Minggu ni tempat keje aku buat liga antara staff. Tiap-tiap tahun memang buat time student cuti. Semua staff department yang lelaki akan dipilih untuk diundi dalam lima kumpulan. Aku dapat kumpulan no 5. Tahun ni name team diberi nama sahabat nabi dan khalifah. Mula-mula ada yang cube protes sebab menggunakan name khalifah. Tapi lepas bertemu dan mintak pandangan dengan pakar-pakar agama dan ustaz, maka name tersebut digunakan. Tahun lepas team aku jadik cempion tahun ni tatau..1st game pon dah kalah.

Gambar di atas team aku, team Khalid Al-Walid. Dalam team ni ada 2 player botak. Brader yang cangkung no 37 tu bekas pemain Johor FC, lutut dah 2 kali operate..agak panas baran brader ni tambah2 bile kene tackle. Yang keeper pakai baju oren mirip Pepe Riena tu player sandaran je, lepaskan 4 gol mase 1st game. Terus kene tukar.
1 comments:
Ford TX3 Jerung...Kereta idaman masa tahun 2001
Post a Comment