Monday, July 1, 2013

Sambutan hari lahir

Sabtu lepas, keluarga orang umah aku datang umah aku. Mertua aku memang rajin datang umah anak-anaknya utk jumpa cucu-cucu dan menantu. Kebetulan pulak malamnya game Kelantan lawan JDT, memang meriah. Mak mertua aku asal Kelantan tapi dah menetap kat Johor dari kecik. Bapak mertua aku plak keturunan Cina muslim. Mak kepada bapak mertua aku, asal dari tanah besar Cina Guangtou) kalau tak silap aku name daerahnya. Datang ke Tanah melayu dan dijadikan anak angkat oleh keluarga melayu Johor. Jadi anak aku ada darah keturunan Cina+Kelantan+Jawa(aku la tu.) Kebetulan jugak ada 3 orang sambut harijadi pada bulan Jun ni iaitu Faris, dan 2 orang sepupunyer. Dipendekakn cerita buatla sambutan harijadi sekali 3 orang. Sambil potong kek sambil sorak tengok bola. Walaupon Perak tak masuk final..aku lebih menyokong Kelantan.(secara diam-diam) hehe. Tapi Perak tetap di hati..

0 comments: