Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Semoga hari hari mendatang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Aminnn

Thursday, December 25, 2008

Fast n Furious 4

Sedang aku duk layan-layan Youtube tadi terjumpa trailer citer ni. Ni sekuel yang no 4 selepa Tokyo Drift. Kali ni menampilkan kembali Vin Diesel (hero kepala botak), sekaligus mengangkat martabat lelaki-lelaki yg botak atau botak separuh atau botak tengah. Kepada lelaki yg mempunyai sifat2 disebutkan diatas, yakinlah anda juga seorang yang hensem dan macho! Okeh tunggu tayangan citer tu tahun depan.


Tuesday, December 23, 2008

Metal tanah kuburan



Mlm tadi aku belek2 album gamba aku..terjumpe gamba ni. Nak tergelak pon ada.
Untuk pengetahuan semua gambar ini merupakan gambar sebuah kugiran haram bawah tanah yang ditubuhkan di hostel SMKJ pada pertengahan tahun 1995 dan tidak mendapat izin dari pihak warden serta pengetua sekolah. Kugiran ini diberi name "Kematian Kambing Berdarah" atau dalam bahasa omputeh je Bloody Death Goat.Ia dianggotai oleh 5 orang pelajar yg tak baper tinggi IQ mereka. Muzik mereka lebih terarah kepada death metal serta diselang seli dgn unsur muzik Jawa dimana kebykkan anggotanya adalah keturunan Jawa. Meraka berjaya menghasilkan 1 demo tape yang bertajuk "Telinga Berdarah ditempeleng warden/Blood Ears got slap by a warden" yang mengandungi 4 buah lagi keras dan penuh kekejaman.Demo tape mereka telah terjual sebyk 100 unit dan dijual disekitar pasar lambak Sungai Sumun dan pasar pagi pekan Selekoh. Kugiran ini berkubur di akhir tahun 1995 apabila anggota kumpulan ini tidak setuju apabila pihak asrama meminta mereka menyanyikan lagu2 seperti Ukays,Spoon dan Scoin. Antara tajuk lagu demo mereka adalah:
Side A

1. Aku benci Kak Eton/I hate Kak Eton.
Dicipta oleh pemain gitar kugiran ini yakni Jikin the Evil killer(2 dari kanan). Lagu ini dicipta khas utk Kak Eton iaitu tukang masak dewan makan yg memasak makanan yg tak sedap. Lebih2 lagi bila masak ikan cencaru dimana sisik/jaket ikan tu tidak dibuang langsung.Apepunya malas la ini olang

2. Dimana kao kebumi bangkai itu/Where did u buried that carscass.
Lagu ni cipta oleh Amat the Godox menceritakan tentang kematian kucing kesayangannya. Walaupon berjiwa metal namun sifat cinta pada haiwan amat mendalam dalam jiwa Amat the godox ini. Kucing beliau bernama Tompok telah mati namun tiada sesiapa tahu dimana kubur kucing itu, sehinggalah hari ini.

Side B
3. Matematik buatku pening!/Math make me headache!
Lagu ini pula berkisar tentang kebencian angota kumpulan ni (yg berdiri kanan sekali) dgn mata menyorot ganas terhadap matapelajaran matematik. Walaupon hanya bermain tabla dan selaku backing vokal namun beliau tidak dpt menyelamai subjek matematik tersebut dengan baik.

4.Gundorowo/Gundorowo
Lagu ini tentang pengalaman ngeri budak hostel ini apabila disampuk oleh makhluk halus yakni lembaga hitam ketika membasuh seluar dalam pada jam 11 mlm di bilik air.

Full line up dari kiri ke kanan
Yahya the meat eater/Amat the Godox/Apis the witchhunter/Jikin the Evil Killer/Pozan the kuih Pow eater.

