Sunday, November 25, 2012

Cuti Sekolah

Dah masuk minggu ke tiga cuti sekolah akhir tahun. Setakat ni alhamdulillah anak-anak ada aktiviti masing-masing time cuti ni. Faris Zaqwan pagi aku hantar ke Khemah Ibadat di present 9, Putrajaya. Khemah Ibadat ni lebih kurang sekolah agama cuma tak formal je. Diajar mengaji, solat dan juga ceramah-ceramah berkenaan dengan pentingnya solat, jaga akhlak dan peribadi muslim. Mula-mula Faris tak nak join, tapi lepas di pujuk-pujuk dan juga sepupu rapatnya join sekali dia pun bersetuju. Dia join hari kedua, hari pertama aku demam so semua duk rumah. 1 hari suntuk ngadap Disney XD, tablet dan juga angry bird. AKu cakap ni tak leh jadi. Takkan nak ngadap benda-benda lagho ni hari-hari. Petang plak, kebetulann mingu lepas ada Super8, yakni pertandinagn bola sepak untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. Seminggu lebih berlatih di padang. Memandang sesi latihan hanya seminggu jadi coach tidak dapat membentuk pasukan yang mantap, alah si Rajagopal pon apa kurangnya, 2 tahun bereksperimen last-last kalah ngan Singapore. jadi keputusan pertandingan kalah 2 kali, seri sekali. Dapatlah 1 mata berharga. Fatih Ziyad plak, masih dihantar di Pasti, memandangkan musim cuti cikgu-cikgu membuat kelas membaca untuk anak-anak Pasti yang dihantar ibubapanya. Ada lagi sebulan lebih cuti sekolah, macam-macam permintaan antaranya pergi ke Legoland yang super mahal tiketnya. Alasan Legoland belum siap adalah alasan yang aku guna untuk menidakkan permintaan mereka.
Harimau Malaya 2025..King Gopal boleh packing barang..

Friday, November 23, 2012

Sape-sape yang mempunyai kedudukan kewangan yg kukuh, berani, sanggup tinggalkan anak bini, tinggalkan kampung, tinggalkan rumah mewah, tinggalkan kereta, tinggalkan kesenangan, boleh la try apply. Hati ini memang meronta-ronta ingin membantu saudara Muslim disana. Akan tetapi aku belum cukup kuat dan iamn aku masih lemah lagi untuk ke sana. Insyallah suatu hari nanti aku akan sampai jugak Gaza membantu saudara Islam kita.

Tuesday, November 20, 2012

Thursday, November 8, 2012

Friday, October 12, 2012

Si putih ke30

Dah hampir 3 minggu aku tak bawak kete ni gi balik keje dgn antar Faris gi sekolah. Aku terpaksa hantar ke bengkel untuk menukar part yang dah wear n tear. Antara yang dituka adalah abosber belakang, brake lining, bushing belakang, brakepad depan, absober depan dan jugak gearbox dari 4 speed tukar ke 5 speed. Pakai gearbox 4 speed ni rasa macam enjin mengaum dan minyak pun agak kuat walaupun aku pengguna tegar Ron95 yang diwar-warkan menjimatkan petrol dan lebih kilometer. Kebiasaannyer kalau hantar bengkel amik masa dalam seminggu dua je, memandangkan bengkel yang aku hantar ni sorang je pomennyer makan kerja-kerja agak perlahan progressnyer. Itu nasib aku baik kedai-kedai spare part kat Dengkil masih lagi menjual barang keter-keter lama ni, tengok dari kedainyer pon memang dah lama bertapak disitu.
Part-part diatas adalah untuk setup suspension belakang, yang macam U-shape tu adalah untuk ikat block besi yang akan merendahkan kereta. Ke30 ni menggnakan spring duan so takde coil spring untuk dipotong.
Tuka brake lining
Longsap dgn gearbox lama dah bukak
Slam- Gerimis mengundang..

