Sunday, January 20, 2013

Riang Ria Hujung Minggu

Terasa lama bener aku tidak mengupdate blog. Password pon aku hampir-hampir terlupe. Macam biasa tahap malas yang tinggi adalah punca utama. Hari ini baru terlintas nak update, disebab Sabtu lepas aku seisi keluarga menggunakan pengangkutan awam untuk ke KLCC. Aku lama juga aku tidak menggunakan pengangkutan awam terutama ERL dan LRT. Memandangkan rumah aku dekat ngan stesen ERL Salak Tinggi, dan atas cadangan orang rumah aku untuk membawa anak-anak menaiki ERL, tepat jam 11.00 pagi kami sampai di stesen ERL Salak Tinggi membeli tiket untuk menaiki ERL. Mujur tak ramai penumpang. Mungkin disebabkan harga tiket yang agak mahal. Ye memang mahal, untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak jumlah tiket adalah RM37.00 untuk sehala. Bukan Kedekut tapi RM37.00 tu boleh buat beli susu Anmum Farhad. Manakala Farhad yang berumur setahun lebih tidak dikenakan apa-apa cas. Setelah menunggu hampir 10 minit ERL yang di tunggu sampai. Agak kelam kabut juga memastikan anak-anak naik, takut tertinggal. Suasana dalam ERL amat selesa sekali. Dengan pendingin hawa yang sederhana sejuk, diselang seli lagu, serta bunyi geselan landasan dan tayar ERL menyebabkan perjalana selama 20 minit ke Kl Central tidak terasa. Sampai di KL Central, kami pun pergi ke bahagian LRT. Puas aku mencari signbod LRT, tak ada. Rupenya name LRT dah ditukar ke RapidKL. Aku ingatkan RapidKL untuk bus sahaja, LRT pon diowang tukar RapidKL. Nampak benar aku dah lama tak pergi Kuala Lumpur. Dan sekarang penggunaan tiket juga telah dihapuskan, sekarang pakai token. Macam token di kedai game game Simpang Empat. Suasana dalam LRT/RapidKL agak sesak dengan penumpang yangnaik disetiap destinasi. Paling amai di hentian Kampung Baru, kampung di tengah-tengah kota metropolitan, dan aku pernah tinggal disitu bersama rakan-rakan dari kampung menyewa rumah ditemani anai-anai dan juga lipas. Tiba di stesen KLCC ramai penumpang yang turun. Kebanyakkan remaja-remaja. Pelbagai fesyen dapat dilihat. Ada yang gertudung tapi berseluar ketat, ada yang berseluar pendek. Ini salah satu punca aku tak selalu membawa anak-anak berjalan di pusat membeli belah. Pemandangan yang boleh merencatkan mata bapak dan mempengaruhi anak-anak. Jam 12.00 lebih kurang tiba di kedai hotdog 1901. Kedai ini adalah kedai fancais dimana orang rumah aku menyelia dan memantau akaun syarikat induknya. Selesai membeli, kami bergegas ke taman di luar KLCC. Mujur cuaca mendung, sempat juga aku mengambil beberpa foto KLCC yang tersergam indah. Simbol kemajuan Malaysia dan juga tempat berkumpul para demonstrate seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat minggu lepas. Lelah melayan anak-anak dan gerimis mengundang kami bergegas menuju ke KLCC kembali dan menuju ke stetsen RapidKL. Puas jugaklah dapat membawa anak-anak melihat bangunan tinggi, menaiki ERL dan juga melihat gelagat manusia.

0 comments: