Thursday, December 22, 2011

Musim persekolahan 2012

Alhamdulillah..lega sikit bila musim periksa aku dah abis. Bulan 12 ni bulan yang agak kelam kabut. Tapi apa boleh hidup mesti terus. Semalam aku amik cuti, untuk membeli belah barang keperluan dak abang Faris, yang tahun depan masuk darjah 1. Seperti biasa untuk bershoping aku akan ke pekan Dengkil, yang terletak 10km dari Cyberjaya ni. Pekan Dengkil ni tak lah sebesar mana, lebih kurang pekan Bagan Dato'je, tapi sekarang sedang menikmati pembangunan yang pesat hasil dari 'satu lagi projek Barisan Nasional' seperti yang tertera di papan iklan nak masuk pekan Dengkil. Biasalah kalau dah pekan kecik-kecik ni harga barang-barangnyer pon boleh dikategorikan agak mrah berbanding Jaya Jusco. Memandangkan Faris baru masuk darjah 1, maka barang keperluannyer juga 100% baru, dari stokin, kasut, baju, baju Melayu (sekolah Agama), dan juga beg. Dari banyak-banyak barang tu cuma kasut je harga melebihi Rm20. Mungkin sebab iklan kasut ni keluar di stesen-stesen TV pro kerjaan. Bukan nak berkira tapi kenaikan mendadak harga kasut ni memang ketara. Berbanding masa aku sekolah dulu kasut Carefree berharaga belasan ringgit sahaja, malah multipurpose yakni pagi pakai ke sekolah dan petang di pakai untuk main takraw. Begitu juga beg yang bergambar Ben10 dan beroda serta boleh ditarik, memang agak mencarut hargenyer. Tapi untuk memastikan semangat Faris Zaqwan ke sekolah sentiasa berkobar-kobar aku turutkan juga kehendaknyer. Baju sekolah je belom dapat, sebaba kedai memberi alasan kehabisan stok untuk saiz Faris. 30hb/12 ni Faris dah kene orientasi serta ujian untuk menentukan kelas. Selamat bersekolah pada semua pelajar.

Sunday, November 20, 2011

Faris dah konvo

Sabtu lepas ada majlis konvokesyen dan hari akademik kat Pasti Putra Permai tempat si Faris dan Fatih belajar. Dapat la si Faris bergambo dengan jubah, tapi tak mau pakai topinyer tu..(ape ke namenyer). Lepas majlis ada sesi bertemu ibubapa dengan guru, amik report kad. Alhamdulillah selama dua tahun si Faris di pusat asuhan ini dia dah boleh hafal bacaan dalam solat, beberapa surah pendek dan ayat2 lazim. Cuma kadang2 nak solat tu liat skit. Nak kene pakse baru solat. Si Fatih ada lagi 2 tahun kat pusat asuhan tu. Dah macam amik degree plak. Yelah dia pon masuk time umur 3 tahun, tahun depan baru masuk 5 tahun. Kirenyer dia antara senior kat Pasti tu.
Tahun depan si Faris masuk darjah 1, aku dah registerkan untuk masuk sekolah di Cyberjaya. Senang aku antar dan bawak balik. Ribuan terima kasih kepada cikgu2 Pasti yang mengajar dan menjaga dengan sabar karenah budak-budak ni.


Thursday, November 17, 2011

MMU Star

Kira macam talentime kat sekolah-sekolah dulu. Aku pon tatau mcm mane aku leh join ni, dan yang pasti setiap department kene hantar wakil untuk buat show. Nak tak nak kene hantar wakil jugak..paksa rela. Aku memang jarang beraksi di pentas...Last show aku buat atas pentas masa sekolah menengah dulu seingat aku la..lepas tu memang dah tade. Kira aku wakil department aku campur ngan 2 department lain. Lepas bincang-bincang diowang bawak lagu Jessie J price tag versi sendiri..(aku pon fist time dengar lagu ni) dengan lagu Beatles- hold your hand. Aku ikut jelah..Dapat jugak masuk final...kehekehe..malu pon ada weh naik pentas ni.

Wednesday, November 9, 2011

Salam Aidil Adha


Selepas tak balik kampung masa Aidilfitri tempoh hari, cuti Aidilahda ni dapat la jugak aku satu family balik kampung ke Batu Pahat. Merasa la jugak menempuh jem kat Plus Hiway. Alhamdulillah baby tak meragam masa on the way balik. Tdor je dalam bucket seat dia.
Tahun ni surau depan rumah mertua aku tak buat ibadah korban, mungkin sebab harga lembu dah naik atau kerana kegagalan projek ternakan lembu NFC kat Negeri Sembilan, jadi supply lembu kurang. Itulah padah bila projek diberi pada kroni. Berbalik sambutan Aidiladha, dapat la jugak aku daging lembu serta tulang lembu dari sedara orang umah aku. Tulang-tulang ni dengan serta merta telah dimasak sup bercicah sambal kicap. Pasti terangkat. 2 hari ni kepala aku dah start pening-pening, mungkin sebab makan daging banyak sangat Untuk rekod aku memang tak pernah buat check up, check darah untuk mengesan kandungan kolestrol, tekanan darah dan sebagainya. Mungkin lepas ni aku kene pergi buat medical check up jugak. .

Wednesday, October 26, 2011

Keropok


Semalam cuti Deepavali. Memandangkan orang umah takde, aku bawak anak-anak bujang makan tengahari kat kedai area Equine Park. Tengah tunggu menu yang di order sampai, aku didatangi sorang kakak umur dalam 40-50an, bawak 3 bungkusan keropok. Sambil senyum penat akak tu kate.."Dik beli kopok dik..akak datey dari jauh ni.."..Aku tanya balik dia dari mane..akak tu cakap.."akak dari siay(Siam).Beli la so(satu) dik..akak nak balik Siay" Aku jadi serba salah..Sebungkus dia jual RM10..akak tu suh amik 2 bungkus..Dalam hati aku berkate..kalau beli kompem kene basuh pinggan kat restoren ni..Aku bawak duit ngam2 RM20..kalau tak beli kesian plak...Akak tu kuar ayat power lagi.."kalau tak nak beli duo, beli so jela dik..beli kerana Allah.." dengan raut muka keletihan berjalan..AKu lagi kesian..mungkiin akak tu suh aku beli sambil derma..tapi aku takde duit kecik..last-last aku tolak baik-baik...mintak maap kat akak tu..dan dengan wajah hampa akak tu beredar..Aku harap akak tu tak kecik hati, dan aku harap ada orang beli keropok dia, dapat la duit tambang balik.