Tuesday, September 18, 2012

Dunia kaset hari Malaysia

Cuti hari Malaysia lepas, 2 hari melayan open house sampai sebu perut, manakala hari Isnin aku stay kat rumah je kemas-kemas apa yang patut. Tengah mengemas ada 1 kotak berisi hifi dan juga kaset-kaset lama aku. Cek-cek kat hi-fi, dah tak boleh pakai, tanya member susah nak carik barang so aku amik keputusan jual kat besi buruk, dapatla RM10. Manakala kaset-kaset pulak banyak yang dah terbelit pitanyer. Nak dibuang agak sayang jugak, bukan ape banyak kaset2 ni dibeli melalui kiriman pos dan atas kepercayaan abang posmen. Duduklah aku mengadap kaset dan cuba membetulkan kembali pitanyer. Menggulung pita kaset memerlukan kesabaran yang tinggi. Belum dikira dengan gangguan dari anak-anak. Setelah hampir sejam aku berjaya menyelamat beberapa kaset. Bukan apa , memandangkan kereta aku takde cd player jadi lebih eloklah aku menyimpan kaset-kaset ini.
Ketelitian amat diperlukan...
Yang dah siap diletakkan di center console KE30
Head unit lama

Lagi-lagi pasal isu kete lama

Kalau dulu aku penah pos pasal insuran kereta lama yang tinggi, 2-3 hari lepas timbul pulak isu pasal nak melupuskan terus kereta-keret lama ni dia tas jalan raya di malaysia ni. isu ni ditimbulkan oleh mamat dari DRB-Hicom aku tak ingat sape name dia dan dengar mamat ni baru dilantik jd pengerusi DRB Hicom. Atas alasan kereta-kereta lama ni kurang selamat dari aspek-aspek keselamatan mamat ni telah membuat cadangan mengetatkan pemeriksaan kereta lama ni bila renew roadtax. Pada aku cadangan ni mmg elok ..tp janganlah pulak untuk kereta lama jugak, kereta baru pon kene la menjalani pemeriksaan yang ketat. Kalau tengok yang banyak accident adalah kereta-kereta baru. Tak dinafikan kereta lama ada jugak yang accident tp dalam bilangan yang kecil Aku pasti peraturan yang ketat ni akan menyebabkan pemilik kereta lama akan menjadi fedup lantas melupuskan kereta masing-masing..itu yang diharapkan oleh pihak DRB juga salah satu cara halus yang diguna pakai oleh orang-oranag atasan ni. Pada aku aku semua ni adalah untuk menaikkan kembali penjualan proron yang semakin merundum akibat bank mengettakan syarat2 pinjaman kenderaan,selain tu untuk menkayakan kroni-kroni yakni vendor-vendor proton. Pendapat aku senang je, nak bagi rakyat pakai kereta baru terutama proton turunkan je harga kereta ikut harga seperti di Arab Saudi. Ada bran?..

Thursday, August 30, 2012

Perutusan Hari Raya

Aku baru jumpe kat Radio bangsar Utama punyer web, perutusan Hari Raya dari blogger Tukar Tiub, walaupon dah masuk minggu ke 2 raya...enjoy.. Kah..kah.kah

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Rasanya tak terlambat untuk aku dan family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupon dah masuk raya ke 10 hari ni. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut Aidilfitri di kedua-dua kampung yakni Sungai Tiang Darat dan juga Peserai, Batu Pahat. Aku start cuti hari Jumaat, dan balik ke Sungai Tiang pada Jumaat tengahari, singgah di Sungai Besar untuk beli baju anak-anak serta tudung ibu anak-anak. Sampai di rumah dah lepas buka puasa, namun masih ada lagi soto yang dimasak oleh ibunda disediakan untuk kami. Raya ke 2 petang gerak balik ke rumah di Salak Tinggi, ikut hati nak je travel terus ke Batu Pahat tapi disebabkan jem di Tanjung karang perjalan yang sepatutnyer 3 jam jadi 6 jam. Sampai di Salak Tinggi dah pukl 2 pagi. Tidur je la jawabner. Esoknyer jam 8 pagi baru gerak ke batu Pahat, dan yang bestnyer plus hiway kosong clear. Syukur sais pinggang aku belum meningkat lg selepas raya ke 10 ni...
"memang tak leh ubah la style bergambo"..

