Monday, August 27, 2012
Aidilfitri 2012
Rasanya tak terlambat untuk aku dan family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupon dah masuk raya ke 10 hari ni. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut Aidilfitri di kedua-dua kampung yakni Sungai Tiang Darat dan juga Peserai, Batu Pahat. Aku start cuti hari Jumaat, dan balik ke Sungai Tiang pada Jumaat tengahari, singgah di Sungai Besar untuk beli baju anak-anak serta tudung ibu anak-anak. Sampai di rumah dah lepas buka puasa, namun masih ada lagi soto yang dimasak oleh ibunda disediakan untuk kami.
Raya ke 2 petang gerak balik ke rumah di Salak Tinggi, ikut hati nak je travel terus ke Batu Pahat tapi disebabkan jem di Tanjung karang perjalan yang sepatutnyer 3 jam jadi 6 jam. Sampai di Salak Tinggi dah pukl 2 pagi. Tidur je la jawabner. Esoknyer jam 8 pagi baru gerak ke batu Pahat, dan yang bestnyer plus hiway kosong clear.
Syukur sais pinggang aku belum meningkat lg selepas raya ke 10 ni...
"memang tak leh ubah la style bergambo"..
Sunday, August 12, 2012
Lagi raya
Aku rase dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya ni spesel skit, cover by Metalika..Tak sangka James Hetfield pon tangkap leleh ngan lagu ni dari arwah S.Jibeng ni.
Friday, August 10, 2012
21 Ramadhan
Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu. Aku rasa baru minggu lepas je beli kuih kemboja kat pasar Ramadhan Selekoh, padahal aku beli masa 1st day puasa aku balik kampung. Kuih kemboja Selekoh memang tiada tandingannyer yop.
Anak anak makin teruja nak sambut raya. Tahun lepas diowang balik kampung tanpa ibu dan ayahnya. Tahun ni insyallah beraya di Bagan dato dulu, pastu baru ke batu pahat. Cuaca pon makin lama, makin panas, makin berat cabaran dan dugaan. Yang pasti 10 malam terakhir ni patut diperbanyakkan iabadat-ibadat malam, bukannyer sibuk dengar lagu raya, sibuk shoppong dan sibuk buat janji-janji. Patern orang Islam Malaysia ni, awal-awal Ramadhan je penuh surau dan masjid, dah smapai pertengahan tinggal separuh saf, ujung-ujung tinggal la pak imam, tok siak dengan ahli jawatankuasa masjid...sedih...
Tuesday, July 31, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Logo paling bangang..
Aku rase budak-budak hardcore graphic pasti akan memberi kutukan yang sempurna kepada pembuat logo hari merdeka tahun ni. Aku bukanlah terer bab graphic-graphic tapi bila tengok je logo ni, satu makian yang tinggi terkuar dari mulut aku dan mengurangkan pahal apuasa. Nampak sangat macam budak darjah 6 yang reka logo ni. Tambah parah bila tema yang digunakan adalah tema untuk satu parti politik yang digunakan untuk memancing undi. Lagi aku tambah panas. Apekejadah dah desperate sangat ke, dah takde tema yang sesuai kah?..Memang ABU..!
Thursday, July 19, 2012
Basyar is a murder of Sunni in Syria
Inilah orang yang paling kejam lepas Radovan Karadzic, yang bunuh sedara Islam sendiri. Walaupon dia ni muslim , tapi dah sesat sebab mengamalkan ajaran syiah yang dah total lost. Syiah alawi yang dianuti ni dah ada unsur2 penyembahan majusi dan lebih teruk ada agenda-agenda Zionis di dalamnyer. Dan jugak dibelakang Basyar ni Iran, China dan Rusia membekap laknat Basyar ni. Iran dah terang-terang memang syiah, menggalakkan Basyar ni membunuh orang Sunni. Aku harap pejuang-pejuang Pembebasan Syira (FSA) dapat membunuh Basyar ni, yang telah mneyembelih, merogol,membunuh warga Sunni di Syria.
Penerangan pasal hal di Syria:
Salam Ramadhan
Rasa sekejap je setahun, bila bulan Ramadhan datang lagi. Ingat lagi tahun lepas aku, berpuasa dengan Faris n Fatih je, sebabnyer orang umah aku kene stay kat hospital atas sebab pendarahan masa pregnant. Aku rasa itu ujian paling berat aku kene hadapi dalam bulan puasa tahun lepas. Semua aku kene buat sendiri. Alhamdulillah dapat jugak menyelesaikan ibadah di bulan puasa tahun lepas.
Tahun ni alhamdullah semua dapat berkumpul, malah dengan tambahan ahli baru oaoatu Muhd farhad Zameer yang genap 12 bulan 25/7 ni. Dan alhamdullah tahun dapat juga berpuasa di rumah yang baru diduduki tak sampai sebulan berpindah, di Salak Tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