Tuesday, October 18, 2011

50 hari di hospital

Selepas genap 50 hari Muhd Farhad Zameer di wad NICU, akhirnya pada Khamis lepas (13/10/2011) dia telah discaj. Ibunyer orang paling gumbira dapat keluar. Alhamdulillah sepanjang beberapa hari kat rumah ni, berat Farhad pon makin naik. Cuma lepas ni akan kerap mengunjungi hospital untuk checkup. Alhamdulillah jugak, Farhad kurang ragamnya, cuma menangis bila kene mandi, berak dan nak susu. Terima kasih pada yang mendoakan..

Monday, October 3, 2011

Lau Kana Bainana

Sayu tul dengar lagu ni + maknenyer

Sunday, September 25, 2011

Punca..

Aku rase makin lama, makin fedap aku tinggal kat apartment ni. Tak sabar nak pindah umah kat Salak Tinggi. Makin hari makin banyak kejadian jenayah terancang berlaku. Yang terbaru rumah Untie selang 2 rumah aku kene masuk pencuri lagi. Menurut auntie tu ni kali ketiga rumah dia kene pecah masuk, melalui syiling. Nasib baik auntie tu takde kat rumah. Kesian tengok auntie, muka tension je. Sebelum kejadian tu, jenayah curi kabel pon berlaku. Habis kabel-kabel yg kat syiling koridor kene potong. Modus operandi pencuri potong kabel untuk ambik tembaga dlam kabel tu. Ini la yang membuatkan umah aku dan umah lian takde karen. Semalam ada sekejap, aku terpaksa bukak komputer untuk tengok jadual kelas aku..baru masuk WIndow ada bunyi letupan kecil. Sah jahanam CPU aku gara-gara karen berlebihan. Rumah jiran aku, 2 tvnyer rosak akibat yang sama.
Masalah lif rosak pon belum selesai, masalah lain plak datang. AKu dah kol mentenan, diowang tengah betulkan dan ganti part yang ilang. Harap hari ni semua setel. Aku dah tak larat nak panjat tangga sampai tingkat 7.

Button lif yang telah hilang, semua floor
Kabel-kabel yang bernilai tinggi
Kediaman bakal diduduki..alhamdulillah

Blackout


Dah masuk 2 hari umah aku takde karen. Malam ni harap-harap ada la karen balik. Tak tahan tdo dibawah suhu 40 darjah celcius. Tengah-tengah malam aku memang tak boleh tdo. Panas satu hal, tekak jadi dahaga. Dah minum badan jadi panas balik. Dah pukul 4 pagi baru la mata suasa sejuk skit. Tapi anka-anak steady..dah gelap tdo kol 9.45pm. Sebab panas terpakse bukak tingkap dengan pintu bagi angin masuk serta memasang lilin.

Thursday, September 15, 2011

Wad NICU

NICU atau Neonatal Incentive Care Unit adalah wad yang dikhaskan kepada bayi-bayi yang baru lahir dan mengalami masalah-masalah tertentu. Seperti kat mana-mana hospital kerajaan, hospital Serdang juga mempunyai wad NICU. Kat wad ni, ramai doktor-doktor pakar kanak dan juga nurse-nurse yang dah tahap senior.Di wad ni takde langsung nurse pelatih muda-muda, mungkin sebab penjgaan baby yang baru lahir memerlukan skil yang tinggi. Lagi satu bila masuk wad ni kompem akan kedengaran tangisan bayi bersilih ganti dengan volume yang berbeza. . Selain tu, dapatlah jugak tengok baby yang duk dalam incubator, baby kene sinaran UV( sakit kuning) dan juga baby yang kene pakai alat pernapasan macam Farhad. Saiz baby dalam wad ni berbagai, ada yang sebesar 2 tapak tangan dewasa..Yang ni memang kesian tengok. Tapi nurse-nurse kat situ dengan tenang je menguruskan baby.
Masuk harini, Farhad Zameer dah duduk di wad NICU lebih 2 minggu. Alhamdulillah nurse yang jaga dia semua baik-baik belaka. Hanya ibubapa baby je boleh masuk wad ni. Jadi bila aku datang dengan abang-abang Farhad, dapat la tengok melalui pintu cermin je.Ah ibu-ibu yang mempunyai anak dalam NICU ni disediakan bilik khas, macam dorm asrama, supaya senang ibu-ibu menyusukan anak mereka. Kadang-kadang bila aku masuk rase malu pon ada bila tertengok ibu-ibu bagi susu depan orang ramai. Tolong cover-cover lah skit, aurat kene jaga jugak.


Saturday, September 10, 2011

Apa kabo JU?