Sunday, August 12, 2012

Lagi raya

Aku rase dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya ni spesel skit, cover by Metalika..Tak sangka James Hetfield pon tangkap leleh ngan lagu ni dari arwah S.Jibeng ni.

Friday, August 10, 2012

21 Ramadhan

Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu. Aku rasa baru minggu lepas je beli kuih kemboja kat pasar Ramadhan Selekoh, padahal aku beli masa 1st day puasa aku balik kampung. Kuih kemboja Selekoh memang tiada tandingannyer yop. Anak anak makin teruja nak sambut raya. Tahun lepas diowang balik kampung tanpa ibu dan ayahnya. Tahun ni insyallah beraya di Bagan dato dulu, pastu baru ke batu pahat. Cuaca pon makin lama, makin panas, makin berat cabaran dan dugaan. Yang pasti 10 malam terakhir ni patut diperbanyakkan iabadat-ibadat malam, bukannyer sibuk dengar lagu raya, sibuk shoppong dan sibuk buat janji-janji. Patern orang Islam Malaysia ni, awal-awal Ramadhan je penuh surau dan masjid, dah smapai pertengahan tinggal separuh saf, ujung-ujung tinggal la pak imam, tok siak dengan ahli jawatankuasa masjid...sedih...

Tuesday, July 31, 2012

Peribahasa baru

Shahrizat punya lembu, Rafizi kene tangkap

Wednesday, July 25, 2012

Logo paling bangang..

Aku rase budak-budak hardcore graphic pasti akan memberi kutukan yang sempurna kepada pembuat logo hari merdeka tahun ni. Aku bukanlah terer bab graphic-graphic tapi bila tengok je logo ni, satu makian yang tinggi terkuar dari mulut aku dan mengurangkan pahal apuasa. Nampak sangat macam budak darjah 6 yang reka logo ni. Tambah parah bila tema yang digunakan adalah tema untuk satu parti politik yang digunakan untuk memancing undi. Lagi aku tambah panas. Apekejadah dah desperate sangat ke, dah takde tema yang sesuai kah?..Memang ABU..!

Thursday, July 19, 2012

Basyar is a murder of Sunni in Syria

Inilah orang yang paling kejam lepas Radovan Karadzic, yang bunuh sedara Islam sendiri. Walaupon dia ni muslim , tapi dah sesat sebab mengamalkan ajaran syiah yang dah total lost. Syiah alawi yang dianuti ni dah ada unsur2 penyembahan majusi dan lebih teruk ada agenda-agenda Zionis di dalamnyer. Dan jugak dibelakang Basyar ni Iran, China dan Rusia membekap laknat Basyar ni. Iran dah terang-terang memang syiah, menggalakkan Basyar ni membunuh orang Sunni. Aku harap pejuang-pejuang Pembebasan Syira (FSA) dapat membunuh Basyar ni, yang telah mneyembelih, merogol,membunuh warga Sunni di Syria. Penerangan pasal hal di Syria:

Salam Ramadhan

Rasa sekejap je setahun, bila bulan Ramadhan datang lagi. Ingat lagi tahun lepas aku, berpuasa dengan Faris n Fatih je, sebabnyer orang umah aku kene stay kat hospital atas sebab pendarahan masa pregnant. Aku rasa itu ujian paling berat aku kene hadapi dalam bulan puasa tahun lepas. Semua aku kene buat sendiri. Alhamdulillah dapat jugak menyelesaikan ibadah di bulan puasa tahun lepas. Tahun ni alhamdullah semua dapat berkumpul, malah dengan tambahan ahli baru oaoatu Muhd farhad Zameer yang genap 12 bulan 25/7 ni. Dan alhamdullah tahun dapat juga berpuasa di rumah yang baru diduduki tak sampai sebulan berpindah, di Salak Tinggi.

