Tuesday, April 26, 2011

Dok Rok Chetong

Orang ganu/ belah2 timur kompem tau maksud dia. Aku tau perkataan ni masa layan tazkirah Ustaz Azhar Idrus. Sebelum wat keje atau sambil-sambil wat keje aku akan bukak youtube layan tazkirah ustaz ni. Ustaz ni kelako, isi tepat, padat, hujah-hujah bernas masa bagi tazkirah. Orang-orang pantai timur mesti pernah dengar tazkirah dia. Masa dia datang satu masjid kat Gombak 2 bulan lepas, parking kete sampai ke tepi hiway MRR2. Memang respek ustaz ni.

Nostalgia lagi..

Petang Sabtu lepas, masa aku kene standby kat ofis, sempat aku bukak facebook. Tengah baca status-status kawan, aku disapa oleh 2 kawan lama aku dalam chat. Sorang bernama Mohd Idris, dia ni dulu satu aliran agama kelas rancangan khas. Last jumpe dia masa reunion kawan kat Cheras. Sekarang dah jadi cikgu kat SMK Hutan Melintang merangkap jurulatih hoki. Petang tu dia mempelawa aku untuk join team hoki dia (ALumni SMKJ) main kat Manjung. Terkejut gak sebab dah berbelas tahun aku dah tak pegang stick hoki ni, alih2 ada member ajak pulak. Dah lama tak pegang stick hoki satu hal, skil drible pon aku rase dah ilang. Tu belom kire stamina lagi. Hoki ni sukan yang mementingkan kepantasan dan kekuatan pinggang sebab kene bongkok time bawak bola. Aku rase kalau main mau jem pinggang aku ni. Apatah lagi dengan perut yang selebar 8.5JJ (ikut ukuran rim sukan). Memang kompem jeng kreng. Dulu masa sekolah, sukan hoki ni memang sukan yang asing bagi aku dan rakan2. Tapi berkat latihan dan masuk pertandingan antara sekolah-sekolah Hilir Perak, tahun 1993 SMKJ jadik cempion bawah 15 masa tu kalahkan Sekolah Sains Teluk Intan kalau tak silap aku. Menang dengan penalti.Semua player-player kebanyakkan dari aliran agama. Dalam team, aku bukanlah player yang penuh skill drible macam Minarwan, oleh sebab aku takde skill sangat aku diletakkan sebagai penjaga gol je. Sorang lagi keeper adalah Faizal Ali. Walaupon badan aku dan Faizal Ali tak besar, tapi bila dah pakai suit hoki ni dengan autometik akan jadi besar.Selalunya Faizal Ali la yang dpat 1st eleven. Jadi gol keeper ni ingat senang ke. Dengan bawak beban pad rotan, pad badan, dan ballguard serta helmet, keeper hoki ni umpama robot transformer. Keeper zaman sekarang je pakai pad jenis getah tebal tapi lebih ringan.
Aku tatau lagi nak terima ke tak offer cikgu Derih tu. Kalau kawan2 lama ada yang nak main insyallah aku pon akan main.


Ini la satu-satunyer gamba team under 15 yang cempion yang ada pada simpanan aku. Hairan jugak apsal masa dulu tak amik gamba siap ngan kayu hoki duduk sopan.
Berdiri dari kiri- Razikin Sukor- Wings, Fitri-Striker, MOhd Idris-Tengah, Ikhwan Nasir-Striker, Faizal Ali-keeper, Cikgu Hasnawi-coach, Amat Shahrizal-tengah, Hannas-last bek, Shaiful Nizam-wing, Joni Ambar-tengah, Khairul Nizam-bek kiri
Duduk dari kiri- Faozan-keeper, Mohd Arni-bek kanan, Hafizul Fitri-tengah, Mahadzir Hares-bek tengah, Radin- tengah, Idris Zuldin- striker, Helmi-tengah, Azhar Ahmad-wing

Tuesday, April 19, 2011

Pesta sukan

Ahad lepas layan tengok anak-anak aku main futsal sempena pesta sukan PASTI kawasan Puchong. Kelah budak2 skang ni, kecik-kecik dah main futsal. Aku dulu kecik main kat padang rumput sekolah yang rumput agak tinggi dan ada sudut2 padang tu ada taik kucing. Masa main bola mane nak pikir ..pijak je sume.
Dak abang si Faris, dpt wakil Pasti Putra Permai (3P)team A, selepas tahun lepas tak disenaraikan langsung. Dapat main posisi striker untuk 1st game, dan paim midfield untuk 2nd game. Keputusannya team 3P dapat masuk suku akhir je. Masa suku akhir kalah ngan PASTI Bukit Jalil. Dak abang melepaskan beberapa peluang terhidang depan mata akibat nerves.
Si adik (Fatih) pulak main untuk team B 3P. Team ni team adhoc 3, hari nak lawan baru dapat kumpul player. Rata2 pemain bermumur 4 dan 5 tahun. Kirenyer team Harimau 3P la..Fatih banyak berlari-lari anak daripada menyepak bola..hilang fokus. Selepas 2 perlawanan, keputusan agak mengecewakan, kalah 2 perlawanan tersebut. Takpela..pendedahan awal. Tapi yang nyata para ibu dan bapa yang lebih teruja menyokong anak-anak mereka. Bersukan untuk kesihatan





...........................Faris dan Mohamad striker 3P


.....................Tak dpat bawak balik hadiah..dapat belon otromen.