Dekat 2 bulan aku tak amik port pasal kete hijau aku ni. Sian pon ada hari-hari kene hujan dan panas. Karat pon da start naik. Semalam aku free, masa untuk belai-belai JU. Pagi-pagi aku panaskan enjin. Nasib baik boleh start. Panaskan dalam 20 minit, bawak gi jenjalan area Piinggiran Putra sambil carik-carik kedai aircon. Dapat gak kedai aircon, servis aircon skit tuko vlave dengan filter. Kos kerugian RM150. Aku tatau mahal ke murah. Janji keter sejuk. Pastu gi anta Ju mandi buih. Lama sangat dah tak mandi, keladak sana sini. Hari ni plan nak polish skit. Tapi cuaca mendung je.
Tuko filter aircon

Filter RM75 yang warna itam tu

Mandi buih bersama abangla

Bersih la sikit

My little khalifah

Pertama sekali aku ingin memanjat kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnianya, anak aku yang nombor 3 kini semakin stabil. Kalau 2 minggu lepas, dia bernapas menggunakan alat bantuan pernafasan, sekarang dia dah boleh bernafas sendiri. Terima kasih juga diucapkan kepada nurse-nurse yang comel di wad NICU kerana menjaga anak aku siang dan malam, walaupun ada sesetengah nurse disitu agak menjengkelkan..mungkin sebab tak dapat balik kampung beraya..apepon sekarang menurut doktor anak aku ni kene tambahkan berat badannya. Masa lahir aritu beratnya 1.85kg, harini ditimbang turun 1.65kg. Oleh itu orang umah aku terpaksa pergi semula ke hospital, duduk di bilik yang disediakan di wad NICU untuk memberi susu. Secara ringkas ni antara spec anak aku yang no 3:

Name : Muhammad Farhad Zameer bin Faozan
DOB : 25.8.2011(20:46pm) lepas buka puasa
POB : PAC, Hospital Serdang
Delivery: Ceaser LSCS
Sex : Boy
Diagnosa: Pre-Mature (32weeks)
Weight : 1850kg
Long : 40cm

Kalau ikutkan, lepas lahir hari tu, badan Farhad penuh dengan wayar-wayar. Sumbat kat mulut, lekat kat dada, lekat kat tapak kaki..memang meghibakan. Aku pon jadi sebak bila melihat kondsi anak aku ketika itu. Syukur alhamdulillah hari ni Farhad makin sihat, dan sentiasa sihat hendaknya. Cuma sekarang ni dia kuat tidur, memang budak tak cukup bulan ni suka tido ke.


Monday, August 29, 2011

Petang akhir Ramadhan

Beberapa jam lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Terdetik rasa sayu juga dalam hati, bila mengenangkan adakah tahun depan akan berjumpa Ramadhan lagi. Juga sayu bila mengenangkan diri ini jarang melakukan solat sunat terawih secara berjmaah di surau. Bukan disengajakan, akan tetapi aku takut kusyuk aku hilang bila memikirkan apa anak-anak aku buat kat surau time orang terawih. 2 kali aku je aku bawak diowang ke surau, dan hasilnya si Faris merayau-rayau bermain polis entri, dan si Fatih baru nak tazkirah start ajak balik. Sudahnya buat kat rumah je lah.
Esok kita akan menyambut lebara, dan tahun ni aku menyambut Aidilfitri di Seri Kembangan sahaja. Walaupon menyambut di sini, aku etap nak carik ketupat, lemang rendang dan satay bagi feel skit raya ni.

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya yang dilupakan


Aku last dapat kad raya, 2 tahun lepas, tu pon dari member yang baru pindah umah siap bagi alamat jemput datang ke open house. Lepas tu dah tak dapat lagsung. Yelah aku ni jenis malas skit nak hantar-hantar kad, nak beli lagi, nak karang ayat-ayat bunga, nak beratur beli stem..ish macam-macam bendelah nak kene buat. Tapi sebelum kawen dulu memang tiap-taip kali nak raya aku dapat kad. Mase tu kire kad jadi alat penghubung la dengan orang rumah aku. Aku kat Cyberjaya dia kat Johor Bahru. Duduk jauh-jauh ni feel dia lain macam skit kalau dapat kad, tambah dari orang yang kita minat. Ayat pun tiru lirik-lirik lagu Eddie Hamid skit, nak karang sendiri memang aku haram tatau. Tapi biasanyer aku la yang hantar dulu..baru orang umah aku balas.
Semalam aku tengok peti surat aku, ada surat tertera nama aku dan orang rumah. Belek punya belek dia punyer sampul, rupanya dari KIm Reality. Ni kompeni hartanah masa aku beli rumah itu hari. Ingat jugak dowang kat customer. Siap ada sign CEO nyer lagi. Tapi takkan lah aku nak gantung kad dinding, 1 kad je pon.

Monday, August 22, 2011

Hujan pagi Selasa

Pagi tadi sedang aku menyidai baju dalam jam 6.30am, hujan turun kat Seri Kembangan dan kawasan sekitar. Kalau hujan pagi-pagi ni memang sedap tidur, aku tengok si Fatih makin lena tidur. Dan secara tak langsung jalan dari rumah aku ke highway LDP seperti biasa jem teruk. Mula-mula ingat nk naik kereta, pikir-pikir balik naik motor lagi cepat sampai tempat kerja. Mereka-merka yang naik kereta ni memang jenis penyabar. Atau pun diowang takde motor atau pun tatau nak bawak motor. Biasa kalau jem ni, macam-macam perangai orang dalam kereta yang aku nampak. Bukan tengok lama, cuma sekali imbas. Biasa pemandu akan buat aktiviti-aktiviti tertentu untuk hilangkan bosan. Antara aktiviti yang paling popular adalah korek idung. Mungkin time mandi pagi tak sempat buang jadi time jem la diowang buang. Tapi time puasa ni takdela sangat, cuma non muslim je yang buat. Kalau tengok pemandu wanita pulak, time jem ni lah diowang akan membetulkan mane-mane yang tak betul pada muke. Ada yang betulkan tudung, ada yang tambah lipstik, ada yang tengok gigi dan ada yang diam membatu. Ada pula pasangan suami isteri dalam kereta ada yang borak-sambil ketawa, ada yang suami borak tapi isteri diam membisu masam muka. Ni aku syak kes tak dapat nafakoh malam tadi. Kalau pemandu lelaki single pulak..ada yang mulut kumat kamit bukan sebab berzikir tapi mengikut lirik lagu. Ada jugak yang aku pernah nampak ketawa sorang-sorang dalam kereta, itu mungkin terhibur dengan lawak Abang Jem, Sinar FM.
Ada juga pemandu biasanya lelaki, menggunakan jari telunuk sambil mengetuk-ngetuk stereng kereta. Yang ni aku confirm tengah ikut beat-beat drum lagu rock dari cd.Dan pagi tadi aku nampak sorang macha dalam kereta Viva, kat trapik light..lagu yang dipasang memang kuat, sampaikan aku yang kat luar pakai helmet ni pon boleh dengar. Sambil-sambil dengar lagu aku tengok macha tu tengah syok menari, tangan ke atas sambil dipusing, tanpa menghirau orang sekeliling. Yang ni dah kes teruk ni. Mungkin kene keje shif hari ni.

