Sunday, March 25, 2012

Datsun reborn..


Bende ni dah kecoh kat forum-forum penggemar-penggemar keter lama. Datsun satu jenama automotif yang unggul dalam tahun 60-70an dulu. Banyak kereta-kereta keluarannya menjadi legend sekarang ni, antaranya Datsun 510 (dlm citer Transfomers 3), Datsun 260z a.k.a Devil Z (citer anime Wangan Midnight)Datsun KPCG10 (atuk kepd Skyline R35)dan juga Datsun 120Y (dulu arwah pakcik aku pakai Kuantan-Sungai Tiang steady je.)Beberapa minggu lepas CEO Nissan-REnault, Carlos Ghosn mengumumkan jenama Datsun akan kembali lagi pada tahun 2014. Pengeluarannyer untuk menyaingi model-model yang mampu milik untuk pengguna. Tapi adakah model-model seperti 510, 120Y dan 260z ni dibuat balik. Ontahlah. Tunggu dan lihat je.

Devil Z
Datsun 510
Datsun KPCG10
B310

Janji

Bukan janji Manismu..yang ni lebih kepada Janji tinggal Janji..Semalam..pagi aku bukak website Mudah. TErminat sebijik Toyota Starlet KP61 atau budak-budak yang main keter lama ni panggil Starlet kambing. Telefon owner..macha yang jawap. Bual-bual kejap pasal kete, aku cakap nak tengok kete dalam jam 5.30pm kat Selayang. Kol 4.00pm macha tu SMS aku, dia dah ada kat Selayang,"kalau bro nak datang boleh sekarang"..dia taip. Aku pon dari spital Serdang terus pergi Selayang dengan semangat berkobar-kobar..atas menunaikan hajat Embah(Atok) Faris supaya aku beli kete sebijik untuk antar dia gi sekolah. Sampai Selayang, benti kat Petronas..aku cucuk duit..keluarkan cash. Dalam kepala otak aku..aku nak tengok dan terus beli..C.O.D. kat Petronas..aku lepak jap..sambil Solat Asar..dan terus tepon macha tu nak cakap aku dah sampai. Sekali 10 kali kol tak berangkat. Aku jadi panas. Dari jam 5.00ptg sampai 6.30 petang kol tak berangkat jugak..aku dah start maki/mencarut dalam nada perlahan..sebab anak2 aku ada.. Kol 6.35 kol, berangkat..tapi suara macha lain..aku tanya apsal kol tak angkat..dia cakap itu worang lain..tanya balik..pasal kete, dia selambe macha tu cakap baru je jual 20 minit lepas..terus keluar perkataan mencarut India dari mulut. Aku maki hamun macha tu..dah la tunggu lama, janji macam Kaf Lam Ya Nga..mmg tu pon..macha tu tergamam..terus off henpon..tak cukup tu aku sms no macha tu, maki hamun. Terus tak jawap..Balik Seri Kembangan dengan marah+bengang+ mencarut kat KAf LAm Ya Nga yang aku ternampak dalam kete..

My wish is Nightwish

Dalam banyak-banyak list lagu dlam album baru Nightwish ni, aku rase yang ni je kene dengan halwa telinga aku yang tak baper capang ni..Yang lain semua kategori dengar sambil fast forward..

Monday, February 13, 2012

Baucer Buku 1Malaysia.


Kehkhekhe..tak sangka aku pon dapat baucer ni memndangkan aku pelajar. Untuk pengetahuan, baucer ni disediakan oleh kerajaan untuk para pelajar IPT diseluruh negara membali buku-buku pelajaran. Bayangkan sorang pelajar dapat RM200, berapa pulak kerajaan peruntukkan untuk semuanya, dan dimana pulak datangnya duit ni. Ape-ape pon, amik tetap amik dah ini memang hak rakyat, dah la yang duit RM500 tak dapat. Untuk rekod aku rase ni pertama kali kerajaan bagi baucer-baucer ni memandangkan pilihanraya dah dah dekat. Mungkin ini satu strategi atau mungkin jugak tidak. Dah tu, dah dapat aku bawak isteri dan anak-anak aku shopping kat kedai buku Popular, belilah stationery majalah, buku-buku, etc dengan jumlah RM100. Lagi RM100 aku nk try g MPH plak..Ape pon tetap ABU!

