Sunday, August 29, 2010

Katekan taknak..#1


Aku start isap rokok mase form 2. Mase tu isap curi-curi. Memang pengaruh kawan memainkan peranan besar dalam permulan pengisapan aku. Rokok yang mula-mula aku isap adalah rokok Gudang Garam Suria kepunyaan bapak aku. Time cuti sekolah, atau balik kampung aku akan curi-curi amik sebatang rokok bapak aku tu tatkala dia pegi ke masjid. Untuk memastikan bapak aku tak perasaan yang rokoknya telah berkurang aku akan amik time rokok tu banyak je atau lepas dia beli. Jadi dia tak la perasan yang rokok tu makin kurang. Masuk form 3, aku dah pandai isap rokok Dunhill. Tu pon atas ehsan kawan. 1 batang kongsi ramai-ramai. Aku jarang isap masa dalam hostel. Kalau keluar ke Teluk Intan atau balik kampung je aku isap. Teringat 1 peristiwa team hoki bawah 15 tahun SMKJ jadi cempion peringkat Hilir Perak, dan jadi wakil Hilir Perak peringkat negeri. Game main kat Ipoh. Kami 1 team kebanyakkan budak rancangan khas Agama.( Pegi sekolah pakai songkok). Kami menginap di hotel Tokyo, dan masa tu movie Tokyo Drift belom lagi ditayangkan. Biasalah bila dah ramai-ramai berkumpul akan ada kaki yang bawak 'barang'. Dipendekkkan cerita semasa masing-masing tengah bermain-main asap, coah kami yakni Cikgu Hasnawi telah menyerbu ke bilik kami. Kebetulan aku berada di dalam bilik air untuk melepaskan hajat. Akibat dari serbuan itu beberapa pemain yang ditangkap menghisap rokok tidak dapat bermain. Aku jadi 1st eleven sebab aku berada di bilik air. Pada game pertama bertemu Sekolah Anderson, kami tewas 17-0. Aku sebagai keeper bolos 8 gol, manakala En Pezal bolos selebihnya.
Memang ketagihan merokok ni tidak dapat dibendung. Masuk form 4, kat hostel aku jadik baik skit. Tidak mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Aku hanya pemerhati dan kadangkala tukang nyalakan rokok kawan-kawan. Tapi bila balik kampung aku akan singgah di kedai mamak di pekan Selekoh untuk membeli rokok bukak yang berharga 25sen atau 30sen kalau tak silap aku, sebagai bekalan untuk dirumah. Mak bapak aku memang tak tau ataupon buat-buat tak tau. Mugkin sebab abang-abang aku tak isap rokok so, diowang pon saspek aku tak isap.
1 lagi kejadian aku yangaku tak boleh lupa. Team hoki jugak. Kali ni bermain di Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan(SEMESTI)bertemu pasukan SMK Sultan Abdul Aziz kalau tak silap. Terdapat 1 kedai berhadapan sekolah tu, dan ada satu surau. Jadi kami ramai-ramai pon pergi ke surau untuk solat Asar, manakala ada 'kaki-kaki' yang pergi ke kedai untuk mendapatkan bekalan. Dipendekkan cerita, habis saja solat kami berkumpul di tepi padang berbincang strategi bersama coach. Tapi tidak disangka coach kami, Cikgu Nawik tahu ada segelintir pemain yang menghisap rokok. Dengan tegas beliau menyuruh kesemua pemain beratur..dan beliau telah pergi dari seorang pemain ke seorang pemain, sambil meminta pemain itu menghembuskan nafas ke arah coach. Cara yang sangat praktikal untuk mengesan pemain yang merokok, dan coach mempunyai daya tahan bau yang tinggi maklumlah bukan kesemua bau napas pemain ini wangi. Kebetulan aku tidak memakan petai kalau tidak coach akan detect bau petai. Beberapa pemain telah mengaku sendiri..

..bersambung...

0 comments: