Sunday, November 25, 2012

Cuti Sekolah

Dah masuk minggu ke tiga cuti sekolah akhir tahun. Setakat ni alhamdulillah anak-anak ada aktiviti masing-masing time cuti ni. Faris Zaqwan pagi aku hantar ke Khemah Ibadat di present 9, Putrajaya. Khemah Ibadat ni lebih kurang sekolah agama cuma tak formal je. Diajar mengaji, solat dan juga ceramah-ceramah berkenaan dengan pentingnya solat, jaga akhlak dan peribadi muslim. Mula-mula Faris tak nak join, tapi lepas di pujuk-pujuk dan juga sepupu rapatnya join sekali dia pun bersetuju. Dia join hari kedua, hari pertama aku demam so semua duk rumah. 1 hari suntuk ngadap Disney XD, tablet dan juga angry bird. AKu cakap ni tak leh jadi. Takkan nak ngadap benda-benda lagho ni hari-hari. Petang plak, kebetulann mingu lepas ada Super8, yakni pertandinagn bola sepak untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. Seminggu lebih berlatih di padang. Memandang sesi latihan hanya seminggu jadi coach tidak dapat membentuk pasukan yang mantap, alah si Rajagopal pon apa kurangnya, 2 tahun bereksperimen last-last kalah ngan Singapore. jadi keputusan pertandingan kalah 2 kali, seri sekali. Dapatlah 1 mata berharga. Fatih Ziyad plak, masih dihantar di Pasti, memandangkan musim cuti cikgu-cikgu membuat kelas membaca untuk anak-anak Pasti yang dihantar ibubapanya. Ada lagi sebulan lebih cuti sekolah, macam-macam permintaan antaranya pergi ke Legoland yang super mahal tiketnya. Alasan Legoland belum siap adalah alasan yang aku guna untuk menidakkan permintaan mereka.
Harimau Malaya 2025..King Gopal boleh packing barang..

Friday, November 23, 2012

Sape-sape yang mempunyai kedudukan kewangan yg kukuh, berani, sanggup tinggalkan anak bini, tinggalkan kampung, tinggalkan rumah mewah, tinggalkan kereta, tinggalkan kesenangan, boleh la try apply. Hati ini memang meronta-ronta ingin membantu saudara Muslim disana. Akan tetapi aku belum cukup kuat dan iamn aku masih lemah lagi untuk ke sana. Insyallah suatu hari nanti aku akan sampai jugak Gaza membantu saudara Islam kita.

Tuesday, November 20, 2012

Thursday, November 8, 2012

Friday, October 12, 2012

Si putih ke30

Dah hampir 3 minggu aku tak bawak kete ni gi balik keje dgn antar Faris gi sekolah. Aku terpaksa hantar ke bengkel untuk menukar part yang dah wear n tear. Antara yang dituka adalah abosber belakang, brake lining, bushing belakang, brakepad depan, absober depan dan jugak gearbox dari 4 speed tukar ke 5 speed. Pakai gearbox 4 speed ni rasa macam enjin mengaum dan minyak pun agak kuat walaupun aku pengguna tegar Ron95 yang diwar-warkan menjimatkan petrol dan lebih kilometer. Kebiasaannyer kalau hantar bengkel amik masa dalam seminggu dua je, memandangkan bengkel yang aku hantar ni sorang je pomennyer makan kerja-kerja agak perlahan progressnyer. Itu nasib aku baik kedai-kedai spare part kat Dengkil masih lagi menjual barang keter-keter lama ni, tengok dari kedainyer pon memang dah lama bertapak disitu.
Part-part diatas adalah untuk setup suspension belakang, yang macam U-shape tu adalah untuk ikat block besi yang akan merendahkan kereta. Ke30 ni menggnakan spring duan so takde coil spring untuk dipotong.
Tuka brake lining
Longsap dgn gearbox lama dah bukak
Slam- Gerimis mengundang..

Tuesday, September 18, 2012

Dunia kaset hari Malaysia

Cuti hari Malaysia lepas, 2 hari melayan open house sampai sebu perut, manakala hari Isnin aku stay kat rumah je kemas-kemas apa yang patut. Tengah mengemas ada 1 kotak berisi hifi dan juga kaset-kaset lama aku. Cek-cek kat hi-fi, dah tak boleh pakai, tanya member susah nak carik barang so aku amik keputusan jual kat besi buruk, dapatla RM10. Manakala kaset-kaset pulak banyak yang dah terbelit pitanyer. Nak dibuang agak sayang jugak, bukan ape banyak kaset2 ni dibeli melalui kiriman pos dan atas kepercayaan abang posmen. Duduklah aku mengadap kaset dan cuba membetulkan kembali pitanyer. Menggulung pita kaset memerlukan kesabaran yang tinggi. Belum dikira dengan gangguan dari anak-anak. Setelah hampir sejam aku berjaya menyelamat beberapa kaset. Bukan apa , memandangkan kereta aku takde cd player jadi lebih eloklah aku menyimpan kaset-kaset ini.
Ketelitian amat diperlukan...
Yang dah siap diletakkan di center console KE30
Head unit lama

Lagi-lagi pasal isu kete lama

Kalau dulu aku penah pos pasal insuran kereta lama yang tinggi, 2-3 hari lepas timbul pulak isu pasal nak melupuskan terus kereta-keret lama ni dia tas jalan raya di malaysia ni. isu ni ditimbulkan oleh mamat dari DRB-Hicom aku tak ingat sape name dia dan dengar mamat ni baru dilantik jd pengerusi DRB Hicom. Atas alasan kereta-kereta lama ni kurang selamat dari aspek-aspek keselamatan mamat ni telah membuat cadangan mengetatkan pemeriksaan kereta lama ni bila renew roadtax. Pada aku cadangan ni mmg elok ..tp janganlah pulak untuk kereta lama jugak, kereta baru pon kene la menjalani pemeriksaan yang ketat. Kalau tengok yang banyak accident adalah kereta-kereta baru. Tak dinafikan kereta lama ada jugak yang accident tp dalam bilangan yang kecil Aku pasti peraturan yang ketat ni akan menyebabkan pemilik kereta lama akan menjadi fedup lantas melupuskan kereta masing-masing..itu yang diharapkan oleh pihak DRB juga salah satu cara halus yang diguna pakai oleh orang-oranag atasan ni. Pada aku aku semua ni adalah untuk menaikkan kembali penjualan proron yang semakin merundum akibat bank mengettakan syarat2 pinjaman kenderaan,selain tu untuk menkayakan kroni-kroni yakni vendor-vendor proton. Pendapat aku senang je, nak bagi rakyat pakai kereta baru terutama proton turunkan je harga kereta ikut harga seperti di Arab Saudi. Ada bran?..