P/S: Review ini aku terjemah dari Majalah Rolling Stone tahun 1995

Monday, December 22, 2008

Sekolah lama 2





Okeh..tahun 1991 dgn rasminyer aku naik ke form 1. Setelah mendapat result UPSR yg tak baper best dan tak dapat tawaran dari mane2 asrama penuh aku pon bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Assyariah di Batu 20. Sekolah ini terletak kire2 15km dari umah aku. Pepagi kol 7 dah start mengayuh beskal bersama 2-3 org member kampung yg satu sekolah. Sampai pekan Selekoh tunggu bas dari Bagan Dato. Tambang dari Selekoh ke Batu 20 kalau tak silap aku 50 sen je mase tu.
Dekat 2 bulan aku sekolah kat sini, satu hari dapat surat tawaran dari Sekolah Agama kt Slim River tp sekolah tu blom siap. Jadi dalam surat tu tulis aku ditempatkan selama 3 tahun (sampai form 3) di Sekolah Menengah Khir Johari (SMKJ) dalam aliran rancangan Khas agama (RK) sementara menunggu sekolah itu siap. Jadi aku pon pindah la ke SMKJ. Menurut sumber2 cikgu aku, mereka yg dapat tawaran sekolah RK ni insan terpilih so aku antara yg dipilih gak..hinshh..hinsh..Bermula la kehidupan aku kt asrama SMKJ. Kelas RK ni ada 2 kelas je Agama 1(A1) dgn Agama 2(A2). Aku ditempatkan di kelas 1A1 dari form 1 sampai form 2. Mase form 2 aku dipakse join main hoki utk team sekolah. Sukan yg tak pernah terpikir aku dan member2 nk main. Tapi berkat usaha dan latihan tak jemu2 rupenyer sukan ni mmg best. Tambah2 siap ada kayu kalau gadoh mmg senang nak hempuk kepala. Aku volunter main jd keeper sebb maleh nk lari dan skill drible aku hanya 30% je. 1st time pakai kostume keeper dah mcm robocop.Detik paling manis aku main hoki mase form 3 bile SMKJ jadik johan peringkat daerah. Team sekolah aku kalahkan team Semesti(Sek.Men Sains Teluk Intan) yg juga merupakan pasukan paling digeruni kt daerah hilir Perak. Pada peringkat separuh akhir sekolah aku kalahkan Sekolah St Anthony Teluk Intan. Ni pon sekolah yg power dan separuh player diowag main utk state Perak. Lepas menang peringkat daerah, pergi peringkat negeri..lawan team2 dari daerah lain. Ternyata bermain di padang astratoft buat kali pertama kt Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh membuatkan pemain terleka dan melopong. Team sekolah aku kalah pada peringkat awal dan lebih malang sebelah malamnye beberapa player telah ditangkap akibat merokok di bilik penginapan akibat tekanan perasaan.
Lepas dapat result PMR, aku amik keputusan utk stay kt sekolah ni. Lagipon aku mintak sekolah teknik/vokay tp kene reject. Form 4 aku masuk aliran kelas aliran sastera, iaitu 4 Geografi(4G) sampai la form 5 dan aku masih duduk asrama sekolah. Dalam 2 tahun tu aku dah slow bersukan..aku masuk team hoki je tupon sebagai reserve player. Tp tugas2 kt asrama makin byk plak. Maklum la dah senior. Aku dilantik sebagai Ketua Biro Kebajikan dan Agama merangkap Tok Siak. Tugas2 aku adalah bentang sejadah sebelum solat Maghrib, on kan Microphone utk Azan, jemput ustaz2 beri ceramah,Azan waktu Subuh ( tu pon kalau aku bangun awal) dan bersihkan surau tiap2 hari minggu. Banyak jugak kenangan semasa duk hostel SMKJ terutama mase form 5. Mana la pegi member2 lama terutama Razikin, Amat, Rohman, Joni, Azwan, Sani, Jamal etc..