Thursday, June 21, 2012

JU 1464

Sedang aku membelek-belek group kete lama kat Facebook, tiba-tiba ternampak x-kete aku ni diiklankan di dalam group tu. Yang menariknyer kaler masih berkilat, rim masih deep dish akan tetapi harga telah melambung tinggi. Agak mencarut juga harga yang ditawarkan oleh owner baru tu untuk sebuah kereta tahun 1978 dan hanya berkapisiti 1400cc. Tapi tak tau la mungkin owner dah menukar ke enjin rotary 13B atau 12A.

Pulang awal

Seperti sedia maklum..Euro2012 merupakan kempen Euro paling buruk dalam team Belanda. Greece pun boleh masuk quater final. Seperti biasa macam-macam spekulasi yang paper keluarkan. Dan yang paling nyata adalah terdapat disunity didalam team Belanda tu. Takpelah..lepas ni harap team Belanda akang bangkit, meneruskan kempem kelayakan Piala Dunia 2014. Belanda diundi satu team ngan Turkey dan 3 negara lain, aku dah lupe...Lepas ni aku tetap bangun malam untuk menonton perlawanan perlawanan Euro seterusnye.. walaupun team Belanda dah out.

Thursday, June 14, 2012

Tewas..

Aku rase Euro kali ni merupakan Euro paling teruk team Belanda. Selepas 2 game, dan kalah kedua-dua game, berkemungkinan besar akan tersingkir awal. Biasa pada kejohanan-kejohanan besar, team Belanda paling tidak pun dapat masuk quater final. Aku tengok start diowang mula buat frenly game sebelum Euro ni pon team ni dah agak goyang. Dari 5 game tak silap aku hanya menang sekali dan seri sekali. Tak seperti mase kempem kelayakkan tahun lepas Belanda jadi juara kumpulan. Dari ape yang aku perhati team Belanda ada beberapa sebab kenape tak bleg pegi dalam Euro 2012 ni. 1. Belanda takde top striker yang wibawa spt Ruud Van Nistelroy.Van Persie tak bleh diletakkan di posisi striker sebab masa main kat Arsenal dia bayak main wing. 2. Defend Belanda kurang mantap/tak mantap. Seorang defender perlu ada karektor seperti Jaap Stam dan VanBronckhosrt. Tapi team ni takde..harap Jhon Heitinga je. 3.Kurang semangat dan salah tektikal. Corak game Belanda pada Euro ni memang lain dengan mase World Cup 2010 dulu. Mungkin ada yang tak puas hati dengan cara coach. 4. Midfield kurang kreatif mencipta peluang. Wesley Sneijder kali ni caples dan gagal menyaingi pemain tengah pihallawan.. Serba sedikit analisa dari aku...ada satu game lagi lawan Portugal..harap menang. Seperti biasa fans-fans Germany bersorak girang bila dapat kalahkan Belanda.

Saturday, June 9, 2012

Jadi ayam Belanda

Okeh 1st game Holland kalah. Banyak peluang dipersiakan...keeper and defence memang out form..Van Persie banyak peluang..memag takde luck..Hollanda kene menang sume game lepas ni...Up the Oranje..

Wednesday, June 6, 2012

Bunga-bunga chenta

Semalam ( 6/6/2012) adalah anniversary perkahwinan aku dengan orang umahku yang ke 8. Makne kate dah 8 tahun hidup bersama. 8 tahun jugak membesarkan 3 orang hero-hero yang hyper active. Macam biasa takde celebration besar-besaran, takde poll dancing, takde majlis RM200,000. Cukup sekadar doa selamat dan makan maam di restoren kegemaran orang umah. Macam biasa harapan perkahwinan ni kekal di dunia dan akhirat dan diredhai Allah..

