Wednesday, March 30, 2011

All hail olskoll cars


Entry ni aku dedikasikan kepada penggemar2 kereta antik, lama dan vintage..Dalam diam rupenyer kera-jaan dibawah pimpinan Datok Seri Najib yang mengamalkan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, telah membuat satu dasar untutk menghentikan dan mengharamkan terus pengimportan alat ganti dari luar ke Malaysia mulai Jun tahun ni. Alasan diberikan adalah mengambil pandangan industri dan para pengusaha bengkel tempatan. WTF..Slogan je rakyat didahulukan..tapi pandangan rakyat ditolak same sekali. Bagi aku itu adalah alasan semata2..Tujuan utamanyer adalah untuk meningkatkan jualan kereta tempatan dan menambah kekayaan golongan2 tertentu sahaja. Bukan aku tak suka kereta buatan tempatan, tapi janganlah menidakkan kemahuan rakyat marhein yang mempunyai kereta-kereta lama. Bayangkan macam mane pakcik2 surau nak cari spare part kereta KE30, KE20, Datsun kalau spare part diharamkan. Golongan-golongan ni manalah mampu nak membeli kereta-kereta baru tempatan yang harganya agak tinggi dan dengan loan sampai 9 tahun. Takkan sampai ke kubur nak berhutang.
Satu lagi alasan kerajaan adalah kereta-kereta lama ni merbahaya dan menyumbang kepada kemalangan. Ini satu alasan yang tak masuk akal. Kalau nak kire kereta-kereta baru lagi banyak kemalangan dari kereta lama. Tengok je time balik kampung musim2 perayaan. Sepatutnya kerajaan lebih fokus pada infrastruktur terutama jalan raya kat Malaysia ni yang teruk. Jalan-jalan persekutuan yang teruk patut diperbaiki dan dinaik taraf.
Yang terbaru..taklah baru sangat.. tektik kerajaan untuk mengurangkan jumlah kereta-kereta lama ni adalah dengan menaikkan kadar insuran kereta lama. Ini adalah satu pakatan jahat oleh kerajaan dan agensi2 insuran. Bila dah mahal mereka berpikiran rakyat tidak akan memperbaharui insuran kereta. Makin lama aku rasa makin merepek pimpinnan sekarang dan yang pasti rakyat akan menanggung akibat.

Wednesday, March 9, 2011

Demo

Ahad lepas, 1st time aku ikut berdemo..Tapi bukan demo protes harga minyak atau demo anti Yahudi..demo/berarak sempena sambutan Maulidul Rasul. Yang bestnyer perarakan ni takde siapa yang kacau. Takde SB, takde FRU, takde anjing kotor, takde polis dan yang penting takde gas pemedih mata..Mula berarak jam 9pagi keliling apartment sambil berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.A.W. Lepas tu ada ceramah macam biasa.



Nostalgia

Antara gamba masa aku kt hostel SMKJ yang takde dalam simpanan aku..Mase ni tahun 1995..form 5..Cunil, Elmy dgn Muzz tu singgah sekolah..diowang dah abis sekolah, melawat kawan2..Kain sangkut kat katil tu tak sure tuala ke kain buruk lap kaki..