Tuesday, August 31, 2010

10 Tahun sebelum merdeka




Salam Kemerdekaan..

Sempena cuti merdeka semalam, aku telah menonton satu dokumentari yang bagi aku amat menarik untuk ditonton oleh kesemua bangsa kat Malaysia ni. Dokumentari ni dihasilkan oleh saudara Fahmi Reza. Dia ni memang aktif membuat dokumentari-dokumentari pendek tentang sejarah Malaysia yang tak semua orang tahu. Pasal dokumentari '10 tahun sebelum merdeka' ni, menceritakan tentang usaha-usaha pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum tahun 1957. Dan bagi aku pejuang-pejuang kemerdekaan masa ni memang true sebab diowang berjuang tanpa mengikut telunjuk dan mengampu British. Diowang berusaha bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama melalui parti parti politik yang berhaluan kiri yang dianggap parti komunis. Sampai satu tahap mereka berjaya membuat satu Perlembagaan Rakyat yang mana telah direject oleh pihak British. Dan bagi aku pejuang-pejuang inilah yang patut dihargai bukan pejuang yang hanya mengampu British, sign agreement pastu declare Merdeka.

Kalau nak tengok dalam Youtube ada..tapi tengok part by part dan kalau nak tau perkembangan, layari blog:http://www.10tahun.blogspot.com/

Sunday, August 29, 2010

Katekan taknak..#1


Aku start isap rokok mase form 2. Mase tu isap curi-curi. Memang pengaruh kawan memainkan peranan besar dalam permulan pengisapan aku. Rokok yang mula-mula aku isap adalah rokok Gudang Garam Suria kepunyaan bapak aku. Time cuti sekolah, atau balik kampung aku akan curi-curi amik sebatang rokok bapak aku tu tatkala dia pegi ke masjid. Untuk memastikan bapak aku tak perasaan yang rokoknya telah berkurang aku akan amik time rokok tu banyak je atau lepas dia beli. Jadi dia tak la perasan yang rokok tu makin kurang. Masuk form 3, aku dah pandai isap rokok Dunhill. Tu pon atas ehsan kawan. 1 batang kongsi ramai-ramai. Aku jarang isap masa dalam hostel. Kalau keluar ke Teluk Intan atau balik kampung je aku isap. Teringat 1 peristiwa team hoki bawah 15 tahun SMKJ jadi cempion peringkat Hilir Perak, dan jadi wakil Hilir Perak peringkat negeri. Game main kat Ipoh. Kami 1 team kebanyakkan budak rancangan khas Agama.( Pegi sekolah pakai songkok). Kami menginap di hotel Tokyo, dan masa tu movie Tokyo Drift belom lagi ditayangkan. Biasalah bila dah ramai-ramai berkumpul akan ada kaki yang bawak 'barang'. Dipendekkkan cerita semasa masing-masing tengah bermain-main asap, coah kami yakni Cikgu Hasnawi telah menyerbu ke bilik kami. Kebetulan aku berada di dalam bilik air untuk melepaskan hajat. Akibat dari serbuan itu beberapa pemain yang ditangkap menghisap rokok tidak dapat bermain. Aku jadi 1st eleven sebab aku berada di bilik air. Pada game pertama bertemu Sekolah Anderson, kami tewas 17-0. Aku sebagai keeper bolos 8 gol, manakala En Pezal bolos selebihnya.
Memang ketagihan merokok ni tidak dapat dibendung. Masuk form 4, kat hostel aku jadik baik skit. Tidak mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Aku hanya pemerhati dan kadangkala tukang nyalakan rokok kawan-kawan. Tapi bila balik kampung aku akan singgah di kedai mamak di pekan Selekoh untuk membeli rokok bukak yang berharga 25sen atau 30sen kalau tak silap aku, sebagai bekalan untuk dirumah. Mak bapak aku memang tak tau ataupon buat-buat tak tau. Mugkin sebab abang-abang aku tak isap rokok so, diowang pon saspek aku tak isap.
1 lagi kejadian aku yangaku tak boleh lupa. Team hoki jugak. Kali ni bermain di Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan(SEMESTI)bertemu pasukan SMK Sultan Abdul Aziz kalau tak silap. Terdapat 1 kedai berhadapan sekolah tu, dan ada satu surau. Jadi kami ramai-ramai pon pergi ke surau untuk solat Asar, manakala ada 'kaki-kaki' yang pergi ke kedai untuk mendapatkan bekalan. Dipendekkan cerita, habis saja solat kami berkumpul di tepi padang berbincang strategi bersama coach. Tapi tidak disangka coach kami, Cikgu Nawik tahu ada segelintir pemain yang menghisap rokok. Dengan tegas beliau menyuruh kesemua pemain beratur..dan beliau telah pergi dari seorang pemain ke seorang pemain, sambil meminta pemain itu menghembuskan nafas ke arah coach. Cara yang sangat praktikal untuk mengesan pemain yang merokok, dan coach mempunyai daya tahan bau yang tinggi maklumlah bukan kesemua bau napas pemain ini wangi. Kebetulan aku tidak memakan petai kalau tidak coach akan detect bau petai. Beberapa pemain telah mengaku sendiri..

