Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Rasanya tak terlambat untuk aku dan family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupon dah masuk raya ke 10 hari ni. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut Aidilfitri di kedua-dua kampung yakni Sungai Tiang Darat dan juga Peserai, Batu Pahat. Aku start cuti hari Jumaat, dan balik ke Sungai Tiang pada Jumaat tengahari, singgah di Sungai Besar untuk beli baju anak-anak serta tudung ibu anak-anak. Sampai di rumah dah lepas buka puasa, namun masih ada lagi soto yang dimasak oleh ibunda disediakan untuk kami. Raya ke 2 petang gerak balik ke rumah di Salak Tinggi, ikut hati nak je travel terus ke Batu Pahat tapi disebabkan jem di Tanjung karang perjalan yang sepatutnyer 3 jam jadi 6 jam. Sampai di Salak Tinggi dah pukl 2 pagi. Tidur je la jawabner. Esoknyer jam 8 pagi baru gerak ke batu Pahat, dan yang bestnyer plus hiway kosong clear. Syukur sais pinggang aku belum meningkat lg selepas raya ke 10 ni...
"memang tak leh ubah la style bergambo"..

0 comments: