Tuesday, September 18, 2012

Dunia kaset hari Malaysia

Cuti hari Malaysia lepas, 2 hari melayan open house sampai sebu perut, manakala hari Isnin aku stay kat rumah je kemas-kemas apa yang patut. Tengah mengemas ada 1 kotak berisi hifi dan juga kaset-kaset lama aku. Cek-cek kat hi-fi, dah tak boleh pakai, tanya member susah nak carik barang so aku amik keputusan jual kat besi buruk, dapatla RM10. Manakala kaset-kaset pulak banyak yang dah terbelit pitanyer. Nak dibuang agak sayang jugak, bukan ape banyak kaset2 ni dibeli melalui kiriman pos dan atas kepercayaan abang posmen. Duduklah aku mengadap kaset dan cuba membetulkan kembali pitanyer. Menggulung pita kaset memerlukan kesabaran yang tinggi. Belum dikira dengan gangguan dari anak-anak. Setelah hampir sejam aku berjaya menyelamat beberapa kaset. Bukan apa , memandangkan kereta aku takde cd player jadi lebih eloklah aku menyimpan kaset-kaset ini.
Ketelitian amat diperlukan...
Yang dah siap diletakkan di center console KE30
Head unit lama

0 comments: