Wednesday, September 29, 2010

Buruh kanak-kanak

PAgi tadi aku lari kejap ke pekan Dengkil, kire-kire 12km dari Cyberjaya. Atas tujuan renew lesen aku yang dah mati sejak 29/7/2010 lalu. Gile..aku baru perasan mase nak gi keje tadi..Selama niaku memandu kereta dengan lesen yang dah expired ke Utara -Selatan. Lepas bayar RM32 untuk setahun aku ke kedai moto Raja yang berdepan dengan pejabat pos dengkil. Dah dekat 3 bulan aku tak tukar minyak itam moto, rantai motor pon makin kendur patut la time kornering tak laju. Lepas aku bagitau macha tu aku nk tukar minyak itam, mata aku terpandang pada salah seorang pekerja kedai motor tu. Bersaiz kecil, sedang mencangkung dan tangan memagang skrew driver sais 14 untuk membuka drum brake motor Kriss. Mula-mula aku ingat budak dewasa yang sais kecik, sebab tgk rambut pacak ada ekor 2inci kat belakang.. rupenyer memang budak kecik. Aku rase umur dalam 9-10 tahun. Macam macam persoalan bermain diminda aku. Kenape budak sekecik ni dibiarkan bekerja. Kenapa budak ni tak pergi ke sekolah sedangkan sekolah beberapa meter je dari kedai moto tu. Mane pegi makbapak budak ni. Selang beberapa minit aku tgk budak tu uat keje..Aku tarik napas dalam-dalam, lantas bersangka baik.. mungkin desakan hidup yang mendorong budak ni benti sekolah dan bekerja menoong makbapaknyer. Mungkin dia takde duit nak pergi ke skolah..Aku tengok pekerja2 kedai motor tu layan budak tu dengan baik. Bagi tunjuk ajar mane yang dia tak tau pasal bukak diskbrake belakang dan pasal motor..takde dasar pilih kasih even kedai tu owner n pekerjanya sume macha..kepada budak tu..bekerja la dengan tekun..aku cume riso je dia jadi mat rempit bile beso nanti..maklum la kecik2 didedahkan dgn dunia modifikasi motorsikal ni..nak rempit..rempitlah di trek Cubprix..

Monday, September 20, 2010

Babat a.k.a perut lembu


Bende alah ni tiap2 raya pose n raya haji mesti ada. Walaopon rupa paras fizikalnyer tak baper nak cun(macam rumput kt padang SMKJ) dan kalau dilihat selepas dilapah dari seekor lembu memang tak daye nak makan. Tapi..selepas di proses..basuh 5 kali dengan air kolah, di rebus dikuali yang besar untuk menghilangkan bakteria dan memudahkan mengunyah..bende ni jadi favourite aku tiap2 kali raya. Tak semua orang makna babat ni. Orang aku sendiri tak makan. Penah aku jumpe kat pasar borong perut ni dah jadi kaler puteh..bahan kimia ape ntah diowang letak sampai jadik macam tu..dah tak true..rase pon dah lain..yang original jugak chareee..

Raya Raya..



Baru dapat update entry blog ni lepas seminggu cuti raya..tahun ni dapat cuti panjang..MMU bagi mandatory leave..nak tanak kene cuti gak n tolak cuti tahunan.atas alasan nk jimatkan cost (api, air, aircon)..Hari ni gi keje lambat..anak bangun tido lambat sebab dah lama sangat cuti.kene pujuk2 elok walaopon hati dah panas..kene ejas balik time tido malam n bangun awal..

P/s: Nak pos gak la gamba raya macam bloger2 lain eeheh

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Hari raya akan menjelma..Dikesempatan ni aku sekaluarga ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada sahabat-sahabat. Yang balik kampung tu, memandulah dengan cermat dan berhati-hati. Ingat orang tersayang, don't speedy even your car is racing spec. Tahun ni kami sekeluarga beraya di Bagan Dato. Malam ni (Rabu malam) akan bergerak. Kuaci, Brands, tongkat ali semua dah ready untuk hilangkan ngantuk.Raya kedua petang insyaallah gerak ke selatan menuju Batu Pahat. Semoga semua selamat smapai dan riang ria berhari raya bersama keluarga..

Monday, September 6, 2010

Ayam golek


Aku memang dah perati je dari awal puasa aritu. Memang lama aku tak pueh hati. Kalau aku dapat memang aku hentak cukup-cukup. Semalam baru berkesempatan mendapatkannyer. "Bang berapa rege ayam golek ni sekor?". Brader tu jawap "RM18 hengget sekoq"..dengan loghat utaranya, tak pasti dar Perlih ka Kedah ka Penang. AKu selok poket belakang aku amik dompet Levis aku yang koyak rabak..Alamak ada RM20.00 je..Mane cukup nak beli kuih Chare, kramel super manis, murtabak ayam dengan air soya. "Bang boleh beli separuh body ayam tak?".."Boleh je"..brader tu jawap. Aku tersengih sorang2..sibbaik helmet Index ni dapat mengkaver sengihku. Kalau tak pasti brader tu usha peliq. Ayam bergolek bertukar tangan..rase pueh hati menyelubungi diri...buke puasa kasi hentak cukup-cukup ini ayam...

*Gambar hanyalah sekadar hiasan...