Sekolah lama




Tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula..sempena sesi sekolah ni..kat sini aku nak buat satu tribute/penghargaan kat sekolah2 lama aku (old school)..Mula2 sekolah rendah. Aku masuk darjah satu pada tahun 1985 di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat (SKSTD). Dari derjah 1 sampai derjah 6 aku di masukkan ke kelas Merah. Setiap darjah ada 2 kelas je iaitu Merah dan Kuning. Kelas Merah ni boleh dikatakan kelas budak2 yg separa bijak je manakala kelas Kuning dikire kelas untuk budak2 yg mempunyai tahap IQ yg agak tinggi walaupon tak sume mempunyai IQ yg tinggi (kurang minum Anmum Essential) kot. Masa derjah 1 sampai 3 aku tak aktif langsung bersukan malah lebih byk main kt kelas dari belaja.hehe. Masuk darjah 4 kire aku dah matang skit sebab aku dah bersunat (aku sunat mase cuti akhir tahun dan antara pioneer dlm scene sunat dikalangan member2). Darjah 5 aku start aktif bersukan..disebabkan tubuh badan aku ni yg agak tinggi dan besar mase tu memudahkan aku dpt masuk pasukan bola sekolah mase selection. Aku ditempatkan di posisi pertahanan kanan. Waktu tu main kaki ayam je.Kalau ada kasut pon gune kasut gi kebun bapak aku yg ada stad. Selain itu aku pon mewakili sekolah acara olahraga untuk sukan antara sekolah2 Daerah Hilir Perak. Aku masuk acara 4x100meter dgn lompat jauh.
Mase darjah 6, budak2 yg top 5 di dalam kelas kuning telah dimasukkan ke kelas Merah, atas tujuan persaingan belaja. Mase tu kelas Merah kire jadi kelas utk budak2 yg bijak jugak la..aku pon kire bangga gak masuk kelas tu. Darjah 6 aku still aktif sukan dengan mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak. Mase ni aku telah dilantik jd kapten pasukan beserta dinaikkan ke posisi striker, oleh kerana skill menggelecek 'celah kangkang lawan' aku dpt dikesan oleh jurulatih aku yakni Cikgu Haris. Selain itu aku aktif gak main bola tampar utk sekolah...dan membantu sekolah jadi naib johan pertandingan bola tampar daerah Hilir Perak zon 4 kalau tak silap aku. Aku juga dilantik sebagai ketua pengawas sekolah mase tu..aku pon tatau ape kriteria aku yg membolehkan aku dilantik jadi ketua pengawas ni. Tahun 1990 mase tu aku darjah 6, tahun akhir aku kt sekolah rendah...lepas abis UPSR dan abis sekolah aku pindah ke Sekolah Menengah Khir Johari. Jasa dan bakti cikgu-cikgu antara yg aku ingat Cikgu Haris, Cikgu Sabri, Teacher Anne, Sir Robert Walter, Cikgu Jamil, Ustazah Masfufah dan guru besar Cikgu Nordin memang tak dapat dilupakan..

Sambung ke Sekolah menengah...

mesin utk merempit




Hari ni aku kene OT dari kol 6 ptg sampai 8.30. Tade keje aku pon post la gamba moto aku ni. Walaupon aku bukanlah dikategorikan sebagai mat rempit tegar tp kadang2 kalau ada roadblock aku mesti kene tahan dan jadik suspek. Macammane ppon aku terpakse je merempit gi keje kerana inilah satunya alat pengangkutan yang aku ada. Honda Wave 100c Type R single cam bercarburetor dung. Dah 2 tahun aku pakai moto ni dan alhamdulillah tiaa kejadian2 yg tidak diingini berlaku. Mintak2 dijauhkan. Sebenarnya aku phobia skit naik moto ni..tambah2 kalau ada lori trailer potong aku. Memang aku cuak. Tulah sebb aku bawak moto paling laju 80km/h, sampaikan makcik2/awek yang naik motor Kriss selamba 'tapau' aku. Bila aku citer kt Nazim "harini aku bawak motor paling laju", "baper ko bawak" dia tanya.."80km/h" aku jawap...dia bantai gelak. pada itu speed limit aku.hehe
Dalam perancangan aku nk letgo motor ni tp lom servey2 harge kt kedai baper leh amik. Kalau kene dgn harge agak munasabah mungkin aku jual. Lintau nak amik tp dia nak RM1000 je mane dapat..Kalau jadi jual aku nk pakai Honda CBR lak..atau Yamaha R1 baru konpident korner dan aku nk repeat kt makcik bawak Kriss tu. Huahha

* Gambar atas sekali tu bakal pengganti Valentino Rossi

Thursday, December 18, 2008

alahai..ACL

minggu ni minggu 'talak ong' aku kot..aku ingat lepas jual kete Wira aku tu setel la problem..rupenyer blom!..dan makin mengkusutkan serta mencairkan poket aku...dah dekat 3 bulan jual baru la used car tu call aku balik cakap enjin 4G91 tu takleh endorse sebb owner lama tak potong lagi nombor enjin tu..apeke s#*l la..nak tanak kene carik owner lama mintak potostat IC dia..mane mau carik alamat last dia kt Penang..mintak tulun AM dia kate kawan dia ada keje polis mane tau leh carik2..tp time tu polis sibuk kt Bukit Antarabangsa sebb tanah runtuh..last2..bincang2 ngan used tu(used tu pon dah pucsh2) aku..tuko block enjin lain...maka koyak la poket aku..aku bagi RM1200...used tu beli enjin lain...alahai...aku dah tanak penin/kusut kepala..lepas ni aku takkan lagi pakai WIra!..heheh