Saturday, April 14, 2012

Kereta pakcik-pakcik pegi surau

Lepas kecewa dengan system perbankan yang tidak membenarkan golongan berpendapatan sederhana seperti aku untuk membuat pinjaman kenderaan, minat aku untuk pakai kereta lama timbul balik. Niat di hati kalau lulus pinjaman nk beli MPV. Tapi apakan daya, sisyem perbankkan yang baru membataskan aku untuk memiliki sebijik MPV. Lantas..pencarian kereta bermula dari bulan Februari sampai la bulan April ni baru dapat. Tujuan hanya satu, memastikan Faris pegi sekolah dalam keadan selesa. Sebelum ni aku naik moto je ngan Faris. Belikan dia helmet kanak-kanak, pagi-pagi kami akan merempit membelah hening pagi, menempuh dan mencilok jem di Seri Kembangan. Tapi bile time hujan pagi, memang mati akal. Lambat datang sekolah sebab berteduh bawah jambatan.
-----------
Kereta ni kalau kat kampung-kampung ramai pakcik-pakcik yang bawak gi kebun, mengeteh bersama kawan-kawan dan bawak gi surau time hujan. Model ini adalah model Corolla KE30, memang biasa nampak kalau kat Simpang Tiga atau di Bagan Dato. Alhamdulillah keadaan body masih tegap, walaupon umur nak masuk 35 tahun, enjin sekali crank dah boleh hidup..Cuma karat-karat tu biasalah...dan yangpenting lantai/floor pan nyer tidak reput dan bocor. Ape pon kete ni memang tak boleh beat Vios kat hiway sebab ada 4 speed je gearnyer

Pasang fender mirror
WD40..hilangkan bunyik2
Kene lower semaximum mungkin

Sunday, April 8, 2012

Arked game

Tiba-tiba teringat pasal arked game atau pusat video game ni. Dulu zaman-zaman sekolah aku bukanlah into sangat ke video game ni, tapi kalau dah pegi kompem main Street Fighter. Zaman sekolah dulu tempat yang popular main game untuk budak-budak asrama SMKJ adalah di Simpang 4 dan kalau outing ke Teluk Intan, kat atas bumbung komples Aik-Aik.. Tak tau sekarang wujud lagi ke tak. Masuk arked game kompem bingit telinga macam masuk studio jamming. Bunyian game-game boleh mencairkan taik telinga. Street Fighter merupakan game yang famous mase tu.. Ada jugak game-game half porn, kompletekan puzzle labah-labah kuar gambo kartun separa bogel..Tapi biasanya tak sampai puzzle tu, semua yang tengok mengeluh..kehkehek..
-----------

Minggu lepas entah macam mane Fatih bawak balik kad..Aku ingat kad biasa je, rupenyer kad tu boleh scan kat video game untuk dimainkan game tu..name game Animal Kaiser..Ni kes kawan-kawan bawak kad gi sekolah lah ni. GAme ni game fight tapi melibatkan binatang-binatang. Setiap binatang ada horsepower/superpower tertentu. Sudahnya si Faris dan Fatih ajak aku gi arked game kat Jusco. Aku jadi serba salah. Aku dulu form 3 baru masuk kedai game..ni baru 5-7 tahun dah mengajak. Bincang-bincang ngan orang rumah, aku setuju pegi dengan syarat sekali je pegi. Sebelum tu masing-masing dah buat muka ketat. Pegi ke game tu ramai budak tgh tunggu turn. Aku rase game ni memang tengah up sekarang. Sampaikan ada yang bawak faile untuk simpan kad-kad. Memang tegar. Sejam menunggu baru dapat turun. Tu pon lepas aku soung sorang anak cina yang main tanak benti. Mentang-mentang banyak token. Memang sekali ni jela aku bagi main.