# Network lembap plak hari ni..

Thursday, August 18, 2011

SKC


Bukan Spiral Kinetic Circus. SKC ni Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Baru jap tadi aku gi daftar masuk sekolah untuk Faris. Tahun depan nak sekolah bulan 8 dah kene daftar. Tapi sebenarnya murid-murid yang nak sekolah tahun 1 kene daftar 2 tahun sebelumnya secara online. Dulu-dulu zaman aku memang takde. hari pertama sekolah, hari tu jugak daftar.
Tak sangka Faris dah nak sekolah. Aku tak dpt bayang Faris kene bangun seawal jam 6 pagi, mandi air sejuk, pakai baju putih, butang baju sampai atas, sikat belah tepi, pakai seluar biru jerut atas pusat. Sekolah ni ada sesi pagi je, so petang kene hantar plak sekolah agama kat Dengkil, dalam 10km dari Cyberjaya. Tengok anak-anak kawan-kawan yang sekolah sekarang ni, kesian pun ada, balik sekolah makan tengahari(time bulan biasa), pinjam bilik air hostel blok, mandi-mandi salin plak baju sekolah agama. Takde rehat. Itu yang suami isteri bekerja. Yang isteri tak keje mungkin boleh bawak balik kejap bagi tido dalam 5-10 minit. Memang mencabar zaman millenium ni

Saturday, August 13, 2011

14 Ramadhan


Hari ni masuk hari ke 14 ramadhan, dan kebetulan hari minggu. Aku rase ramai anak-anak kota yang balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibubapa dikampung. Ye, time puasa ni la rasa keseronokkan berbuka bersama keluarga. Dapat menikmati juadah dan hidangan dari air tangan ibu yang pasti kelazatannya mengalahkan KFC mahupun PizzaHut. Minggu ni jugak adik beradik aku yang duk Bangi balik ke kampung. Diowang dah berpakat nak balik minggu ni ramai-ramai, dan menurut informasi adik aku, ibu memasak soto kegemaran ramai di kampung. Terasa juga sedikit kecemburuan, tapi nak wat guane ada bende yang lebih penting kene jaga. Untuk menghilangkan rasa kecemburuan itu, aku telah mengirim kuih Kemboja kesukaan aku melalui kakak aku. Jangan ditanya kenapa kuih ni namenya Kemboja, aku tatau sama ada ada kaitan dengan negara Cambodia ke tidak. Kuih ni kalau nak rasa yang originalnya kene beli kat bazar Ramadhan pekan Selekoh. Kat sini ada jual jugak tapi lebih kearah kuih bengkang/bengke. Jadik rase manis tu dah tak true, dan penghidap penyakit diabetis dilarang sama sekali makan kuih ni. Dan orang rumah aku memang tak boleh makan, doktor baru detect ada kencing manis.

Wednesday, August 10, 2011

Percubaan kali pertama

Dah masuk Ramadhan ke 11 hari ni. Dan dah dekat sebulan aku jadi single parent. Orang rumah masih di hospital. Walaupun keadaannya bertambah baik, dan doktor pon dah cakap boleh balik weekend, aku tetap risau kalau-kalau bleeding balik. Lebih baik duduk kat ward dan dipantau oleh doktor.
Selama 10 hari bersahur ni, 8 hari hidangan kami sup ayam beli kat kedai. Jadik untuk malam tadi aku plan nak masak sendiri. Beli hari-hari kat kedai muak jugak, selain bajet pon boleh lari. Jadiknyer aku beli ayam separuh untuk dimasak. Tanya resepi sup ayam kat orang rumah, dan dia cakap senang je buat sup ni. Memang senang bagi yang biasa masak. Bagi aku nampak senang tapi susah. Nak kene tau baper ulas bawang puteh kene pakai, baper banyak halia kene masuk, baper banyak minyak nak kene ada dalam kuali, api pembakaran kaler ape masa masak, berapa camce garam?..baper camce gula?..memang kritikal. Tapi aku gamble je. Caranya:Lepas kupas bawang putih dalam 5 ulas, halia sebesar ibu jari kaki aku, operasi menghancurkan 2 bahan tu pon bermula dengan menggunakan batu lesung yang takde lesung pipit. Sesudah hancur aku panaskan minyak masak jenama Buruh ke dalam kuali sebanyak 2 sudu besar. Aku tengok orang masak kat tv selalu gune sukatan ini. Kemudian aku tumis dua bahan tadi, menghadirkan aroma yang sedap sehingga Faris terhenti seketika bermain game Angry Bird lantas berkata 'wanginye ayah..ayah masak ape?'..dengan sedikit riak aku menjawab "masak sup ayam la bang.." Sesudah minyak pecah, menurut orang rumah aku kene masukkan cengkih dan bunganya untuk menambah sedap dan wangi(kot). Aku ingat cengkih ni hanya untuk orang isap rokok gulung, buat sup pon pakai cengkih rupenyer. Setelah hampir 4 minit menumis..dimasukkan air mineral ke dalam tumisan tadi..berserta ayam 4 ketul, 1 untuk Faris, 1 untuk Fatih, dan 1 untuk Faozan. Yang lagi 1 sebagai spare kalau-kalau nak tambah. Kemudian kacau-kacau sikit, then tinggalkan sekejap sehingga ayam masak. Setelah lebih kurang 10 minit, sup ayam pon telah masak. Orang pertama yang jadi tester adalah Faris yang tak sabar untuk menikmati sup. Setelah beberapa kali menghembus kerana terlampau panas, Faris berjaya juga menyuap sup ayam+nasik kedalam mulut. Setelah beberapa suapan dan kunyahan, aku bertanya pada Faris.."cane bang..sedap ke tak"..dengan jujur Faris menjawab.."sedap sikit la yah.."..sesungguhnya kanak-kanak jujur berkata-kata.

