..Dah 2 minggu puasa baru ada kesempatan balik dan berbuka bersama ayahanda dan bonda..Memang saat-saat yang ditunggu mase bulan puasa ni kalau balik kampung buke bersama2 orang tua..Feel dia lain macam skit..dan feel makan pon agak lain sebab banyak juadah depan mata..ape lagi..masa untuk terjah makanan yang lazat2...Feveret kuih aku kalau kt kampung adalah 'kuih kemboja'...kuih ni hanya dijual di Param pekan Selekoh..agak rare di KL..adapon rupebentuk sama..tp kat Kl aku rase mcm kueh bengkang je..Kalau kat Selekoh ni...rasenyer super manis..Balik raye nanti kene repaet balik..

Monday, August 23, 2010

Malam ke 14

Malam ni genap malam ke 14 Ramadhan..Pejam celik..pejam celik syukur masih celik lagi...alih2 dah 2 minggu puasa. Betul ape yang Ustaz Idris Ahmad cakap mase kuliah santai pagi Ahad 2 minggu lepas pasal waktu yang cepat ni..Setahun umpama sebulan...sebulan umpama seminggu..seminggu umpama sehari..nilah tanda2 kiamat makin dekat..
Scene Terawih (boleh ke aku pakai term 'scene' ni? heh)kat taman aku ni memang meriah..tambah-tambah masa malam pertama..jemaah sampai ke luar pagar bentang sejadah..Bende memang jarang dilihat pada hari-hari biasa...mase bulan Ramadhan ni la nak tengok jemaah ramai sampai kat luar..tapi masuk minggu ke dua malam ni..aku tengok makin lama makin berkurang plak jemaahnyer..Mane diowang pegi..Malam n sekadar 7-8 saf sahaja dbahagian dalam...dibahagian luar kosong tak seperti malam pertama aritu..Tak seronok ke dengar tazkirah sebelum terawih tu..Apepon syukur dapat menjalani solat sunat terawih ni walopon kadang kadang takleh handle ngantuk mata ni..

Monday, August 16, 2010

Langgar lari


'CT' tercedera dibahagian fender belakang belah kiri...akibat dari hentaman oleh manusia durjana yang tak dapat dikenal pasti identiti. Mengikut sisatan unit Gerak Khas, saspek cube memasuki parkir sebelah 'CT', namun tak melepasi lalu menghentam belakang 'CT'. Kecederaan CT tidaklah begitu serius namun kecederaan hati owner amatlah terasa..cume 3 minggu baru lepas menjalani pembedahan kulit,..kulit tersiat lagi. Kerja kerja pembaikan dilakukan sendiri oleh owner..gamba menunjukkan lapisan pertama dan belom digosok sepenuhnyer..mungkin lapisan lapisan seterusnya dilakukan pada petang2 hari diwaktu lapang

Try Western pulok..


Aku sebenarnya tak baper suka letak gamba makanan kt blog...tambah plak bulan puasa ni..kompem goyang..tp arini aku nk letak..untuk tribute orang umah aku..beliau dengan gigih berjaya membuat steak black pepper..inspired by Chef Gordon Ramsay's Hell Kitchen...and Licence to Gril..

P/S: Next time kita bli lamb plak...

Penunggu setia

Semalam aku n org umah nak renew rod tax kat pej pos. Alih-alih awek kiut kt kaunter tu cakap takleh renew..sebab ada black list. Sudah..Awek kuit tu cakap kene pergi JPJ untuk setel. Dengan hampenyer aku pegi sambil melihat awek kiut tadi tersenyum kecil.
Terus menuju ke JPJ Padang Jawa, kebetulan memang nak pegi Klang baya deposit api+air umah kat develepor. Sampai sane 11 pagi..dah ramai org que..org umah aku pon pegi ke kaunter black list..pastu disurh masuk bilik no 3. Kat bilik no 3..lagi ramai..sah-sah kene menunggu la ni.aku agak dalam 1 jam je la kot menunggu. Rupenyer sampai kol 1 tak nombor ggiliran orang umah aku belom di panggil-panggil..Mulalah nak mencarut..tp memandangkan puasa..aku calm dulu. Tengok brader sebelah aku muke dah merah padam..mata merah...sambil mulut maki2 ..mungkin lagi lama menunggu. Ditambah pulak tengo ada 7 kaunter tapi ada 2 kaunter je yang ada staff..staff lain kat belakang layan borak, ngumpat2, citer pasal raya..kalau diowang kaver takpe jugak..ni dah la nampak..siap leh gelak-gelak..hati jadik panas..lepas hampir 3 jam menunggu baru no giliran kene panggil dan jumpe terus pegawai..naik opis pegawai..rupenyer kene cas parking kat petak kuning KLIA..jadah bile plak pegi KLIA..sah2 system JPJ ni main tulis je..time ni la rasenak mencarut lagi..bayak saman RM56..pegi plak kaunter clear black list...pastu menunggu plak giliran nk buat rodtax..Jam 3.30 baru selesai...dengan cuaca panas...hati panas..mgkn dugaan di bulan Ramadhan..