..bersambung...

Blast off!!



Bende alah ni yang buat aku tak saba nk balik kampung beraya (selain dari beraya bersama ayahanda dan bonda)..Tiap-tiap tahun dah macam jd tradisi kampung Sg Tiang Darat ada bende ni..Dulu mase aku kecik, kat satu surau brader-brader siap buat 7 batang meriam sebesar pemeluk budak kecik..malam raya dah macam berperang, dan boleh dikatakan setiap rumah ada 1 batang meriam batang paip ni...lagi extreame ada yang buat menggunakan batang kelapa....Bayangkan berdas-das tembakan meriam bergilir2 memecah sunyi malam raya, dari jam 12 malam sehinga Subuh..dan yang penting takde yang cedera putus kepala dan tangan ketika bermain meriam ni....Tapi sejak masuk tahun 2000an ni dah makin kurang yang main meriam..mungkin semua brader-brader dah berumur dan lepak kat surau..dan generasi muda kat kampung ramai yang hijrah ke bandar..jadik takde penerusannyer..dan aku masih pelik kenapa budak sekarang main mercun sampai putus jari..aku dulu main jugak mercun..alhamdulillah takde pape..

Bukak puasa@ no 48, Jalan Che Maja


Cuti Nuzul Quran Jumaat lepas aku balik Sungai Tiang..Dah 2 minggu puasa baru ada kesempatan balik dan berbuka bersama ayahanda dan bonda..Memang saat-saat yang ditunggu mase bulan puasa ni kalau balik kampung buke bersama2 orang tua..Feel dia lain macam skit..dan feel makan pon agak lain sebab banyak juadah depan mata..ape lagi..masa untuk terjah makanan yang lazat2...Feveret kuih aku kalau kt kampung adalah 'kuih kemboja'...kuih ni hanya dijual di Param pekan Selekoh..agak rare di KL..adapon rupebentuk sama..tp kat Kl aku rase mcm kueh bengkang je..Kalau kat Selekoh ni...rasenyer super manis..Balik raye nanti kene repaet balik..

Monday, August 23, 2010

Malam ke 14

Malam ni genap malam ke 14 Ramadhan..Pejam celik..pejam celik syukur masih celik lagi...alih2 dah 2 minggu puasa. Betul ape yang Ustaz Idris Ahmad cakap mase kuliah santai pagi Ahad 2 minggu lepas pasal waktu yang cepat ni..Setahun umpama sebulan...sebulan umpama seminggu..seminggu umpama sehari..nilah tanda2 kiamat makin dekat..
Scene Terawih (boleh ke aku pakai term 'scene' ni? heh)kat taman aku ni memang meriah..tambah-tambah masa malam pertama..jemaah sampai ke luar pagar bentang sejadah..Bende memang jarang dilihat pada hari-hari biasa...mase bulan Ramadhan ni la nak tengok jemaah ramai sampai kat luar..tapi masuk minggu ke dua malam ni..aku tengok makin lama makin berkurang plak jemaahnyer..Mane diowang pegi..Malam n sekadar 7-8 saf sahaja dbahagian dalam...dibahagian luar kosong tak seperti malam pertama aritu..Tak seronok ke dengar tazkirah sebelum terawih tu..Apepon syukur dapat menjalani solat sunat terawih ni walopon kadang kadang takleh handle ngantuk mata ni..

Monday, August 16, 2010

Langgar lari


'CT' tercedera dibahagian fender belakang belah kiri...akibat dari hentaman oleh manusia durjana yang tak dapat dikenal pasti identiti. Mengikut sisatan unit Gerak Khas, saspek cube memasuki parkir sebelah 'CT', namun tak melepasi lalu menghentam belakang 'CT'. Kecederaan CT tidaklah begitu serius namun kecederaan hati owner amatlah terasa..cume 3 minggu baru lepas menjalani pembedahan kulit,..kulit tersiat lagi. Kerja kerja pembaikan dilakukan sendiri oleh owner..gamba menunjukkan lapisan pertama dan belom digosok sepenuhnyer..mungkin lapisan lapisan seterusnya dilakukan pada petang2 hari diwaktu lapang

Try Western pulok..


Aku sebenarnya tak baper suka letak gamba makanan kt blog...tambah plak bulan puasa ni..kompem goyang..tp arini aku nk letak..untuk tribute orang umah aku..beliau dengan gigih berjaya membuat steak black pepper..inspired by Chef Gordon Ramsay's Hell Kitchen...and Licence to Gril..

P/S: Next time kita bli lamb plak...