Sunday, April 1, 2012

Europe in war!!

"Every four years, Europe goes to war..country vs country.." tu iklan kat Astro..promosi Euro2012.. seperti biasa semua orang kaan pilih pasukan favourite masing..dan aku macam biasa..Holland..negara yang membenarkan penghisapan marijuana secara open..tapi aku bukan lah support bende tu..cuma suka gaya perminan bola negara tu..Tapi bukanlah maksud aku, aku tak support bolasepak kat Malaysia ni..cuma bola sepak kat Malaysia ni dipenuhi dengan palat-palat yang membuatkan bola sepak tu jadi mundur. CTH..Pasukan kebangsaan tak boleh kene kritik..sape kritik akan kene dende..Presiden FAM, jadi presiden sampai seumur hidup..jadah apa...Kes rasuah..dah kalau golongan-golongan atas amik rasuah..paetah lagi player-player...
Apepon aku dah beli jersey away Holland..Tiruan tapi gred AA..jenis dri Fit..beli kat member lama same sekolah dulu duk Penang..jd tokey jual jersey dah brader tu.. sape nk order boleh search kat facebook.. Jersi (Rumah Jersi)..

Sunday, March 25, 2012

Datsun reborn..


Bende ni dah kecoh kat forum-forum penggemar-penggemar keter lama. Datsun satu jenama automotif yang unggul dalam tahun 60-70an dulu. Banyak kereta-kereta keluarannya menjadi legend sekarang ni, antaranya Datsun 510 (dlm citer Transfomers 3), Datsun 260z a.k.a Devil Z (citer anime Wangan Midnight)Datsun KPCG10 (atuk kepd Skyline R35)dan juga Datsun 120Y (dulu arwah pakcik aku pakai Kuantan-Sungai Tiang steady je.)Beberapa minggu lepas CEO Nissan-REnault, Carlos Ghosn mengumumkan jenama Datsun akan kembali lagi pada tahun 2014. Pengeluarannyer untuk menyaingi model-model yang mampu milik untuk pengguna. Tapi adakah model-model seperti 510, 120Y dan 260z ni dibuat balik. Ontahlah. Tunggu dan lihat je.

Devil Z
Datsun 510
Datsun KPCG10
B310

Janji

Bukan janji Manismu..yang ni lebih kepada Janji tinggal Janji..Semalam..pagi aku bukak website Mudah. TErminat sebijik Toyota Starlet KP61 atau budak-budak yang main keter lama ni panggil Starlet kambing. Telefon owner..macha yang jawap. Bual-bual kejap pasal kete, aku cakap nak tengok kete dalam jam 5.30pm kat Selayang. Kol 4.00pm macha tu SMS aku, dia dah ada kat Selayang,"kalau bro nak datang boleh sekarang"..dia taip. Aku pon dari spital Serdang terus pergi Selayang dengan semangat berkobar-kobar..atas menunaikan hajat Embah(Atok) Faris supaya aku beli kete sebijik untuk antar dia gi sekolah. Sampai Selayang, benti kat Petronas..aku cucuk duit..keluarkan cash. Dalam kepala otak aku..aku nak tengok dan terus beli..C.O.D. kat Petronas..aku lepak jap..sambil Solat Asar..dan terus tepon macha tu nak cakap aku dah sampai. Sekali 10 kali kol tak berangkat. Aku jadi panas. Dari jam 5.00ptg sampai 6.30 petang kol tak berangkat jugak..aku dah start maki/mencarut dalam nada perlahan..sebab anak2 aku ada.. Kol 6.35 kol, berangkat..tapi suara macha lain..aku tanya apsal kol tak angkat..dia cakap itu worang lain..tanya balik..pasal kete, dia selambe macha tu cakap baru je jual 20 minit lepas..terus keluar perkataan mencarut India dari mulut. Aku maki hamun macha tu..dah la tunggu lama, janji macam Kaf Lam Ya Nga..mmg tu pon..macha tu tergamam..terus off henpon..tak cukup tu aku sms no macha tu, maki hamun. Terus tak jawap..Balik Seri Kembangan dengan marah+bengang+ mencarut kat KAf LAm Ya Nga yang aku ternampak dalam kete..