Ayam yang telah siap dikerat 18

Yang hitam tu cengkih bukan lalat

Ceker ayam..
Wallaaa..dah siap

QC tengah ngetest..

Monday, August 8, 2011

Kugiran logamika

Dapat flyers ni kat facebook member. Tatau betul ke tak. Takde pengumuman rasmi lagi. Kalau jadik pasti di tentang habis habisan. Mungkin strategi pilihanraya. Kalau 10 tahun lepas kugiran ni datang KL, mungkin jugak aku pegi.

Friday, August 5, 2011

Sup Ayam


Alhamdulillah dah nak masuk seminggu berpuasa. Orang umah aku plak dah masuk minggu ke 3 kat hospital Serdang. Agak sedih jugak terutama time buka puasa orang rumah tak ada dan biasa dia yang menyediakan juadah. Tapi aku sabar dan tenangkan diri. Hari pertama dan kedua aku dan anak-anak berbuka di Putrajaya rumah akak ipar. Dah dipelawee aku on je. Tapi kenang-kenang balik buka kat rumah sendiri jugak best. Si Faris alhamdulillah nak berpuasa jugak. Tpi dah termiss 3 hari sebab tak tahan tengok Fatih minum depan dia. Tu pun dah sampai jam 5.30. Takpelah. Faris senang bangun bila di kejut sahur. Cuma hari pertama je agak susah sebab first time. Aku kene kejut dengan lemah lembut dan berhemah. Menu wajib Faris ketika bersahur adalah sup ayam. Dari hari pertama sahur sampai la semalam sup ayam jadi menu utama kami. Bila aku tanya Faris,"abang tak bosan ke hari-hari sup ayam?"..dengan selamba je dia jawab".dah ayah tak masak.."..memang aku tak masak semenjak jadik single parent ni.. Bukan tanak, tapi sebab aku risau hasil masakan aku tu aku sendiri pun tak lalu makan. Jadik penyudahnya aku suh awe kelate kat kedai masakkan. Ada 3 kedai makan kat sini jadik aku akan beli ikut giliran supaya diowang tak dapat cam aku. Malu boh hari-hari beli kedai yang sama. Terawih plak baru 2 kali aku buat kat surau. Selebihnyer buat kat rumah dan kadang-kadang buat-buat tatau. Kalau kat surau aku bawak sekali anak-anak. Sampai surau anak-anak jumpa kawan, habis bertawaf keliling surau. Aku plak jadik tak khusyuk sebab surau tepi jalan, anytime je ada kereta lalu lalang. Malam tadi pegi surau, dapat solat Isyak je, masa tazkirah Fatih dah merengek nak balik tido. Faris plak nak minta makan untuk orang-orang moreh. Balik awa teruih.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya vs Singa


Dari semalam aku dah dapat rase team Malaysia akan kalah. Defend perlu dikemaskini, tengah perlu direboot..striker dah ok kene maintain ..ape pon tahniah team Malaysia..

-Bilangan poser bola meningkat untuk minggu ni-

Tuesday, July 26, 2011

Ladies department@ jaya Jusco


Aku memang jarang-jarang pegi area ladies department, kecuali dengan orang rumah. Dan kalau pergi dengan orang rumah taklah malu sangat sebab secara tak langsung orang nampak aku menemankan isteri beli barang-barang keperluan wanita. Tapi Ahad lepas aku ada misi yang ditugaskan oleh orang rumah aku yang berada di hospital. Tugas aku dalam misi ini adalah untuk membeli barangan dalaman wanita. Nak tak nak terpaksa la juga aku gagahkan diri. Ditemani dengan 2 orang askar kecik yang sentiasa mengekori aku, aku menuju ke ladies department, Jusco Equine Park. Dan seperti aku agak, memang tak ramai kaum lelaki kat department ni. 60% pelajar perempuan, dan 40% lagi kaum2 ibu. Masuk je section 'itu' aku terperasan sekumpulan pelajar perempuan menjeling dan ada antara diowang yang ketawa kecil sambil mereka memilih. Dalam hati aku kate mesti diowang ingat aku ni pervert. Dah la tak nampak askar-askar kecik yang terlindung dengan baju-baju dalaman. Memang diowang saspek aku pervert. Sampai tempat tu plak askar yang kecik sekali boleh plak sebut "eeeii tak malu nampak t*t**." bila melihat gamba model memakai bra. Aku cepat-cepat tutup mulutnya dan bagi amaran jangan cakap kuat-kuat. Malu ayah. Lantas aku bertanya pada salesgirl mane nak carik barang utk orang yang pregnant. Salesgirl ramah tu escort aku ke bahagain itu. Dan tanya aku plak..saiz apa encik..Ahh...sudah..takkan la aku nak tunjuk kat orang lain..macam tu. Terus call orang rumah untuk kompenkan saiz. Dah dapat saiz, tanya warna pulak..aku mintak pendapat askar yang sulung..dan dia memilih warna pink..memang sesuai untuk wanita. Dah dapat barang, satu hal nak bayar dikaunter. 1 kaunter je bukak, que pun boleh tahan panjang..sambil2 beratur aku cuba sorokkan dengan melipat kecil. Askar-askar kecik dah ambik hotwheel, aku suruh dowang beratur depan aku untuk mengkaver. Sampai di kaunter, aku perasan cashier bertugas senyum kecil. Ape diowang ingat orang lelaki tak pandai beli barang dalaman wanita ke.

