Sunday, November 25, 2012

Cuti Sekolah

Dah masuk minggu ke tiga cuti sekolah akhir tahun. Setakat ni alhamdulillah anak-anak ada aktiviti masing-masing time cuti ni. Faris Zaqwan pagi aku hantar ke Khemah Ibadat di present 9, Putrajaya. Khemah Ibadat ni lebih kurang sekolah agama cuma tak formal je. Diajar mengaji, solat dan juga ceramah-ceramah berkenaan dengan pentingnya solat, jaga akhlak dan peribadi muslim. Mula-mula Faris tak nak join, tapi lepas di pujuk-pujuk dan juga sepupu rapatnya join sekali dia pun bersetuju. Dia join hari kedua, hari pertama aku demam so semua duk rumah. 1 hari suntuk ngadap Disney XD, tablet dan juga angry bird. AKu cakap ni tak leh jadi. Takkan nak ngadap benda-benda lagho ni hari-hari. Petang plak, kebetulann mingu lepas ada Super8, yakni pertandinagn bola sepak untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. Seminggu lebih berlatih di padang. Memandang sesi latihan hanya seminggu jadi coach tidak dapat membentuk pasukan yang mantap, alah si Rajagopal pon apa kurangnya, 2 tahun bereksperimen last-last kalah ngan Singapore. jadi keputusan pertandingan kalah 2 kali, seri sekali. Dapatlah 1 mata berharga. Fatih Ziyad plak, masih dihantar di Pasti, memandangkan musim cuti cikgu-cikgu membuat kelas membaca untuk anak-anak Pasti yang dihantar ibubapanya. Ada lagi sebulan lebih cuti sekolah, macam-macam permintaan antaranya pergi ke Legoland yang super mahal tiketnya. Alasan Legoland belum siap adalah alasan yang aku guna untuk menidakkan permintaan mereka.
Harimau Malaya 2025..King Gopal boleh packing barang..

Friday, November 23, 2012

Sape-sape yang mempunyai kedudukan kewangan yg kukuh, berani, sanggup tinggalkan anak bini, tinggalkan kampung, tinggalkan rumah mewah, tinggalkan kereta, tinggalkan kesenangan, boleh la try apply. Hati ini memang meronta-ronta ingin membantu saudara Muslim disana. Akan tetapi aku belum cukup kuat dan iamn aku masih lemah lagi untuk ke sana. Insyallah suatu hari nanti aku akan sampai jugak Gaza membantu saudara Islam kita.

Tuesday, November 20, 2012

Thursday, November 8, 2012