Sunday, February 27, 2011

Ipoh City

2 minggu lepas turun Ipoh. Aku memang jarang aku turun sane. Last pegi tahun lepas kat Taman Meru, kawan kahwin. Kali ni pergi sebab nak tengok kete lama yang dijual kat Tasek, Ipoh. Sempat jugak singgah ke Mee Rebus Ramli. Memang sedap lebih kurang macam mee rebus mastan Ghani, Teluk Intan. Denagr citer kawan-kawan kat ipoh ada jual nasik Ganja, aku tak sempat try. Maybe lainkali. Petang plak ronda-ronda area stadium dan padang Polo. Gile padang Polo ni depan ada jirat China lama. Aku rase budak-budak Black Metal Ipoh amik gamba kat jirat ni kot. Tepi jalan je. Ape pon Ipoh memang banyak keter-keter lama. Patut la banyak sparepart kete lama dijual di asal dari Ipoh.




Friday, February 25, 2011

Sacrament of wilderness

Hujan lagi petang Jumaat. Semalam petang pon hujan. Mungkin peralihan Monsun barat daya dari bulan Januari hingga ke March. 2-3 hari ni balik keje aku kene hujan je. Balik umah kesejukan terus pekena kopi Radix dicicah biskut lutut. Semenjak dah menletgokan CT, aku macam biasa balik jadik rempit tegar. Skang tengah servey kete2 lama yang harge lebih murah dari TV LED Sharp Aquos dan lebih murah dari motor Yamaha LC. Masih belom bertemu jodoh.

Minggu ni tempat keje aku buat liga antara staff. Tiap-tiap tahun memang buat time student cuti. Semua staff department yang lelaki akan dipilih untuk diundi dalam lima kumpulan. Aku dapat kumpulan no 5. Tahun ni name team diberi nama sahabat nabi dan khalifah. Mula-mula ada yang cube protes sebab menggunakan name khalifah. Tapi lepas bertemu dan mintak pandangan dengan pakar-pakar agama dan ustaz, maka name tersebut digunakan. Tahun lepas team aku jadik cempion tahun ni tatau..1st game pon dah kalah.

Gambar di atas team aku, team Khalid Al-Walid. Dalam team ni ada 2 player botak. Brader yang cangkung no 37 tu bekas pemain Johor FC, lutut dah 2 kali operate..agak panas baran brader ni tambah2 bile kene tackle. Yang keeper pakai baju oren mirip Pepe Riena tu player sandaran je, lepaskan 4 gol mase 1st game. Terus kene tukar.

Sunday, February 13, 2011

Mathephobia.

Seperti orang lain yang mempunyai ketakutan pada sesuatu, aku pon ada ketakutan itu. Kalau orang lain ada Acrophobia (gayat), Hidrophobia (takut pada air) aku lak kene Mathephoba. Apa itu Mathephoba? Mathephobia atau math phobia adalah gejala dimana seseorang itu amat takut untuk melihat nombor-nombor serta simbol-simbol Matematik samada di dalam kelas atau di peperiksaan. Dan aku adalah salah seorang pengidapnya.Boleh ke dikatakan pengidap?. Ntah aku pon tak pasti. Yang nyata subjek Matematik merupakan subjek yang susah aku nak paham. Bermula dari UPSR, keputusan subjek Matematik aku tak berapa bagus. Dan bila masuk sekolah menengah, mata pelajaran matematik lebih advance aku boleh tangkap 40% je dari apa yang cikgu ajar. Dan kesudahannya keputusan PMR aku untuk subjek Mate tak la begitu memuaskan walaupon masih lulus. Masuk plak tingkatan 4 dan 5, aku masuk kelas aliran sastera, gile hape nak amik kelas sains. Belajar matematik moden je. Tak ambik pun Matematik Tambahan. Belajar Matematik moden pon aku pening apantah lagi matematik tambahan. Tapi alhamdulilah SPM untuk subjek matematik aku lulus tapi tak kredit. Malu rasenyer dengan kawan2 yang dapat kredit matematik.Dah tak dapat kredit memang susah la nak apply mane2 Institusi Pengajian Tinggi Awam. Alternatif lain masuk la IPTS. Masa belaja di IPTS di Melaka, aku ingat dah tak payah ambik matematik, rupenyer ada jugak subjek Discrete Math. Tapi lulus jugak subjek walaupon pointer tak baper cantik.
Semalam aku attend kuliah part time aku, jumpe lagi subjek berunsurkan matematik. Memang tak boleh lari. Yang ni lagi payah ada nombor, ada simbol, ada graf dan kene buat pengiraan. Jadah tul. Nak tak nak kene kire jugak.

Monday, February 7, 2011

Bila bunga di petik orang


Tajuk entry yang agak kudus. Ini disebabkan petang ni mungkin ada orang datang ke umah aku untuk merisik cik CT. Pagi tadi individu tersebut telah menelifonku. Kalau risikkannyer berbaloi mungkin cik CT akan menjadi hak orang lain..

Saturday, February 5, 2011

Coup de 'tat



Chaos sane sini..batu berterbangan..gas pemedih mata meluncur ke udara..darah mengalir pekat..
Untuk orang atas yang berkenaan..cukup2 la 30 tahun berkuasa, mengaut kekayaan negara, rasuah sane sini, menindas ulamak, jadi tali barut Israel...kemiskinan merata-rata..rakyat dah tak sukakan kamu..