Sunday, July 24, 2011

Wad 5E


Dah seminggu aku ulang alik dari umah/opis ke Hospital Serdang wad 5E. Dan secara tak langsung dah seminggu jugak lah aku jadi single parent/mr mama/ houseman etc. Al kisah Selasa awal pagi minggu lepas(19/7/11) orang umah aku bleeding akibat uri turn ke bawah atau dalam bahasa perubatannyer 'Placenta Prevea'. Keadaan pagi tu agak mencemas jugaklah..ingatkan dah nak bersalin..tapi baru masuk 7 bulan kandungannya. Dengan pantas aku bawak orang umah aku dan kejutkan anak untuk hantar ke hospital. Mujur anak2 tak banyak cakap terus mandi dan salin baju walaupun dengan mata yang berpisat-pisat. Doktor mengesahkan yang uri orang umah aku dah turun ke stage 4 yang menurut beliau dah serius. Kalau bleeding berterusan perlu di bedah. Alhamdulillah menjelang petang bleeding dah benti dan dimasukkan ke wad biasa. Tapi doktor suruh orang umaha ku berehat sepenuhnya..sampai baby matang dalam jangka masa 8 minggu lagi. Bersamaan 2 bulan kene stay kat hospital. Alhamdulillah anak-anak setakat ni memahami cuma kadang-kadang bertanya kenapa ibu lama sangat kat hospital. Terpaksa la explain satu persatu.

Sunday, July 17, 2011

Telinga berdesing


2-3 hari ni telinga aku kerap berdesing..desing yang amat nyaring.. umpama enjin rotary ditarik ke rpm 5500 tanpa cut off..Ada orang kata kalau telinga berdesing ni tanda ada orang akan mati sebab bunyi desing tu terhasil daripada jatuhnya daun orang dan terkena kat daun kita..Aku tak pasti betul ke tak..aku kene rujuk pada ustaz-ustaz ni. Mungkin juga ada penjelasan kesihatan tentang benda ni..

Wednesday, June 29, 2011

Hepi Besday Muhd Faris Zaqwan


Semalam 29/6/2011 hari jadi Faris yang ke 6. Cepat sungguh masa berlalu. Aku rase macam seminggu lepas je dia baru lahir. Seperti biasa ibu belikan kek, ayah belikan hadiah keter kontrol Tamiya. Nak beli PS2 kecik lagi..kang tak pasal2 bapaknyer plak yang lebih-lebih main

Kekuningan dan kebersihan


Aku jadi hairan bila ada orang tak suka warna kuning. Padahal kalau ikut masa aku belaja sekolah rendah dulu kuning ni adalah warna diraja. Manakala ustaz aku cakap dulu kaler hijau adalah warna kesukaan Rasullullah S.A.W. Tapi sekarang ni kedua-dua warna amat sensitip dikalangan orang-orang tertentu

Kehairanan aku bertambah bila ada orang tak suka pada kebersihan. "Kebersihan separuh daripada iman"..hadith yang anak aku hapal. Budak kecik pon tau. Tapi ada setengah orang lebih suka pada kekotoran, busuk dan pesing.

Tuesday, June 21, 2011

Pengalaman baru

Pernah tolak kete sambil bayar tol?..Boleh nampak awek tol pakai kain kaler ape beb..

Wednesday, June 15, 2011

Perihal cap jari


Benda ni dah lama berlaku. Sejak zaman aku sekolah menengah. Bila nak amik duit BSN kat pejabat pos Sungai Sumun mesti akak kaunter tu mesti suruh dua tiga kali aku cop ibu jari aku. Dengan alasan tak nampak jalur-jalur halus pada ibu jari aku tu. Macam mane nak nampak boh, jari aku berpeluh. Ye, mase aku sekolah dulu aku memang ada masalah cepat berpeluh pada jari. Tambah lagi bila dah berjalan dari hostel ke pejabat pos tu dalam 4km-5km dibawah panas terik mentari. Kompem la jari berpeluh, bukan jari je dengan ketiak pon berpeluh.
Bila dah dewasa ni jari aku dah kurang berpeluhnyer. Tapi still ada lagi. Kalau pegi urusan-urusan yang melibatkan cap jari memang aku fail. Kompem kene buat 2-3 kali. Yang lebih menggusarkan jiwa jika awek yang jaga kaunter. Tapi nasib baik awek-awek tu paham. Mungkin dia nampak aku nervers bile berurusan dengan diowang. Dan kadang-kadang awek kaunter tu siap suh testing dulu kat kertas kosong, sambil pegang ibu jari aku, tapi jari dia berlapik la. Bila la pejabat pos nak upgrade sistem ni. Aku dah malas nak main-main karbon itam tu.

Thursday, June 9, 2011

JU 1464


Ok..aku tanak citer pasal Nora Elena lagi...ni pasal keter aku JU..Minggu lepas aku cuti 5 hari pegi jalan-jalan sambil pegi kenduri kahwin. 5 hari tempoh yang agak lama jugak nak tinggalkan JU sendirian kat parking lot. Dengan macam-macam kes jenayah sekarang ni hati aku jadik tak tenteram. Kejadian tahun 2007 seminggu lepas raya masih menghantui aku..dimana pagi-pagi nak pegi keje, tayar dan rim kete Wira aku hilang empat-empat dan diganti dengan batu bata. Memang celake pencuri rim buatan Malaysia pon diowang nak kebas. Tak pasal-pasal aku kene pegi Klang carik rim dan tayar seconhand.
Kali ni, untuk mengelakkan kejadian sama berulang..aku parking JU kat bangunan parking lot. Asal bangunan tu untuk parking bertingkat, tapi tak digunakan. Bahagian lower ground bangunan tu digunakan brader Bangla jadik tempat carwash. Selalu gak aku basuh JU kat situ. Jadik dah kenal la dengan Bangla tu. Hari Sabtu pagi aku park kat situ sambil pesan kat Bangla tu tolong tengok-tengok kan JU sebelum aku bertolak ke Selatan. Tak lupe aku cabut 1 terminal bateri kereta tu supaya tak abis baterinyasebab tak cas/start 5 hari. Hari Rabu aku ambik balik JU, tengah panaskan enjin tiba-tiba brader Bangla tu datang menyapa aku."Abang ada worang tanya la ini kereta, mau jual ka..?". Aku terkedu jap. Sambil dalam kotak pemikiran muncul imej kapitalis untuk kaut untung. Aku balas balik, "tak jual la bos..tapi kalau dia mau RM10k la..."..sambil aku sengih..