Friday, August 13, 2010

Bazar Ramadhan


Hari ni masuk hari keempat kita berpuasa. Selama tiga hari berpuasa aku memang tak penah miss untuk pergi ke bazar Ramadhan. Bukan ape, aku carik kuih-kuih yang 'rare'. Hari pertama, lepas aku amik orang umah aku kt Kinrara, aku singgah kat bazar Ramadhan Puncak Jalil. Tahun ni baru bukak bazar kat area sini. Usha punye usha..satu kedai tak jual kuih..sume jual lauk pauk je...Keciwa aku...Mungkin penduduk kat sini suke makan nasik bila berbuka..Pastu pergi ke bazar Ramadhan Taman Equine...Fuh crowded gile kentang..Aku park tepi jalan je..Orang umah aku gi runner carik kuih..Tak dapat jugak..dia cakap sume kuih muih nampak tak menyelerakan..jam dah nak masuk kol 7.. ..last-last aku singgah mamak beli roti telor 3 keping..buke ngan roti telur dan kurma..

Hari kedua..orang umah aku balik awal..dan beli barang2 dapur skit. Aku plak beli air bandung cincau...Menu utama...mee Bandung, Batu Pahat...memang menyelerakan!..terangkat kopiah..time kaseh dinde..Minum air...terkeuar balik...rase klorin melebihi rase susu dan sirap...hampeh!...pentipu punyer gerai..putus selera minum..layan air suam je.. mase Terawih..mata aku macam ada gam asik nak tertutup...kenyang sangat..tak leh handle...abis 8 raka'at balik..buat solat Witir kat umah...surah pendek..

Hari ketiga...aku dah plan..nak buke ala kadar..dan tak terlampau kenyang..Pegi bazar beli roti John..tengok papan harge..roti John Daging RM3.50...mak aih..ACAB betul...tahun lepas RM2.50-RM2.80 je..Beli jela...nak sangat merase..Pastu aku beli kuih feveret aku lepat pisang.."Baper kak lepat ni?"..."2 singgit dik"..umak ai..dah le panjang lepas mcm jari telunjuk je..susah sangat ke nak carik pisang kt sini..sampai rege naik mendadak..padahal pasar borong dekat je..beli je jugak..lama mengidam..Masuk waktu buke..merasa la roti John..4-5 kunyahan..aku takde rase pon ketulan daging dalamnyer..cek2..kompem tade daging dalamnyer salut ngan telur dan sayur je..pentipu punyer gerai..banned terus gerai tu..Kali ni terawih aku mata segar..kuantiti makanan dalam perut aku kurang, jadi kurang rase ngantuk walaupon menguap 2-3 kali..

Tuesday, August 10, 2010

Mr Mama



First day Ramadhan aku terpakse amik Emergency Leave oleh kerana sekolah tadika PASTI negeri Selangor bercuti. Memandangkan orang rumah aku dah amik El mase Faris demam haritu aku le plak amik EL jaga budak-budak ni. Pagi-pagi dah bangun budak-budak ni. Biasa kalau hari sekolah punya la susah nak bangun. Si Fatih biasa agak slow kalau nak pegi ke skolah, tapi hari ni pergerakkannya agak laju dan agak terkejut bila aku cakap arini cuti la dik.."Haa cuti"..balas dia sambil muka terpinga-pinga. Lepas ramai-ramai hantar ibu diowang gi keje, aku bawak budak-budak ni ronda-ronda area Equine Park, carik kedai welding. Aku nk hantar CT gi welding bracket bumper. Balik rumah kepenatan masing-masing request susu Dugro coklat goncang lebey 1. Pastu bagi tengok citer Geng..Upin Ipin..rileks skit aku..Petang tatau lagi nak buka pose apa. Tapi semalam dengar ceramah Dato Abu Hassan Din, buke pose paling elok kurma dan air suam..Kurma dah memang dalam list..cume air tu mungkin air berwarne dan ada rase..di sulami dengan kuih muih je. Aku jarang makan nasik waktu buke...kalau makan kompem terawih mata pejam..