Wednesday, February 8, 2012

Baby tak cukup bulan

25/2 genap 6 bulan umur Muhd Farhad Zameer. Alhamdulillah sepanjang 6 bulan ni takde ape-ape yang berlaku. Cuma masih lagi pergi ke hospital untuk pemeriksaan susulan seperti pendengaran dan penglihatan. Budak ni pon dah pandai ketawa-ketawa bila di agah-agah oleh abang-abangnya. Harini dapat berita member 1 tempat keje aku, anak dia baru beberapa hari lahir, tapi ada masalah jantung. Ada satu saluran jantung tersumbat. Sekarang duk kat IJN. Kesian mak bapaknyer. Tapi kesian jugak baby. Mungkin ada hikmahnyer. Harap makbapaknyer tabah dengan dugaan. Terus teringat kat Farhad mase lahir tak cukup bulan, penuh wayering 1 badan, mirotech je takde.

Ada iras muka bapak dia mase kecik2..

Wednesday, January 4, 2012

Musim sekolah dah start

Hari ni 1st day, dak abang Faris Zaqwan gi sekolah. Malam sebelumnyer dah pesan kene tido awal. Alhamdulillah kol 9.30pm dah tidur. Kol 6.30am pagi bangun sendiri tak payah kejut. Harap-harap, hari-hari tak yah kejut. Sampai sekolah terus tunggu kat padang untuk perhimpunan halal. Aku jadi penunggu, sambil mengingat memori silam, yang aku dulu pon macam ni jugak. Tak sangka skang anak aku plak yang rasa. Habis perhimpunann semua masuk kelas, termasuk Faris yang beratur no 3 dari depan disebabkan ada lagi kawan-kawannyer yang tinggi-tinggi. Dari luar aku tengok Faris tak banyak cakap dengan kawan sebelah. Mungkin sebab 1st day. Malu-malu lagi. Tapi apa yang cikgu tanya dia jawab. Esok aku dah boleh tinggal, cuma time rehat aku akan datang untuk guide dia beli makanan. Takut kene rip off dengan brader kantin je.
Jam 10.30 pagi selepas rehat
Jam 2.30 petang meuju ke sekolah agama

Thursday, December 22, 2011

Musim persekolahan 2012

Alhamdulillah..lega sikit bila musim periksa aku dah abis. Bulan 12 ni bulan yang agak kelam kabut. Tapi apa boleh hidup mesti terus. Semalam aku amik cuti, untuk membeli belah barang keperluan dak abang Faris, yang tahun depan masuk darjah 1. Seperti biasa untuk bershoping aku akan ke pekan Dengkil, yang terletak 10km dari Cyberjaya ni. Pekan Dengkil ni tak lah sebesar mana, lebih kurang pekan Bagan Dato'je, tapi sekarang sedang menikmati pembangunan yang pesat hasil dari 'satu lagi projek Barisan Nasional' seperti yang tertera di papan iklan nak masuk pekan Dengkil. Biasalah kalau dah pekan kecik-kecik ni harga barang-barangnyer pon boleh dikategorikan agak mrah berbanding Jaya Jusco. Memandangkan Faris baru masuk darjah 1, maka barang keperluannyer juga 100% baru, dari stokin, kasut, baju, baju Melayu (sekolah Agama), dan juga beg. Dari banyak-banyak barang tu cuma kasut je harga melebihi Rm20. Mungkin sebab iklan kasut ni keluar di stesen-stesen TV pro kerjaan. Bukan nak berkira tapi kenaikan mendadak harga kasut ni memang ketara. Berbanding masa aku sekolah dulu kasut Carefree berharaga belasan ringgit sahaja, malah multipurpose yakni pagi pakai ke sekolah dan petang di pakai untuk main takraw. Begitu juga beg yang bergambar Ben10 dan beroda serta boleh ditarik, memang agak mencarut hargenyer. Tapi untuk memastikan semangat Faris Zaqwan ke sekolah sentiasa berkobar-kobar aku turutkan juga kehendaknyer. Baju sekolah je belom dapat, sebaba kedai memberi alasan kehabisan stok untuk saiz Faris. 30hb/12 ni Faris dah kene orientasi serta ujian untuk menentukan kelas. Selamat bersekolah pada semua pelajar.