p/s:Jutaan terima kasih kepada isteri tercinta..jasamu tetapku kenang

Friday, November 28, 2008

Jual stereng MOMO


Last last nk jual gak stereng ni lepas 3 bulan duk kat store menan Faris. Ada horn button, 4 kaki cuma permukaan je yg mengecewakan skit..so aku jual murah RM200 leh nego..kalau kt kedai potong mau RM300-RM400 ni heh

Thursday, November 27, 2008

Drift Amal


Okeh..dapat informasi dar web DCM...hari Sabtu (29/11/2008)dan hari Ahad (30/11/2008)ni akan diadakan satu acara drift amal oleh penggiat-penggiat drift temapatan untuk Rumah Amal Limpahan Kasih. Kejadian akan berlaku di perkarangan tempat letak kereta A Stadium Bukit Jalil. Sape-sape yang nk merasa naik (taxi rides) dikenakan bayaran sebyk RM20 hengget utk 2 pusingan dan duit itu akan disumbangkan ke Rumah Amal Limpahan Kasih tadi..bagus jugak ni daripada buat konsert Inul goyang gerudi ke Hujan tapi atas name amal..heheh..Rase macam nak pegi...tapi tengokla dulu ...

Tuesday, November 25, 2008

Teknik drift

Sape-sape yg minat leh cuba...hehe trick2 macam senang...kt bawah ni ada video aku amik dari youtube..cara-cara cane nak drift oleh En Ken Nomura-san, D1GP drifter
Enjoy..

Proton MPV?





Seperti yg kita tau..Proton akan keluarkan MPVnyer sendiri..tp tatau lagi macam mane design..adda yg kate mcm Toyota Wish, ada yang kate macam Toyota Caldina..huhu..tp aku ada terjumpe kt 1 forum...ni tatau la betul ke tak...2 design yg di expose kan...tengok boleh...tanak percaya takpe..sebb ada yg kate edit photoshop..

Satria 1.3 Mirage wannabe lah



huhu..lama tul aku tak update blog ni..bukan ape sebb tade idea dgn kemalasan yg berada di tahap kritikal. walo ape pon aku gagahi jua...untuk peng'update'an ni aku saje2 letak gambo keter 1st aku...lepas 2 tahun keje baru la dpt rase keter endiri..pilihan keter satria 1.3 pekak..kaler merah...di beli pada tahun 2000 degan harga atas jalan RM27,500 secara second hand, deposit RM4000 dan berhutang dgn bank. mase tu aku tak pikir panjang janji dpt kete..kalau ikutkan dgn harge tu dpt beli sebijik keter JDM Nissan Sentra super saloon a.k.a teksi genting. Dan dgn deposit tu juak dpt beli sebijik Toyota Corolla KE70 tarik blakang..huhu mase tu tatau dunia permotoran..janji ada keter sudah..tak banyak modified yg aku buat kt Satria tu cuma cat 1 layer balik, tuko CD player, tuko sistem ekzos dgn tuko absober...lain2 sume stendet pekak..dapat la aku jalan-jalan bawak kengkawan gi ngeteh...Satria ni sempat pakai 2 tahun lebey je..tgh tahun 2003 aku letgo Satria ni untuk amik Wira..pulok...tp lepas tu rase nyesal hahah..di bawah antara ganba yg sempat snap..