Salam Ramadhan El-Mubarak


Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna

Saturday, August 7, 2010

Outing malam







Lama jugak aku n family tak keluar malam minggu ronda-ronda. Malam tadi ada sikit masa gi ronda town(KL). Kalau ikutkan hati malas nak turun town ni dengan jemnyer, mat rempit, roadblock polis. Tapi sebab lama sangat tak pegi aku gagahkan juga. Biasa malam minggu keluar pegi Dataran Putrajaya atau parking Mardi tengok kereta menggelengsar je. Lokasi yang dilawati mula-mula Taman Tasik Titiwangsa, alahai golap gelita je..ingat ada lampu2. Kereta banyak parking tapi tatau mane pegi diowang pegi. Jangan buat maksiat sudah. Lokasi kedua..depan Suria KLCC..ada air persembahan air pancut. Anak-anak menjadi teruja. Sempat jugak amik 2-3 gamba berlatar belakang KLCC. Orang memang ramai..Yang tak bestnyer amoi2, Filipinos, minah saleh sume pakai skirt paras betis..Tak baik untuk kesihatan mata dan anak-anak. Lokasi ketiga Jalan Raja Chulan-Jalan P Ramlee..Jem area sini beselah..banyak kalabu malami..Orang berpusu-pusu datang nak menikmati hiburan..serta menikmati kelalaian..Lokasi keempat Jalan TAR-Jalan Raja Laut-Coket..Area sini tumpuan kepada golongan berpendapatan sederhana..working class..Pasar malam Jln TAR baru abis kot..sebab nampak makcik2 tengah menyorong gerai2 ke lokasi yang tak diketuahui..Di satu sudut, mat -mat Indon plak tersengih dapat membeli baju bundle..sudut lain sekumpulan remaja yang masih sekolah lg kot.. ada yang berseluar pendek..ada yang berseluar skinny...berkumpul terkinja2 macam monyet menari shufle sambil kongsi rokok...Disudut yang agak gelap, sepasang kekasih sedang berjanji setia sehidup semati tanpa menghiraukan orang lalu lalang..hajat orang umah aku nak tengok arbok-arbok di Lorong Haji Taib tak tertunao..sebab takde sekor pon yang berkeliaran..muungkin dah kene bersihkan atau malam masih muda..
Lokasi keempat...Shell sebelah hotel MInt, Sungai Besi...orang umah aku suh benti..dia plak bawak kete sebab gaya pemanduan aku dah macam ular kene palu..ngantuk.....Lepas ni ntah bila lagi aku nk sampai KL lagi malam2 minggu

Thursday, August 5, 2010

Saiz seluar

Minggu depan start puasa. Ada chan aku pakai seluar sais pinggang 33 lepas seminggu puasa ni.

Mula-mula dapat klip ni kat FB. Tapi aku tak tengok sampai abis. Pastu petang tadi aku saje2 bukak Yotube try tengok. Terkejut aku dengan attitude pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. Berani sungguh melawan cikgu. langsung takde rase hormat pada guru yang mengajar dan mendidik diowang. Dalam klip ni cara bercakap budak tu aku rase dari Sabah atau pon Serawak. Dan cikgu tu dari Semenanjung..Kurang hajo betul..Mase aku sekolah dulu walau senakal mane pon budak tu, tetap ada rase takut dan hormat pada cikgu. Ni sampai bergaduh. Kenapa sampai jadi camni ek..?.Apakah sistem pendidikan negara dah tak releven untuk budak2 zaman sekarang? Ni baru 1 kes yang kita nampak, lain2 kes yang tersembunyi pon mesti banyak. Apa nak jadik generasi akan datang..

Sunday, August 1, 2010

Musim sakit

Seminggu ni..macam-macam hal jadi. Memula Faris sakit gigi..merengek2..sampai panas badan. PAstu dah baik sakit gigi kene plak demam. Dapat call dari cikgu PASTI dia, suhu badan Faris 39'celcius. Terus aku apply halfday, begitu jugak dengan ibu Faris. Bawak gi klinik..kompem demam..masuk 3 hari tak kebah2..asal malam je badan dia panas balik..ah bagi minum iar 100pluss.pon masih sama. Hari Sabtu malam hanta gi klinik Azzahrah, Bangi..doktor suruh buat cek darah, alhamdulillah tade ape..takut jugak kene denggi ke H1N1 ke..nurse mandikan Faris dan masuk obat bontot..Malam tu kurang panas..mungkin sebab nurse yang mandikan dia tu boleh tahan ayu..

Ibunyer plak batuk tak baik2..Macam kahak tak lepas keluar dari kerongkon..dah 2 jenis ubat batuk di telan Woods Pepppermint ngan Tuosol..kurang la skit..

Fatih pon dah start hangat2 badan dia semalam..tapi aku cepat2 recover suh dia makan ubat ngan minum air 100 plus. Walaopon badan dah hangat, tpi masih aktif bercakap dan carik gaduh dengan ibunyer. Dedua hari ni tak pegi sekolah..takut menjangkit kat budak lain..ibunyer pon sekali...