Monday, May 20, 2013

Pasca PRU13

Aku tak nak citer pasal PRU13 dulu. Kecewa memanglah kecewa. Kemenangan yang di nanti, tak kunjung tiba dek kerna penipuan dari sang penguasa. Takpe..di dunia ini meraka terlepas, tapi di mahkamah Allah takkan terlepas. Semalam aku bergegas ke hospital. Ada kecemasan. Anak aku no 2, Muhd Fatih Ziyad yang berumur 6 tahun telah menelan syiling 20 sen. Dia ingat di ironman ke nk telan-telan. Namun reaksi Ziyad macam takde ape2 yang berkalu. Bila ditanya sakit perut ke, di jawap dengan tak. Malah sempat lagi bermain bola. Sampai hospital doktor suruh buat Xray untuk melihat syiling tu kat area mane. Selesai Xray nampak syiling dibahagian usus. Sedikit lega kerna khuatir kalau masukke rongga pernafasan atau paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas. Doktor kate tak perlu risau dalam 3-4 hari lagi akan keluar menjadi emas 99 karat. Anak lelaki nombor 2 ni memang lain macam skit xtreamnyer.

Tuesday, April 23, 2013

P-125

Video ini berjaya menyebabkan bulu roma aku naik..Ini kali lah!!...

Tuesday, April 16, 2013

Friday, March 29, 2013

Bahan bacaan # 2

Dah lama aku tak review bahan bacaan. Kali aku nk review sebuah buku bertajuk HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis. HAMAS ni satu gerakkan Islam yang berjaya memerintah Gaza di Palestine. Buku ni banyak mengupas tentang sejarah HAMAS, kronologi peristiwa berkaitan HAMAS, Intifadah dan pemimpin-pemimpin teragung HAMAS. Paling aku suka baca part HAMAS memulakan intifadah dengan menggunakan pejuang berani mati atau suicide bomber dari Briged Al Qassam.. Cara yang paling berkesan untuk menentang rgim Zionis. Buku ini seronok dibaca, ada juga part yang sedih seperti syahidnya Syeikh AHmad Yassin, pemimpin HAMAS yang buta kene bedil ngan peluru dari helikopter Apache Amerika. Buku ini ditulis oleh Maszlee Malik, ayat-ayatnya mudah difahami, cover buku ni pun agak smart dan tebal. Highly recommended.

Demam PRU

Sana sini orang cakap pasal pilihanraya. Ada yang tak sabar-sabar nak ngundi. Ada yang pertama kali nk undi. Ada yang nak undi PR. Ada yang nak undi dacing. Surat khabar, TV3suku dari tahun lepas siarkan cerita memuji-muji kepimpinan keajaan. Biasanya 15 minit pertama pujian , 15 minit kedua kutuk-kutuk pemimpin PR, 10 minit berita sukan, nak abis berita lagi-lagi kutuk PR. Itulah TV3suku. Aku tahun ni kali ke 2 mengundi. Disebabkan aku dulu duduk Shah Alam dan mendaftar di Shah Alam, jadi pusat undi aku adalah di parlimen Shah Alam, DUN Batu Tiga. Bila pilihanraya? Semua orang tak tau. Yang tau Najib, ngan Rosmah. Sampaikan DUN Negri Sembilan dengan otometik terbubar sendiri. Punyalah kecut Ah JIb Gor nak buat PRU ni. Ni jiran sebelah rumah aku dah pacak bendera. 1 bendera PAS satu dacing. Budak-budak ni keje ngan KLIA. Kerja chef. Sokong lain parti tapi boleh duduk 1 rumah. Takde gaduh, macam budak-budak yang baling telur,batu kat bas PR tu

Sunday, March 10, 2013

Farhad Zameer @barber shop

Ni dah kali ke 4 aku hantar Farhad gi kedai gunting rambut. First time hantar, dia menggelupur dan turun walaupub aku pegang duk atas riba aku. Mungkin sebab takut bunyik mesin. Kali kedua pon sama gak, mengeraskan badannya tanda protes tanak gunting. Kali ke 3 dah rileks skit, sebab tengok abang-abangnyer gunting sekali. Kali ke 4 ni dah boleh duduk sendiri walaupon kadang-kadang tengok muke macam nak nangis. Tapi ok lepas di pujuk-pujuk. Senang je potong rambut Farhad ni, pakai mesin set yang no 2, ngam-ngam. Farhad ni tak boleh rambt panjang skit, mula la dia mengagru-garu telinga sampai berdarah. Mungkin sebab gatal dan rimas.

Monday, February 18, 2013

When s**t happen

Tahun baru Cina lepas, aku sekeluarga balik Johor lagi. Plan mula nak balik Bagan Dato, tapi ayahanda dan bonda takde kat rumah, pergi ke Tawau melawat kakak aku yang baru berpindah ke sana. Hari Isnin petang dah balik ke Salak Tinggi. On the way di jalan Pagoh, tiba-tiba seekor anjing kotor cuba melintas jalan dengan tidak melihat kiri kanan. Aku dah takde pilihan, langgar terus. Kalau aku elak kemungkinan aku terbaas melanggar pokok sawit pada kelajuan 100km.h jalan lurus menurun bukit. Terdengar seretan badan diatas jalan tar sejauh 5 meter. Bila dah benti ajning terus lari. Kira kes langgar lari. Kete tak lari, anjing yang lari. hidup plak tu. Tengok kat bumper depan dah kemek, air radiotor mencurah-curah kelaur. Sah tangki radiotor pecah. Kete tak boleh jalan. Hasrat nak balik ke Salak tinggi dibatalkan. Panggil adik ipar mintak tolong call tow truck. Nampak dari luar skit je tapi kos agak baik pulih agak tinggi. Bersabar atas dugaan.