My wish is Nightwish

Dalam banyak-banyak list lagu dlam album baru Nightwish ni, aku rase yang ni je kene dengan halwa telinga aku yang tak baper capang ni..Yang lain semua kategori dengar sambil fast forward..

Monday, February 13, 2012

Baucer Buku 1Malaysia.


Kehkhekhe..tak sangka aku pon dapat baucer ni memndangkan aku pelajar. Untuk pengetahuan, baucer ni disediakan oleh kerajaan untuk para pelajar IPT diseluruh negara membali buku-buku pelajaran. Bayangkan sorang pelajar dapat RM200, berapa pulak kerajaan peruntukkan untuk semuanya, dan dimana pulak datangnya duit ni. Ape-ape pon, amik tetap amik dah ini memang hak rakyat, dah la yang duit RM500 tak dapat. Untuk rekod aku rase ni pertama kali kerajaan bagi baucer-baucer ni memandangkan pilihanraya dah dah dekat. Mungkin ini satu strategi atau mungkin jugak tidak. Dah tu, dah dapat aku bawak isteri dan anak-anak aku shopping kat kedai buku Popular, belilah stationery majalah, buku-buku, etc dengan jumlah RM100. Lagi RM100 aku nk try g MPH plak..Ape pon tetap ABU!

Wednesday, February 8, 2012

Baby tak cukup bulan

25/2 genap 6 bulan umur Muhd Farhad Zameer. Alhamdulillah sepanjang 6 bulan ni takde ape-ape yang berlaku. Cuma masih lagi pergi ke hospital untuk pemeriksaan susulan seperti pendengaran dan penglihatan. Budak ni pon dah pandai ketawa-ketawa bila di agah-agah oleh abang-abangnya. Harini dapat berita member 1 tempat keje aku, anak dia baru beberapa hari lahir, tapi ada masalah jantung. Ada satu saluran jantung tersumbat. Sekarang duk kat IJN. Kesian mak bapaknyer. Tapi kesian jugak baby. Mungkin ada hikmahnyer. Harap makbapaknyer tabah dengan dugaan. Terus teringat kat Farhad mase lahir tak cukup bulan, penuh wayering 1 badan, mirotech je takde.

Ada iras muka bapak dia mase kecik2..

Wednesday, January 4, 2012

Musim sekolah dah start

Hari ni 1st day, dak abang Faris Zaqwan gi sekolah. Malam sebelumnyer dah pesan kene tido awal. Alhamdulillah kol 9.30pm dah tidur. Kol 6.30am pagi bangun sendiri tak payah kejut. Harap-harap, hari-hari tak yah kejut. Sampai sekolah terus tunggu kat padang untuk perhimpunan halal. Aku jadi penunggu, sambil mengingat memori silam, yang aku dulu pon macam ni jugak. Tak sangka skang anak aku plak yang rasa. Habis perhimpunann semua masuk kelas, termasuk Faris yang beratur no 3 dari depan disebabkan ada lagi kawan-kawannyer yang tinggi-tinggi. Dari luar aku tengok Faris tak banyak cakap dengan kawan sebelah. Mungkin sebab 1st day. Malu-malu lagi. Tapi apa yang cikgu tanya dia jawab. Esok aku dah boleh tinggal, cuma time rehat aku akan datang untuk guide dia beli makanan. Takut kene rip off dengan brader kantin je.
Jam 10.30 pagi selepas rehat
Jam 2.30 petang meuju ke sekolah agama