Monday, April 11, 2011

JU part 2

Hari ini baru ada mood sikit nk citer pasal JU. Bukan Ju Aziz atau Miera Liyana. Jadah ape Miera Liyana lak ni. Lepas 2 bulan belek-belek kat Mudah.com bahagian Car dan tanya kawan-kawan pasal kereta karat untuk dijual akhirnya rezeki aku bertemu dengan keter Mazda ni. Jumpe kat dalam Mudah.com. Keter ni dimiliki oleh brader mekanik kat Manjung. Jadi nak tanak aku terpakse turun ke Manjung sebanyak 2 kali. Seklai pergi untuk tengok/test drive/nego harge dan sekali untuk amik/proses tuka name.
Mazda ni dinamakan Mazda 808 keluaran tahun 1976. 1976 memang aku tak lahir lagi. Jangankan aku Diana Danielle pon belom lahir. Kalau ikut perkiraan tahun masihi dah 35 tahun keter ni. Mazda 808 ni boleh dikatakan adik beradik kepada Mazda siri RX. Dari RX1 sampai la RX8. Enjin asal berkeupayaan 1200CC dengan sistem Carburetor dung, 4 kelajuan gear. Tapi owner kereta ni telah menukar enjin kepada enjin Mazda Bonggo (bukan bongok) 1400CC, tapi masih menggunakan kotak gear asal. Sistem gantungan Mazda 808 ni menggunakan teknologi spring dedaun (bahagian belakang) macam lori-lori pakai danan telah diubahsuai sedikit untuk merendahkan. Bahagian depan gune coil spring dan absober asal.
Sebenarmya aku tak plan nak ambik kete dari spesis Mazda ni. Sebab ramai yang cakap bodypart kete ni dah susah nak carik. Tapi nasib baik member aku ada sebijik keter Mazda ni, arwah bapak dia punyer. Dah setahun lebih tersadai. Dan aku plan nak beli keter tu untuk ambik part2 yang ada. Boleh pakai kalau-kalau ada emergency.
Lepas jual CT aritu, aku plan nak ambik Toyota KE20 2 pintu tapi tak jadi sebab owner dah meninggal susah nak tuka name. Pastu Toyota KE35 plak tapi harga yang ditawarkan boleh buat kitchen kabinet+TV LED 50inci Sharp Aquos.Akhirnya Mazda menjadi pilihan. Alhamdulillah masa aku bawak balik dari Manjung tempoh hari, takde bende-bende pelik berlaku. Tapi mata aku sentiasa melihat kepada meter temparature. Takut-takut enjin overheat, walaupun telah diberitahu oleh owner takde apa kalau bawak jauh. Lepas ni, antara bende yang aku nak upgrade adalah kotak gear, aku nak carik yang 5 speed, tinted sultan, cd player+speaker, fender mirror dan sepasang tempat duduk hadapan.



Friday, April 8, 2011

Muhammad Fatih Ziyad dah 4 tahun

Hari ini 8/4/2011 genaplah anak aku yang kedua Muhammad Fatih Ziyad berumur 4 tahun. Seperti tahun-tahun lepas sambutan diadakan secara sederhana sahaja. Pagi-pagi ibu Fatih gi runner ke Putrajaya amik kek untuk deberi ke tadika Fatih. Macam tahun-tahun sebelumnyer cikgu-cikgu di taska itu akan mengadakan sedikit jamun untuk meraikan murid-murid yang menyambut hari lahirnya. Semoga menjadi anak yang soleh dan jangan nakal-nakal..bulan 11 nanti nak jadi abang ngah..dan bapaknyer pulak terasa makin berumur...Masa berlalu begitu pantas..




Sunday, April 3, 2011

JU

Hampir 2 bulan lebih aku mencari-cari kereta karat murah untuk menggantikan CT, dan akhirnya bertemu 'jodoh' dengan JU. Ketika mula bertemu di alam maya buat kali pertama aku dah jatuh hati terhadap JU akan kemantapan body dan warna yang dipakainya. Sebelum ini memang aku tak terpikir langsung untuk memiliki spesis JU ini..Apa yang bermain dikepala aku adalah untuk memiliki spesis seperti CT yakni Toyota dan Datsun...(sambung ngantuk plak)