Tuesday, January 4, 2011

Minyak masak ultra malaya


Salam tahun baru 2011. Seperti tahun-tahun lepas aku sambut tahun dengan dengkuran maut di dalam bilik tidor je, manakala anak dan isteri aku tengok bunga api dari umah. Boleh la nampak Putrajaya punya sambutan tahun baru dari umah aku sebab umah aku tingkat 7. So nampak la bunga2 api tu bertebaran di udara.
Semalam aku pegi 1 pasar mini kat area umah aku untuk berbelanja dapur. Seperti biasa aku akan beli minyak masak. Tapi tempat biasa yang aku ambik minyak masak tu dah kosong. Tanya pekerja keda dia cakap stok minyak masak abis bang..Memang 2-3 hari ni berita pasal kekurangan minyak masak disiarkan. Tapi aku tak sangka sampai area umah aku pon dah abis. Lepas pegi 3-4 kedai kedai ke 4 baru la dapat. Itu pon selepas aku merayu dengan muke kesian kat pekerja kedai. Dia suruh aku tunggu kejap, lepas 5 minit dia datang dengan muke tersengih bawak 1 beg plastik minyak masak jenama ape ntah. AKu mintak 3 bungkus, dia cakap limit boleh beli 2 aje. Haram tul. Simpan stok rupenyer, tunggu pengumuman kenaikkan harga minyak masak la tu. Aku rase mana2 tempat pon menghadapi masalah sama. Dan berita kelmarin ke bile, ada pengumuman harga minyak masak akan naik. What the F..memang Barang Naik tul.

0 comments: