Tuesday, July 31, 2012

Peribahasa baru

Shahrizat punya lembu, Rafizi kene tangkap

Wednesday, July 25, 2012

Logo paling bangang..

Aku rase budak-budak hardcore graphic pasti akan memberi kutukan yang sempurna kepada pembuat logo hari merdeka tahun ni. Aku bukanlah terer bab graphic-graphic tapi bila tengok je logo ni, satu makian yang tinggi terkuar dari mulut aku dan mengurangkan pahal apuasa. Nampak sangat macam budak darjah 6 yang reka logo ni. Tambah parah bila tema yang digunakan adalah tema untuk satu parti politik yang digunakan untuk memancing undi. Lagi aku tambah panas. Apekejadah dah desperate sangat ke, dah takde tema yang sesuai kah?..Memang ABU..!

Thursday, July 19, 2012

Basyar is a murder of Sunni in Syria

Inilah orang yang paling kejam lepas Radovan Karadzic, yang bunuh sedara Islam sendiri. Walaupon dia ni muslim , tapi dah sesat sebab mengamalkan ajaran syiah yang dah total lost. Syiah alawi yang dianuti ni dah ada unsur2 penyembahan majusi dan lebih teruk ada agenda-agenda Zionis di dalamnyer. Dan jugak dibelakang Basyar ni Iran, China dan Rusia membekap laknat Basyar ni. Iran dah terang-terang memang syiah, menggalakkan Basyar ni membunuh orang Sunni. Aku harap pejuang-pejuang Pembebasan Syira (FSA) dapat membunuh Basyar ni, yang telah mneyembelih, merogol,membunuh warga Sunni di Syria. Penerangan pasal hal di Syria:

Salam Ramadhan

Rasa sekejap je setahun, bila bulan Ramadhan datang lagi. Ingat lagi tahun lepas aku, berpuasa dengan Faris n Fatih je, sebabnyer orang umah aku kene stay kat hospital atas sebab pendarahan masa pregnant. Aku rasa itu ujian paling berat aku kene hadapi dalam bulan puasa tahun lepas. Semua aku kene buat sendiri. Alhamdulillah dapat jugak menyelesaikan ibadah di bulan puasa tahun lepas. Tahun ni alhamdullah semua dapat berkumpul, malah dengan tambahan ahli baru oaoatu Muhd farhad Zameer yang genap 12 bulan 25/7 ni. Dan alhamdullah tahun dapat juga berpuasa di rumah yang baru diduduki tak sampai sebulan berpindah, di Salak Tinggi.

Thursday, June 21, 2012

JU 1464

Sedang aku membelek-belek group kete lama kat Facebook, tiba-tiba ternampak x-kete aku ni diiklankan di dalam group tu. Yang menariknyer kaler masih berkilat, rim masih deep dish akan tetapi harga telah melambung tinggi. Agak mencarut juga harga yang ditawarkan oleh owner baru tu untuk sebuah kereta tahun 1978 dan hanya berkapisiti 1400cc. Tapi tak tau la mungkin owner dah menukar ke enjin rotary 13B atau 12A.

Pulang awal

Seperti sedia maklum..Euro2012 merupakan kempen Euro paling buruk dalam team Belanda. Greece pun boleh masuk quater final. Seperti biasa macam-macam spekulasi yang paper keluarkan. Dan yang paling nyata adalah terdapat disunity didalam team Belanda tu. Takpelah..lepas ni harap team Belanda akang bangkit, meneruskan kempem kelayakan Piala Dunia 2014. Belanda diundi satu team ngan Turkey dan 3 negara lain, aku dah lupe...Lepas ni aku tetap bangun malam untuk menonton perlawanan perlawanan Euro seterusnye.. walaupun team Belanda dah out.

Thursday, June 14, 2012

Tewas..

Aku rase Euro kali ni merupakan Euro paling teruk team Belanda. Selepas 2 game, dan kalah kedua-dua game, berkemungkinan besar akan tersingkir awal. Biasa pada kejohanan-kejohanan besar, team Belanda paling tidak pun dapat masuk quater final. Aku tengok start diowang mula buat frenly game sebelum Euro ni pon team ni dah agak goyang. Dari 5 game tak silap aku hanya menang sekali dan seri sekali. Tak seperti mase kempem kelayakkan tahun lepas Belanda jadi juara kumpulan. Dari ape yang aku perhati team Belanda ada beberapa sebab kenape tak bleg pegi dalam Euro 2012 ni. 1. Belanda takde top striker yang wibawa spt Ruud Van Nistelroy.Van Persie tak bleh diletakkan di posisi striker sebab masa main kat Arsenal dia bayak main wing. 2. Defend Belanda kurang mantap/tak mantap. Seorang defender perlu ada karektor seperti Jaap Stam dan VanBronckhosrt. Tapi team ni takde..harap Jhon Heitinga je. 3.Kurang semangat dan salah tektikal. Corak game Belanda pada Euro ni memang lain dengan mase World Cup 2010 dulu. Mungkin ada yang tak puas hati dengan cara coach. 4. Midfield kurang kreatif mencipta peluang. Wesley Sneijder kali ni caples dan gagal menyaingi pemain tengah pihallawan.. Serba sedikit analisa dari aku...ada satu game lagi lawan Portugal..harap menang. Seperti biasa fans-fans Germany bersorak girang bila dapat kalahkan Belanda.