Sunday, July 24, 2011

Wad 5E


Dah seminggu aku ulang alik dari umah/opis ke Hospital Serdang wad 5E. Dan secara tak langsung dah seminggu jugak lah aku jadi single parent/mr mama/ houseman etc. Al kisah Selasa awal pagi minggu lepas(19/7/11) orang umah aku bleeding akibat uri turn ke bawah atau dalam bahasa perubatannyer 'Placenta Prevea'. Keadaan pagi tu agak mencemas jugaklah..ingatkan dah nak bersalin..tapi baru masuk 7 bulan kandungannya. Dengan pantas aku bawak orang umah aku dan kejutkan anak untuk hantar ke hospital. Mujur anak2 tak banyak cakap terus mandi dan salin baju walaupun dengan mata yang berpisat-pisat. Doktor mengesahkan yang uri orang umah aku dah turun ke stage 4 yang menurut beliau dah serius. Kalau bleeding berterusan perlu di bedah. Alhamdulillah menjelang petang bleeding dah benti dan dimasukkan ke wad biasa. Tapi doktor suruh orang umaha ku berehat sepenuhnya..sampai baby matang dalam jangka masa 8 minggu lagi. Bersamaan 2 bulan kene stay kat hospital. Alhamdulillah anak-anak setakat ni memahami cuma kadang-kadang bertanya kenapa ibu lama sangat kat hospital. Terpaksa la explain satu persatu.

1 comments:

aYa said...

lupa nak pesan..kalo rajin gi la derma darah cz kalau operation nanti kena banyak darah standy sebb ada risk bleeding banyak..x sememstinya darah tu tok kak ina..tp tok sepital..takut kalo emergency nnti x da la stock darah sepital x mencukupi..