Thursday, August 21, 2008

dari 4 silinder ke 3 silinder




16/8/2008 lalu dgn rasminya ACL8969 telah berpisah dgn aku...maka tak dpt la aku merasai kehebatan enjin 4G91 dgn aci sesendol berkembar tu.. maka dengan itu aku telah beralih arah ke 1 lagi kereta buatan Malaysia iaitu Perodua Viva. ye Viva..nape tak Myvi?, nape tak Saga BLM?, nape tak Savvy...err..Myvi mahal dan bulan2 tinggi diluarkan bajet, Saga BLM lambat dpt kene q sampai 3 bulan br dpt, Savvy pon smae kene tunggu lama..so paling ideal Viva je la..walaupon nampak kecik tp enjin dia 1000cc twin cam woo..dengan sistem DVVT (Dynamic Variable Valve timing) mcm Vtec...sistem DVVT ni dicipta utk penjimatan bahan bako...tgk dari luar mmg nampak kecik..beselah K-car..tp bile masuk dlm...agak luas..penumpang blakang leh lunjur kaki denga selesa tempat duduk blakang leh muat 3 org yg mempunyai sias pinggang 35cm kebawah serta berat badan dibawah 80kg..kehhek...tp bonet belakang mmg kecik ..hanya boleh muat 2 beg sais L...dah name jenis compact car utk jln2 area town...takpela janji minyak save..mase memula amik...tokey used car tu dah siap tinted n isikan myk RM50.00..dgn RM50.00 boleh pegi hampir 300km....pemilihan warne adalah hijau tropikal ..yg dipilih khas oleh Pn Zuhairina selaku pemandu kereta ini..spec 1000cc stendet ni tade sport rim..tp ada bodikt side skirt dgn front lips..ok la tu..pelan2 mod...heh

Friday, August 15, 2008

'direhatkan'




Hari ini ACL akan 'direhatkan' buat seketika di Fleet Resources enterprise, sebuah kedai used car kt Kelana Jaya...selepas 5 tahun bersama2 mengharungi suka duka aku terpakse merehatkan ACL ni jugak walaupon berat hati. Sepanjang 5 tahun bersama byk kenangan manis dan pahit...tapi yg paling byk pahit la...antaranya


1. Kerosakan pada kotak gear dan menukar kotak gear baru.

2. Kejadian overheat di hiway dr Puchong ke Shah Alam, mase tu orang umah aku bawak.

3. Kerosakan pada penyerap hentak dimana mase bawak rase macam naik kuda.

4. Dan yg terkini kebocoran pada gasket head dan menyebabkan minyak itam aku berkurang akibat leaking.

5. Kekaratan pada bumbung kereta mcm kudis/jerawat


Sebenarnya aku tanak rehatkan dia...tp disebabkan aku kekurangan pusingan modal, tambah2 dah nk puasa dan raya ni..so ak amik keputusan aku nk rehatkan dia je la..biar la owner baru dia jaga dia dgn lebih baik..so ni la spec terakhir ACL 8969 sebelum di 'rehatkan'.


Brand/Jenama : Proton Wira 1.5

Model : SedanYear/Tahun : 1994

Color : Itam metalicca grey

Engine & Performance/Enjin & KuasaModel : 4G15 Carburetor Dung

Converted to : Mitsubishi Lance 4G91 injection

ModifikasiEngine Bay - Stendet


Interior/Dalaman-

Isotta cap ayam Steering -

ICE: Carrozeria Double Din

Speaker: Cap ayam

Exterior/Luaran-

GSR Power Antenna (dah tak leh turun asik menaik je)

Front Lips Putra PU

GSR side skirt -

GSR spoiler
Ejos twintip dr en Marco


Suspension System/Sistem Gantungan-

Front: K-Showa abs with Waja spring

Rear: KYB with Waja Spring

Rolling Wheel/Rim & Tayar-

Goodyear NCT195/60/15 -

BRM rim sokan 15"

P/S: gamba atas sekali kelihatan owner sedang berbisik sebelum berpisah

Tuesday, August 12, 2008

Jawa Resing Debelopment





..seminggu lepas raya tahun 2006..mase tu lepas cuti raya , pagi nak gi keje..lpas turun lift...ada jiran bgtau yg ACL dah tade tayar...aku pon dgn rasa terkujat hampir kancing gigi tgkACL dah tade ke empat2 taya...tayar dan rim tade tp digantikan dgn batu bata...mane la punya mangkuk yg rembat rim JRD ni...bangang ke hape...menurut sorang Ahso yg sedang berjoging dia nampak 2-3 orang lelaki gampang sedang menyorong tayar2 tu naik satria.....dia ckp "wa igt itu keleta sulah losak looo"...modus operandi kecurian ini pencurik igt rim ni rim Volk Rsing sbb kaler itam dan spoke krum..selet tul...nyusahkan aku pepagi nk g keje..terpakse aku sewa kete Moktar....nak tanak terpakse carik taya dan rim trus..adeh dah le baru lepas raya...duit pon tak baper nk hensem...terpakse la pakai CC...lantas aku n wife gerak ke Klang utk carik rim+tayar seken..org ckp Klang syurga rim sokan...sampai sane mmg betol la...byk kedai rim...di pendekkan citer..aku pon pegi ke 1 kedai ape ntah lupe...nampak 1 set rim BRM ni anak kpd JRD gak...yg maha berat...tp design ala Enkei RS..ade 7 bilah/spoke kaler gold kot...bibir tak la mcm angelina jolie....tp warna krum..nego2 dgn tokey kedai..dpt la...rim sokan +tayar seken = RM700..tayar jenama dunlop 1 set n Goodyear 1 set sais 195/60/15...rim sokan ni la dipakai oleh ACL sampai sekarang..