Hari-hari terakhir Ramadhan


Diam tak diam masuk hari ni dah 28 hari kita berpuasa. Ini bermakna lagi 2 hari Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal menjelma. Rasa sedih dan sayu pula mengenangkan Ramadhan yang akan pergi. Bulan barakah ini akan berlalu pergi. Dulu masa kecik kalau dah masuk hari ke 27 atau 28 aku begitu seronok sebab bulan puasa akan berakhir. Tapi bila dah dewasa a.k.a tua ni, barulah aku rase nikmatnyer bulan puasa ni serta barakahnya bulan Ramadhan ni. Adakah kita akan berjumpa lagi Ramadhan di tahun depan? Memang terasa kelainannya bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain, walaupun kita terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang hari. Mungkin itu rahmat yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNya.
Dan kalau takda apa aral mungkin kita akan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat ni. Satu hal yang aku tak suka bila menyambut Aidilfitri ni, stesen-stesen tv kerajaan dan swasta akan berlumba-lumba menayangkana hiburan yang pada aku amat keterlaluan, seolah-olah ingin melepaskan geram tak dapat berhibur sebulan di bulan Ramadhan. Macam-macam hiburan disajikan yang melalaikan disajikan setiap jam di Hari Raya nanti selama seminggu. Inilah ouncanya anak-anak zaman sekarang tidak suka untuk keluar menziarah sanak saudara kerana ingin menonton tv. Teringat tazkirah di surau malam kelmarin, ustaz itu menyatakan, Professor Sheikh Yusoff Al-Qardhawi berkata pemimpin sekular akan membiarkan umat Islam melakukan 3 perkara:

1.Kemiskinan
2.Kejahilan
3.Keseronokkan

Yang nombor 3 tu memang berlaku. Umat Islam dibiarkan leka berhibur sehinggakan lupa memperingati mati. Tak salah untuk berhibur tapi perlulah ada batasannya. Moga moga kita tidak termasuk golongan yang leka berhibur.

p/s: Entry ini agak serius. :)

Thursday, September 2, 2010

Katekan taknak #2


1995 aku form 5 dan stay kat asrama. Macam-macam karenah budak-budak asrama ni. Aku dilantik jadi ketua Biro Agama merangkap penjaga surau merangkap tok siak. Dah dapat title tu aku kene slowkan skit aktiviti isap rokok aku kat hostel. Walaupon kadang-kadang ketagih, aku masih dapat mengkontrol diri aku dari menghisap. Yelah dah jadi senior dan jawatan Tok Siak plak tu..kene la tunjuk contoh skit. Cumanya bila balik kampung je aku jadi heavy smoker. Tambah-tambah bile lepas makan dan luak-lauk yang pedas, kenikmatan menghisap rokok tiada tolok bandingnyer. Lpeas makan kompem aku hilangkan diri kejap pergi ke 'garaj' bapak aku merangkap port aku kat umah.
Tahun 1997-1998 aku sambung blaja kat Melaka. Merantau mencari ilmu serta cuba-cuba mencari cinta sejati. Seminggu duduk kat Melaka aku kene kejutan budaya. Budak-budak Melaka ni gaya cakap diowang agak kasar, sumpah seranah adalah mainan bibir diowang. Ingat lagi 1st time sorang budak tu panggil nama aku dengan panggilan 'lahabau', rase nak tendang je tulang rusuk budak tu dengan kasut Converse aku. Tapi bila dah kenal baru aku tau, bahasa diowang ni memang kasar tapi hati baik dan mudah mesra. Di Melaka, aku jadi penghisap rokok tegar, tambah bila dapat berkumpul dengan teman serumah sewa yang kaki rokok. Mase tu Dunhil ada keluarkan rokok kotak berisi 7 batang dan berharga RM1.50. Kotak ni la yang selalu aku beli sebab hanya mampu beli 7 batang. 7 batang ni boleh tahan 2-3 hari kalau tak kene pow ngan member2. Sesi pow mengepow ni dah jadi kebiasaan sebba bila aku takde rokok aku akan pow member aku, dan bila member aku takde rook aku plak kene pow. Begitulah kitarannya.
Tahun 2000 lepas grad aku start keje. Mase ni aku dah mampu beli kotak Dunhill berisi 14 batang dengan harga RM2.50 kalau tak silap aku. Aku memang penyokong kuat jenama Dunhill mase tu, kadang-kadang je beli Marlboro kotak keras isi 14 bantang. Bagi aku rase Marlboro ni payau skit berbanding Dunhill.
Tahun 2003 adalah tahun pengurangan aku menghisap rokok. Kesedaran mula timbul bila aku dengar ceramah-ceramah tentang syarikat-syarikat rokok ni yang menjadikan keuntungan mereka untuk membantu Israel membuat senjata, membunuh rakyat Palestine. Rupenyer selama ni aku dikire bersubahat kerana menyokong syarikat tersebut. Selain itu aku jugak kerap kene batuk-batuk. Alhamduliilah bila aku check paru-paru aku masih ok cume doktor cakap kene kurangkan dan kalau boleh berhenti terus. Perlahan-lahan aku cuba kurangkan menghisap. Dari 14 batang aku kurangkan ke 7 batang. Sehari biasanya aku isap 4-5 batang, aku kurangkan kepada 3 batang. Proses itu berterusan sampai tahun 2004, tahun dimana aku akan berkahwin setelah menemui cinta sejati. Mase tu pon aku berfikir kalau aku teruskan isap rokok macam mane aku nak tunjuk contoh yang baik pada anak2-anak aku nanti. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan sokongan dari cinta sejati, aku berjaya berhenti menghisap rokok pada tahun 2004. Teori mengatakan bila berhenti isap rokok badan jadi naik. AKu mula-mula percaya jugak, sebab badan aku naik secara serius, tapi bila pikir-pikir balik, lepas kawen makan minum terjaga dan kurang senaman, merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan.