Sunday, August 18, 2013

Kugiran besi berat.

Kegilaan apakah ini. Di saat umat Islam baru selesai menjalani ibadah puasa, disaat umat Islam di Syria berperang, disaat umat Islam di Palestine di tindas Zionis, disaat umat Islam di Mesir dibantai oleh regime Assisi laknatullah...kerajaan UBN telah membenarkan konser kugiran heavy metal Metallica dilakukan di Malaysia. Aku bukan nak hipokrit dan aku mengaku aku meminati kugiran ini, malah bait bait lirik lagu Metalllica ini jika DJ keudarakan di radio aku mampu sing along. Namun membenarkan konser disaat aku nyatakan di atas aku tidak bersetuju sama sekali.

Tuesday, July 9, 2013

Wednesday, July 3, 2013

Mesir oh Mesir

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini! Doa dan solidariti untuk Mesir. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-

Monday, July 1, 2013

Negeri Pahang

Bukan nak mengutuk negeri Pahang. Tapi lepas tertengok bulletin utama tv3suku mlm semalam, aku jadik geram. Aku ingat Pahang ni ditadbir oleh di orang Cina,rupenye dari menteri besonya sampai la kuli-kuli batak dia kebanyakkan melayu. Tapi apsal tazkirah masa terawin tidak dibenarkan. Alasannya sebab nanti orang tak kusyuk buat terawih. Kalau di fikirkan masa terawih ni la jemaah ramai datang. Yang tak penah datang solat fardhu pon datang surau time terawih. Jadi slot tazkirah sangat sesuai kerana jemaah-jemaah dapat mendengar ilmu-ilmu tentang islam. Nak harap hari biasa memang takde la orang nk datang. kalau bende ni kelaur dari MB Penang kompem 4 bulan belum abis citer/provoke kat media kerajaan

Sambutan hari lahir

Sabtu lepas, keluarga orang umah aku datang umah aku. Mertua aku memang rajin datang umah anak-anaknya utk jumpa cucu-cucu dan menantu. Kebetulan pulak malamnya game Kelantan lawan JDT, memang meriah. Mak mertua aku asal Kelantan tapi dah menetap kat Johor dari kecik. Bapak mertua aku plak keturunan Cina muslim. Mak kepada bapak mertua aku, asal dari tanah besar Cina Guangtou) kalau tak silap aku name daerahnya. Datang ke Tanah melayu dan dijadikan anak angkat oleh keluarga melayu Johor. Jadi anak aku ada darah keturunan Cina+Kelantan+Jawa(aku la tu.) Kebetulan jugak ada 3 orang sambut harijadi pada bulan Jun ni iaitu Faris, dan 2 orang sepupunyer. Dipendekakn cerita buatla sambutan harijadi sekali 3 orang. Sambil potong kek sambil sorak tengok bola. Walaupon Perak tak masuk final..aku lebih menyokong Kelantan.(secara diam-diam) hehe. Tapi Perak tetap di hati..

Sunday, June 23, 2013

Pesta Sukan Pasti peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, lepas Fatih Ziyad bertukar dari pra-sekolah ke Pasti Putra Permai, banyak perubahan berlaku dari segi akademik mau pon kokurikulum. Sabtu lepas dia mewakili Pasti Puchong utk kejohanan bola sepak peringkat negeri Selangor. Pasti dia menjadi johan peringkat Puchong, dan secara autometik mewakili Puchong. Macam aku dulu johan hoki peringkat daerah taun 1993, pastu wakil daerah lawan kat Ipoh ..tapi tumpo. Tak ingat berapa daerah kat Selangor ni, dan Puchong telah diundi di dalam kumpulan E bersama Shah Alam, Kota Raja dan tuan rumah, Sepang, sebab berlangsung di padang LCCT bahagain Engineering. Hasil latihan selama 2 minggu jurulatih berjaya membentuk pelajar2 ni menjadi pemain berkaliber. Fatih Ziyad diletakkan di posisi attacking midfilder membantu penyerang. Dari 3 game 3P Berjaya memenangi 1 game, sekali seri(kalah penalty) dan tewas kepada Shah Alam. Perlawanan yg paling sengit adalah ketika menentang Kota Raja. Kota Raja Berjaya mendahului 1-0, dan beberapa minit kemudian Fatih Ziyad dijatuhkan. Dia sendiri mengambil tendangan percuma yg bagi aku jarak agak juah jugak dan beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan bila bola terbias pemain pertahanan dan menerjah gawang. Jurulatih menyifatkan jaringan Fatih ala jaringan Roberto Carlos (try ari jauh). Masuk separuh masa kedua, Kota Raja membuat serangan bertali arus dan berjaya menjaringkan gol. Minit-minit terakhir perlawanan 3P kembali memperkemas jentera serangan dan hasil usaha berjaya menjaringkan gol. Kedudukan 2-2 menyebabkan penentuan sepakan penalty. Sebab kene cari pemenang. Dan akhirnyer 3P tewas dengan 3-2

Monday, May 20, 2013

Pasca PRU13

Aku tak nak citer pasal PRU13 dulu. Kecewa memanglah kecewa. Kemenangan yang di nanti, tak kunjung tiba dek kerna penipuan dari sang penguasa. Takpe..di dunia ini meraka terlepas, tapi di mahkamah Allah takkan terlepas. Semalam aku bergegas ke hospital. Ada kecemasan. Anak aku no 2, Muhd Fatih Ziyad yang berumur 6 tahun telah menelan syiling 20 sen. Dia ingat di ironman ke nk telan-telan. Namun reaksi Ziyad macam takde ape2 yang berkalu. Bila ditanya sakit perut ke, di jawap dengan tak. Malah sempat lagi bermain bola. Sampai hospital doktor suruh buat Xray untuk melihat syiling tu kat area mane. Selesai Xray nampak syiling dibahagian usus. Sedikit lega kerna khuatir kalau masukke rongga pernafasan atau paru-paru boleh menyebabkan sesak nafas. Doktor kate tak perlu risau dalam 3-4 hari lagi akan keluar menjadi emas 99 karat. Anak lelaki nombor 2 ni memang lain macam skit xtreamnyer.