la ni pakai spoiler GSR balik...spoiler evo1 dah jual...dan side skirt pon dah tuko dr v6 nyer ke sdie skirt GSR jenis fiber optic...nk beli ori mahal...kene ubah cara idup..stereng momok 4 kaki pon dah cabut...masuk stereng cap ayam blakang lorong haji taib je...atas sebab ACL akan direhatkan....sambung

naik taraf...





yeha...lepas raya tahun 2004 tu...proses modifikasi ACL pon bermula...tp agak slow la..sebab bajet cipt ditambah pulak mase tu isteri tersayang sedang bebadan dua..bermula pada luaran body ACL aku carikkan dia lips depan mcm lips kete putra tu..jenis PU/getah..PU ni lebey tahan skit dr fiber sebb fiber mudah pecah...pastu carikkan dia skirt tepi...dr model perdana V6...dan bahagian bonet belakangnyer aku pasang pembas angin dari model GSR..haa yg ni jenis fiber sebb nk beli yg ori mahal tak hengat..lepas setahun lebey pakai Enkei RP01 ori, kau terpakse letgo/jual..atas sebb2 yg tak dpat dielakkan...dgn rase sayu aku jual pada sorang brader pakai Honda Dolphin..aku jual rim sokan aku..dia bg rim dia...lepas pakai 2 bulan..mcm tak sesua lak rim ni...lg pon 2 bijik dah gelong...lantas aku pon pergi ke Bukit Canggang, Banting utk try trade in rim n tayar..berjaya jugak lepas kawtim ngan tokey kedai..dpt la aku merasa pakai rim sokan berjanama...JRD (Jawa Resing Debeleopment) bersais 15inci, bukak 7JJ offset 38...sedang elok masuk wira..dgn 8 lobang serta kaler puteh..ada 5 spoke ala2 Volk RAcing TE37 la ..hehe dpt sekali tayar Goodyear Nct sais 195/55/15. Rim kaler puteh ni kalau kotor mmg menyakitkan mata...mase balik Bagan...time pose tu tahun 2006, aku pon plan nk cat spoke rim tu kaler itam..bibir kaler krom...aa mase ni tgh top...style wira jinjang ala2 rally...setup utk wira jinjang tayar tebal, asober n spring pakai Waja punyer...spoiler pakai evo1..nk lagi extream body ada stiker...kalau dah kete tinggi..tak leh layan korner la...kete jd buai..

ingat-ingat balik mcm poyo pon ade style jinjang ni hehe...kalu betul rally masukla ladang getah ke kelapa sawit ke..haha..

7 bulan




biasanyer kalau pompuan ngandung 7 bulan tu, lagi 2 bulan akan melahirkan...tp kereta aku selepas pomen ilang, tersadai selama 7 bulan...exterior dah makin teruk...body calar2....interior lagik la...ni la keje pomen yang malas...dan tak sungguh-sunnguh....lepas pikir punya pikir...aku pon amik keputusan...nk buat balik ACL ni...ikut hati nk jual kt kedai besi buruk je..tp atas nasihat rakan2, isteri (baru kawen mase tu) dan tekad..aku pon amik keputusan nk rebuild balik...dengan berbekalkan modal (RM) yanga de...aku pon mintak tulun Mizi tonto carikkan tow truck..tow kete aku dari sec 26, shah alam ke bengkel kt Sungai Chua, Kajang...lepas nego2 dgn brader tow truck tu dia mtk RM100, dan ACL pon dapatla bengkel baru...dah slow2 talk ngan pomen cine tu...aku ckp aku nk kete ni idup dan boleh jalan...oh ye..mase ni ACL dah ade jantung baru..jantung dari kereta Mitsu Lancer yang berkod 4G91, bersesaran 1500cc, dengan injap berkembar (twin cam) dgn system suntikan (EFI) serta bertransmisi otometik...lantakla janji leh jalan..tak sampai sebulan ACL aku dah siap...memang beza betul dgn bengkel wak tu..selet!...mase dah siap tu bateri dah tuko belting sume dah tuka...fuel pump pon baru...berbaloi jugak la...walaupon terpakse kuarkan RM1500 utk beli barang+upah pasang..