-Toyota KE35 dengan Datsun 510 pon cantik jugak

Wednesday, June 8, 2011

Alahai Nora


Memang sekarang tengah musim citer Nora Elena ke?. Pergi mane-mane mesti orang citer pasal drama ni. Sampai kat kenduri kawin pon makcik-makcik sempat mengulas citer ni. Tu blom kat tempat keje, time makan pagi..kaum-kaum hawa bercerita sesama sendiri..dan ada yang berangan jadi Nora Elena tu..Yang laki plak..berangan nak kawen ngan Siti Saleha...Dan ada yang quote kate-kate romantis dari citer tu..paste kat wall facebook diowang..Yang tak sempat tengok..melopong je la..AKu memang tak sempat nak tengok..kol 6pm ke 7.15pm aku bersukan..pastu terus Maghrib..Citer dah bagus apsal tayang kol 7pm?..Tapi yang pasti Siti Saleha memang gojes..huhuu..

Minggu orang kawen

Musim cuti sekolah ni biasalah ramai yang buat keje kahwin. Dulu aku pon kawen time cuti sekolah. Sennag sedara mara datang. Minggu lepas sepupu aku kat Ulu Tiram kawen. Untuk tidak menghampakan permintaannya aku satu family turun ke JB. Aku area Jb ni memang fail, tapi nasib baik aku ada GPS bernyawa yakni orang rumah aku. Dulu dia keje kat JB 4 tahun sebelum pindah KL lepas kawen ngan aku. So selok belok JB memang dia terer. Habis kenduri ronda-ronda bandar JB. Boring asyik pegi Danga Bay je, bini aku bawak pegi satu tempat makan seafood kat Senibong. Senibong terletak kat area Permas Jaya dan terletak diatas air mcm restoren terapung. Seafood-seafoodnyr memang fresh. Siap boleh nampak pakcik-pakcik nelayan angkat ikan-ikan dari laut terus ke restoren tu. Pemandangan pon boleh tahan cantik, dan boleh nampak Singapura dari restoren itu. Diselangi dengan tiupan bayu yang menghembus pipi, menjanjikan panaroma yang menarik sambil menikmati kelazatan seafood.
Makanan kat situ toksah citer. Memang lazat-lazat. Tapi memandangkan aku dah terlebih makan masa kenduri tadi (kambing masak kurma)aku hadkan nafsu makan aku. Orang rumah aku je yang order sedap-sedap...tomyan seafood, paprik campur dengan kailan ikan masin...aku order sup ekor je..untuk tidak terlampau kenyang..tak la mengantuk masa drive balik..tapi aku tak puas hati..nak repet balik kalau ada masa nanti..aku nak order ketam masak merah. Besar-besar sungguh ketamnyer...


Sunday, June 5, 2011

Ulang tahun ke 7

7 tahun lepas, tarikh 6/6, pagi-pagi camni aku tengah berdebar-debar bawak kereta dari Muar ke Batu Pahat, diiringi sanak saudara aku menuju ke rumah beralamat Pos304, Jalan Peserai ni untuk mengadap jurunikah. Biasa dari Muar ke Batu Pahat amik mase 45 minit, tapi masa tu aku rasa 1/2 jam je dah sampai. Sampai rumah yang dituju,disambut pihak belah perempuan dengan ramah. Sekitar rumah tu ada khemah-khemah dan meja kerusi tersusun rapi. Lepas dipersilakan masuk ke dalam rumah, aku nampak ada pelamin kaler ungu siap ada tempat duduk singgah sana macam raja. Depannyer ada bantal besar dan aku disuruh duduk atas tu. Orang dulu-dulu kata duduk atas bantal ni boleh kene bisul kat bontot. Aku redah jela..Selesa jugak. 10 minit menanti, jurunikah pon sampai, sambil senyum aku hulur salam, jurunikah siap sound 'sejuk tangan?'..Mana tak sejuk dalam otak aku macam-macam pikir ape soalan jurunikah ni akan bagi. NAsibbaik takde soalan-soalan dikemukakan. Lega sikit aku.
Dengan sekali lafaz, aku sah jadi suami..dan sempat menjeling permaisuri hidupku yang duduk bersimpuh di satu sudut tak jauh dari bantal yang aku duduk.

Saturday, May 28, 2011

Piala juara-juara


Aku jarang update blog malam-malam. Bagi aku malam = tidor. Ada setengah orang sukaupdate blog, tulis surat cinta, karang novel, dan tulis lirik lagu waktu tengah malam sebab senang dapat ilham.
Tapi malam ni terpaksa beliakkan mata sebab dalam jam 2.45 nanti ada final Piala Juara-juara Eropah, Barcelona lawan M.U, dua kelab tersohor yang ada ramai peminat merata dunia. Tapi aku bukan la die hard fans kelab-kelab ni. Aku tunggu game ni sebab seronok tengok cara diowang main bola. Bercakap pasal fans ni..kat Malaysia memang ramai fans-fans team macam MU, Chelsea, Arsenal, Wigan, Barcelona, Liverpool dan Real Madrid. Siap tampal stiker kat cermin kereta lagi. Tapi yang tak bestnyer setengah-setengah supporter ni otomotik akan jadik eksen bile pasukan yang diowang sokong ni menang, siap pengkah-pangkah team yang kalah ni dalam facebook. Bukan main lagi macam diowang lahir dan asal usul dari kelab yang diowang sokong je. Padal asal Perak, Selangor etc.
Biase orang tanya aku, team ape ko support? Aku cakap aku tengok liga BPL ke, La Liga ke Bundesliga ke sebab aku suke tengok cara diowang main bola tu je.Dan kat almari rumah aku memang takde jersey MU ke, Chelsea ke Liverpool utuk dipakai. Yang ada jersey jenama Joma team Perak 2008/2009 je. tu untuk dipakai kalau ada game Perak kat area KL/Selangor. Kejor yop kejo..kita bakoo
Apa pon aku ada lagi sejam nak tunggu game ni, tapi mata dah start pedas-pedas macam ada pasir. Mintak-mintak game pagi ni menarik..Messi lwn Rooney, Iniesta lwn Scholes, Vidic lwn Puyol, Van der Sar lawan Valdez.
Dan mungkin masa baca ni dah tau result dia caner..Aku nk bancuh kopi dulu cicah biskut Jacob

