Monday, January 19, 2009

Huh!

Pagi tadi, lepas hantar Faris dgn Fatih g taska, aku singgah gerai jual nasik lemak utk mentapaw sarapan seraya aku kelaparan di pagi hari..

Akak X: " Ye bang.."
Aku: "Err kak bungkus nasik lemak"
Akak X: " Baper bang?"
Aku: " 1 je kak.."
Akak X: "Ok..(sambil dia cedok nasik, masukkan sambal)
Akak X: " Nak tambah lauk ape bang..?"
Aku: "Err.(sambil tgk lauk2 yg mmg nampak sedap)..tambah kerang la kak nk bg tambah darah saya"..(sambil akak tu senyum dan masukkan sambal kerang)

Aku: "Baper kak?"..
Akak X: "nasik lemak tambah sambal kerang..emm...3 hengget je"..
Aku: " Ha?..(dlma hati je la..serta Gulp! telan air liur.)

Insyaallah tahun depan akak ni akan pegi ke Mekah..naik haji

Thursday, January 15, 2009

Aku riso

Dua tiga hari ni aku riso..bukan riso pasal amik exam, bukan riso jumpe polis, bukan riso tahan kencing jamban jauh lagi..tapi sebb Faris. Memula dia stat suke roti canai cicah dal aku tak la riso sgt..bagus jugak dia dah kuat makan..tapi bila dia dah stat suke minum kopi O nipis dan teh tarik ni makin lama makin riso palai..Riso tetiba plak dia cakap.." Yah jum ngeteh kat mapley....".. pitam!

Tuesday, January 13, 2009

Pagi yang sempurna

Bagi aku, rutin pagi sebelum gi keje adalah time2 yang penting utk tentukan hari tu ceria ke tak..Kebiasaanya aku bangun jam 6.00 pagi..sebelum ke jamban aku minum air suam 1/2 gelas dulu..pastu rileks jap..dalam 2-3minit..pastu ada perasaan berdebar2 di bahagian perut..dibawa hingga ke hujung punggung..yes time pagi ni la paling best bila nak memerut..secara otometik lepas minum air suam segala toksik2 akan keluar pada pagi itu..masa diambil kire2 10 minit..selepas melepas hajat aku akan gosok gigi, mandi terus dan solat Subuh. Lepas tu memang badan terasa amat segar. Pernah aku tdo lepas solat Subuh ternyata aktiviti tu tak sihat sebb telah melewatkan aku gi keje. So formula aku bangun pagi+minum air suam=berak;/}= badan fresh

Monday, January 12, 2009

Kejor Yob..




Takde ape2 yang menarik belaku seminggu 2 di tahun baru ni..cume last week untuk ilangkan bosan aku gi tengok bola Liga Super kat Stadium Shah Alam, pegi ngan Wan dan Ishe. Perlawanan antara Perak dgn Selangor Walaupon lambat update, aku update gak..(opo iki?) sebb hari ni (selasa 13/1/2009) team Perak lwn N9 kt Paroi. Mase lawan Selangor {Perak leading 1-0 tp tak sampei 2 minit Selangor baeh balik jadik 1-1. Sampai akhir game Selangor menang 3-1. Pada aku la yg tuli pasal bola sepak ni, Team Perak kebykkan player muda dan kurang pengalaman. Tapi insyallah depa bleh jd team kuat dgn kesungguhan dan kerajinan berlatih. Yang paling rare dlm management team Perak ada pakcik berserban dan janggut. Tak tau Pengurus ke hape dia. eheheh

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Semalam (Khamis 1/1/2009) adalah tahun baru. Pada malamnya seperti biasalah sambutan diadakan kat KLCC, Datararan Merdeka, Bukit Bintang dan tempat2 yang ramai orang. Sambutan tahun baru ni diadakan selang 2 hari selepas sambutan Tahun Baru Hijrah. Pada aku sambutan ni takpayah la nak dibuat seara besar besaran sebab yang pertama Umat islam baru je sambut Tahun Baru Maal Hijra, kedua, kat Malaysia Yang Dipertuan negeri Sembilan baru je mangkat. macam tak baper elok plak. Ketiga ketika semua warga dunia sambut tahun baru dgn berpesta (termasuklah negara ISlam), rakyat Palestine kat Semenanjung Gaza sambut dengan bom-bom dari rejim Israel laknatullah. Semasa aku menulis ni dah masuk hari ke 6-7 Semenanjung Gaza kene bom dan meragut lebih 300 orang yg tak berdosa. Kaupaling sedih bile tengok kanak-kanak yang tak berdosa jadi mangsa. Termasuklah kaum wanita. Israel memang sengaja bunuh wanita dan kanak2 supaya takde lagi penyambung waris Palestine yang akan menetang mereka. Jahanam ISrael!