sibbaik ACL siap sebelum Hari Raya tahun 2004...mase tu 1st time beraya dengan isteri..sebelum hari raya tahun tu...aku nk bagi hensem skit la pada ACL ni..dn bajet ciput aku pon membeli satu set rim seken hand berjenama Enkei RP01 kaler puteh..rim yg rare menurut peminat2 modifikasi kereta..kaler puteh pada rim ni dah makin pudar..so dgn skill DIY yg skit ni aku pon cat balik kete ni dgn kaler puteh gak..rim sukan ni rim no 2, sebelum tu ACL pakai rim sokan Advanti taiwan mali....aku dapat rim tu siap tayar dgn harga RM700 beli dari sorang forumer proton mania..tp tayar tinggal 50%..so kene carik taya seken..

Wednesday, August 6, 2008

detik itam..II




so sampai je di umah sewa wak ..kerja2 overhaulin pon bermula..segala isi perut enjin dikeluarkan bagi memudahkan kerja2 pemulihan...mase ni mmg "patah kaki"..tade transport..kerja2 pemulihan berjalan dengan agak slow oleh wak memandangkan dia ni pomen tade bengkel...so kalau ade koling2 keter brakedown dia akan pegi repair kt tempat tu jugak..aku pon dah naik segan kete parking kt umah tu lama sangat..last2 bincang2 dgn wak...bawak kereta aku gi ke bengkel member dia dekat area sec 26, shah alam. so lega la skit...selang 2-3 minggu progres kete aku amat slow sekali...wak pon dah start2 mcm tanak amik port...so aku pikir maybe dia bz la....masuk sebulan pon same...masih macam tu...aku koling2 dia...dia tanak angkat atau pon masuk voice mail..aku dah panas dah....sepanas enjin aku yg kebocoran radiator..tanya kawan2 sume tatau kt mane wak pomen tu...aku tambah tension..dah la hari nikah mase tu dah nk dekat..kete tak siap...pomen lari....duit abis byk...amse tu mmg au blur abis..tatau nk buat ape...kete pon dah kene parking luar...berpanas berhujan...sampai efek pada bumbung...adehh tensen...




bersambung

Tuesday, August 5, 2008

detik itam..

Februari 2004..bermulanya kisah sedey pada ACL. lepas beberapa bulan menggunakan khidmatnya..simptom2 awal kerosakan jantung telah dikesan. bermula pada kebocoran pada bahagian radiator, sampai air dalam radiator dan spare tank habis. Akibatnyer kejadian overheat pon berlaku pada jantung 1.5 single cam ini. Sedey teramat masa ni. Tatau nak buat apa...kene kt Shell jln tun razak arah ke selatan....Malam lak tu...sibbaik ada kawan2 yg sudi menolong datang ambik..Esoknye terus panggil wak kerol (pomen yang rekemenkan used car) mtk tulun carikkan tow truk..tow dr sg besi ke shah alam...gune Kurnia punya auto assist...dpt la skit diskaun..
Sampai shah alam..wak rekemenkan letak kt umah sewa dia je..sebb senang dia overhaul...yg pasti piston ring dah putus, head dah bengkok dan macam2 lagi...waduh..lagik 4-5 bulan nak kawen lak tu....dugaan berat betoi..

bersambung...

ACL8969

ACL8969..no plet kereta aku yg no 2. Dibeli di used car Jalam Cheras pada bulan Oktober 2003. Ni adalah spec asal kereta itu:

Jenis:Proton
Model: Wira sedan
Warna: Hitam metalica
Kapisiti:1489 cc single cam
Transmisi:Manual 5 gear
Rim: Besi bulat 14inci
Tayar: Goodyear NCT

Gamabr asal keter ni aku tak ada.