Thursday, May 26, 2011

Maling


2-3 minggu ni banyak kes pecah rumah kat Taman Pinggiran Putra. 4 hari lepas jiran selang 3 rumah dari rumah aku pon kene pecah masuk. Time tu kakak tu tinggal sorang sebab adik pegi out station. Kejadian berlaku dalam kol 3.00 pagi. Menurut citer-citer jiran..kakak tu bergelut jugak dengan maling tu..yang bersenjatakan pisau. Kakak tu badan pon boleh tahan besar..dan dalam gelut-gelut berjaya merampas pisau dari maling tu. Memang hebat kakak ni. Lepas tu dia lak ugut maling tu amik kunci pintu suh keluar umah. Aku rasa kakak tu dah geram...dan menurut citer jiran-jiran yang bergosip gak..maling yang masuk rumah tu saiznyer taklah sebesar mana dan datang sorang... Tu yang kakak tu leh beat senang-senang je.
Lepas kejadian tu tidur malam aku jadi tak lena..setiap sejam mesti terjaga. Bunyik helmet jatuh pon boleh terjaga. Walaupon kawalan keselamtan telah dipertingkatkan tapi langkah berjaga-jaga tetap diambil. Sekarang tidur malam aku bertemankan sebatang rotan sebesar lengan fFaris sebagai langkah berjaga-jaga.

Tuesday, April 26, 2011

Dok Rok Chetong

Orang ganu/ belah2 timur kompem tau maksud dia. Aku tau perkataan ni masa layan tazkirah Ustaz Azhar Idrus. Sebelum wat keje atau sambil-sambil wat keje aku akan bukak youtube layan tazkirah ustaz ni. Ustaz ni kelako, isi tepat, padat, hujah-hujah bernas masa bagi tazkirah. Orang-orang pantai timur mesti pernah dengar tazkirah dia. Masa dia datang satu masjid kat Gombak 2 bulan lepas, parking kete sampai ke tepi hiway MRR2. Memang respek ustaz ni.

Nostalgia lagi..

Petang Sabtu lepas, masa aku kene standby kat ofis, sempat aku bukak facebook. Tengah baca status-status kawan, aku disapa oleh 2 kawan lama aku dalam chat. Sorang bernama Mohd Idris, dia ni dulu satu aliran agama kelas rancangan khas. Last jumpe dia masa reunion kawan kat Cheras. Sekarang dah jadi cikgu kat SMK Hutan Melintang merangkap jurulatih hoki. Petang tu dia mempelawa aku untuk join team hoki dia (ALumni SMKJ) main kat Manjung. Terkejut gak sebab dah berbelas tahun aku dah tak pegang stick hoki ni, alih2 ada member ajak pulak. Dah lama tak pegang stick hoki satu hal, skil drible pon aku rase dah ilang. Tu belom kire stamina lagi. Hoki ni sukan yang mementingkan kepantasan dan kekuatan pinggang sebab kene bongkok time bawak bola. Aku rase kalau main mau jem pinggang aku ni. Apatah lagi dengan perut yang selebar 8.5JJ (ikut ukuran rim sukan). Memang kompem jeng kreng. Dulu masa sekolah, sukan hoki ni memang sukan yang asing bagi aku dan rakan2. Tapi berkat latihan dan masuk pertandingan antara sekolah-sekolah Hilir Perak, tahun 1993 SMKJ jadik cempion bawah 15 masa tu kalahkan Sekolah Sains Teluk Intan kalau tak silap aku. Menang dengan penalti.Semua player-player kebanyakkan dari aliran agama. Dalam team, aku bukanlah player yang penuh skill drible macam Minarwan, oleh sebab aku takde skill sangat aku diletakkan sebagai penjaga gol je. Sorang lagi keeper adalah Faizal Ali. Walaupon badan aku dan Faizal Ali tak besar, tapi bila dah pakai suit hoki ni dengan autometik akan jadi besar.Selalunya Faizal Ali la yang dpat 1st eleven. Jadi gol keeper ni ingat senang ke. Dengan bawak beban pad rotan, pad badan, dan ballguard serta helmet, keeper hoki ni umpama robot transformer. Keeper zaman sekarang je pakai pad jenis getah tebal tapi lebih ringan.
Aku tatau lagi nak terima ke tak offer cikgu Derih tu. Kalau kawan2 lama ada yang nak main insyallah aku pon akan main.


Ini la satu-satunyer gamba team under 15 yang cempion yang ada pada simpanan aku. Hairan jugak apsal masa dulu tak amik gamba siap ngan kayu hoki duduk sopan.
Berdiri dari kiri- Razikin Sukor- Wings, Fitri-Striker, MOhd Idris-Tengah, Ikhwan Nasir-Striker, Faizal Ali-keeper, Cikgu Hasnawi-coach, Amat Shahrizal-tengah, Hannas-last bek, Shaiful Nizam-wing, Joni Ambar-tengah, Khairul Nizam-bek kiri
Duduk dari kiri- Faozan-keeper, Mohd Arni-bek kanan, Hafizul Fitri-tengah, Mahadzir Hares-bek tengah, Radin- tengah, Idris Zuldin- striker, Helmi-tengah, Azhar Ahmad-wing