Tuesday, January 25, 2011

BIla tak paham ..

Aku memang tak suka post bab politik kat blog. Tapi yang ni aku rase aku perlu post sebab sebagai orang Islam aku kene sebarkan tentang kebiadapan kafir yang menghina Islam. Mula-mula dia buat statement pasal kenapa wanita muslim perlu pakai sarung tangan untuk bersalam dan yang ni pulak dia boleh bertanya " Apa yang hebat sangat dengan nilai Islam"?(setelah diterjemah).Tulisan penuh kat sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/01/what-fuck-angkuhnya-pelakon-porno-ini.html
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=2667&mode=&order=0&thold=0

Ada apa dengan Botak


Sabtu lepas ada kenduri kahwin sepupu. Buat kat dewan. Kira grand jugaklah. Makan pon sedap-sedap. Kebanyakkan hadirin pakai baju batik kerajaan, yang biasa staff kerajaanpakai hari Kamis. Masa kenduri ni la dapat jumpe sepupu2 yang lama tak jumpa. Bertanya kabar, bertanya baper orang anak, bertanya kerja kat mane dan yang paling lawak bertanya..'apsal ko botak?'..'mane pegi rambut ko'?....'macam Mahir Zain' (yang ni aku tatau dia perli ke dia ikhlas puji)..dan ada buat tanda isyarat tunjuk kat kepala pastu pusing2 jari tangan..(yillek)
Dulu masa ada rambut aku rase kepala aku tak sesuai untuk botak. Tapi lama-lama mungkin Allah nak tunjuk semua jenis kepala sesuai untun botak. Tapi botak kepala aku ambik masa dekat 10 tahun. Dari tahun 2000 rambut aku start gugur. Aku ingat aku kene penyakit leukimia. Rupenyer rambut aku yang bermasalah. Akar rambut aku tak kuat. Duduk umah sewa dulu bangun pagi mesti ada rambut bertebaran kat lantai.
Tahun 2004 aku penah pergi 1 kedai treatment rambut, Yu Nam Hair care kat Mid Valley Masa tu pikir nak kawen so nak la repair rambut skit. Tapi batalkan hasrat atas sebab bayaran 10 kali treatment (kene pegi 10 kali) tu boleh dapat halfcut 4AGE trueno dan boleh buat hantaran. So cancel.
Tahun 2009 kemuncak keguguran rambut, dan kuguguran yang kudus. Aku amik keputusan sodok rambut gune mesin yang no 2. 1st time buat si Faris ejek..'ayah botak'..aku balas dengan melemparkan senyuman yang manja. Kat tempat kerja jagan cakaplah, malah ada yang samakan dengan President MMu ketika itu yang juga botak.
Tapi kini aku bangga botak kini dah jadi macam fesyen, Vin Diesel botak, Jason Statham botak, Assahar pon botak..malah Nigel De Jong yang patahkan kaki tu pon botak.. Botak Rules!

G.S.T sux big time


Petang semalam balik keje, orang umah bawak balik surat...Ingat surat utang, rupenyer surat bil Asstro. Belek-belek, mata aku tertumpu pada jumlah yang perlu dibayar. Selalu bill Asstro aku RM66.95 termasuk pakej2. Tapi kali ni naik jadik RM71.00. Cilaka..ni caj ape plak aku kene bayar.." hati aku merungut. Check belah atas tertulis Government Service Tax RM4.02. Dah ada service caj dari kerajaan rupenyer. Baru tingat 2011 kerajaan dah mula kenekan cukai perkhidmatan keatas siaran berbaya. Dan lama kelamaan aku rase barang2 yang kita beli pon akan dikenakan caj tanpa kita sedari dan tanpa diwar-warkan di surat kaba. Ni yang aku rase nak potong Asstro, layan TV keraajaan je.

Sunday, January 23, 2011

Tenang si tenang cik CT

Macam-macam hal. Kadang-kadang maleh nk memikirkan bende yang tak logik, tapi orang boleh percaya bulat-bulat. Eh apsal aku membebel ni. Lama jugak aku tak update blog. Dah maleh. Sampai aku lupe paswet blog kereta karat aku. Lama tak bukak sebab takde progress. So aku amik keputusan update kat sini jela.

Hampir 7 bulan beli, dan 7 bulan jugak kete karat tu tak ber aircon. Keter pon jarang aku pandu. Banyak duk kat parkir lot je. Sampaikan kucing boleh letak ikan goreng kat bawah radiator kete aku, jadik port makan diowang. Kalau ada pasir besar kemungkinan jadik port berak diowang.
Repair aircon la bende paling aku benci nak buat, bukan apa ada sesetgh kedai aircon yang mark up rege tinggi-tinggi. Mentang2 owner takde basic sistem penghawa dingin boleh la bengkel tu kapaw. So sebelum aku anto CT untuk masuk aircon aku kaji dulu mcm mane aircon kereta berfungsi, dan apa barang2 yang perlu dan berapa harga barang2 tersebut. Dan jugak oleh kerena aku selalu pegi bengkel Ah wai ni(owner bengkel) jadik boleh aku kawtim harge dengan dia.
Jadi semalam lepas sarapan pagi aku hantar CT ke kedai Ah wai untuk pasang aircon. Part2 sume dah ada dlm kete, cume ada sedikit kebocoran yang meyebabkan gas aircon abis cepat. Sume valve yang dah karat aku tuka baru, filter pon same. Nasib baik kompressor dan coil boleh pakai lagi, takyah beli baru. Kalau beli pon satu hal jugak nak carik, kedai potong hari ahad mana bukak. Kol 12 aku terpakse tinggalkan CT kat bengkel, sebabnyer nak bawak mak bapak aku makan nasik Arab kat Cyberjaya.
Jam 5.30 dapat kol dari bengkel, cakap dah siap n boleh amik CT. Malam tadi dengan senyum aku dan CT jalan-jalan sambil test aircon. Sejuk. Walaupon tak sesejuk aircon York dan tak secanggih aircon Panasonic Inverter aku tetap puas, lepas ni taklah berpeluh di waktu tengahri dan tak berwap dikala hujan.

Tuesday, January 4, 2011

Minyak masak ultra malaya


Salam tahun baru 2011. Seperti tahun-tahun lepas aku sambut tahun dengan dengkuran maut di dalam bilik tidor je, manakala anak dan isteri aku tengok bunga api dari umah. Boleh la nampak Putrajaya punya sambutan tahun baru dari umah aku sebab umah aku tingkat 7. So nampak la bunga2 api tu bertebaran di udara.
Semalam aku pegi 1 pasar mini kat area umah aku untuk berbelanja dapur. Seperti biasa aku akan beli minyak masak. Tapi tempat biasa yang aku ambik minyak masak tu dah kosong. Tanya pekerja keda dia cakap stok minyak masak abis bang..Memang 2-3 hari ni berita pasal kekurangan minyak masak disiarkan. Tapi aku tak sangka sampai area umah aku pon dah abis. Lepas pegi 3-4 kedai kedai ke 4 baru la dapat. Itu pon selepas aku merayu dengan muke kesian kat pekerja kedai. Dia suruh aku tunggu kejap, lepas 5 minit dia datang dengan muke tersengih bawak 1 beg plastik minyak masak jenama ape ntah. AKu mintak 3 bungkus, dia cakap limit boleh beli 2 aje. Haram tul. Simpan stok rupenyer, tunggu pengumuman kenaikkan harga minyak masak la tu. Aku rase mana2 tempat pon menghadapi masalah sama. Dan berita kelmarin ke bile, ada pengumuman harga minyak masak akan naik. What the F..memang Barang Naik tul.