Friday, October 12, 2012
Si putih ke30
Dah hampir 3 minggu aku tak bawak kete ni gi balik keje dgn antar Faris gi sekolah. Aku terpaksa hantar ke bengkel untuk menukar part yang dah wear n tear. Antara yang dituka adalah abosber belakang, brake lining, bushing belakang, brakepad depan, absober depan dan jugak gearbox dari 4 speed tukar ke 5 speed. Pakai gearbox 4 speed ni rasa macam enjin mengaum dan minyak pun agak kuat walaupun aku pengguna tegar Ron95 yang diwar-warkan menjimatkan petrol dan lebih kilometer. Kebiasaannyer kalau hantar bengkel amik masa dalam seminggu dua je, memandangkan bengkel yang aku hantar ni sorang je pomennyer makan kerja-kerja agak perlahan progressnyer. Itu nasib aku baik kedai-kedai spare part kat Dengkil masih lagi menjual barang keter-keter lama ni, tengok dari kedainyer pon memang dah lama bertapak disitu.
Part-part diatas adalah untuk setup suspension belakang, yang macam U-shape tu adalah untuk ikat block besi yang akan merendahkan kereta. Ke30 ni menggnakan spring duan so takde coil spring untuk dipotong.
Tuka brake lining
Longsap dgn gearbox lama dah bukak
Slam- Gerimis mengundang..
Tuesday, September 18, 2012
Dunia kaset hari Malaysia
Cuti hari Malaysia lepas, 2 hari melayan open house sampai sebu perut, manakala hari Isnin aku stay kat rumah je kemas-kemas apa yang patut. Tengah mengemas ada 1 kotak berisi hifi dan juga kaset-kaset lama aku. Cek-cek kat hi-fi, dah tak boleh pakai, tanya member susah nak carik barang so aku amik keputusan jual kat besi buruk, dapatla RM10. Manakala kaset-kaset pulak banyak yang dah terbelit pitanyer. Nak dibuang agak sayang jugak, bukan ape banyak kaset2 ni dibeli melalui kiriman pos dan atas kepercayaan abang posmen. Duduklah aku mengadap kaset dan cuba membetulkan kembali pitanyer. Menggulung pita kaset memerlukan kesabaran yang tinggi. Belum dikira dengan gangguan dari anak-anak. Setelah hampir sejam aku berjaya menyelamat beberapa kaset. Bukan apa , memandangkan kereta aku takde cd player jadi lebih eloklah aku menyimpan kaset-kaset ini.
Ketelitian amat diperlukan...
Yang dah siap diletakkan di center console KE30
Head unit lama
Lagi-lagi pasal isu kete lama
Kalau dulu aku penah pos pasal insuran kereta lama yang tinggi, 2-3 hari lepas timbul pulak isu pasal nak melupuskan terus kereta-keret lama ni dia tas jalan raya di malaysia ni. isu ni ditimbulkan oleh mamat dari DRB-Hicom aku tak ingat sape name dia dan dengar mamat ni baru dilantik jd pengerusi DRB Hicom. Atas alasan kereta-kereta lama ni kurang selamat dari aspek-aspek keselamatan mamat ni telah membuat cadangan mengetatkan pemeriksaan kereta lama ni bila renew roadtax. Pada aku cadangan ni mmg elok ..tp janganlah pulak untuk kereta lama jugak, kereta baru pon kene la menjalani pemeriksaan yang ketat. Kalau tengok yang banyak accident adalah kereta-kereta baru. Tak dinafikan kereta lama ada jugak yang accident tp dalam bilangan yang kecil
Aku pasti peraturan yang ketat ni akan menyebabkan pemilik kereta lama akan menjadi fedup lantas melupuskan kereta masing-masing..itu yang diharapkan oleh pihak DRB juga salah satu cara halus yang diguna pakai oleh orang-oranag atasan ni. Pada aku aku semua ni adalah untuk menaikkan kembali penjualan proron yang semakin merundum akibat bank mengettakan syarat2 pinjaman kenderaan,selain tu untuk menkayakan kroni-kroni yakni vendor-vendor proton.
Pendapat aku senang je, nak bagi rakyat pakai kereta baru terutama proton turunkan je harga kereta ikut harga seperti di Arab Saudi. Ada bran?..
Thursday, August 30, 2012
Perutusan Hari Raya
Aku baru jumpe kat Radio bangsar Utama punyer web, perutusan Hari Raya dari blogger Tukar Tiub, walaupon dah masuk minggu ke 2 raya...enjoy.. Kah..kah.kah
Monday, August 27, 2012
Aidilfitri 2012
Rasanya tak terlambat untuk aku dan family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupon dah masuk raya ke 10 hari ni. Alhamdulillah tahun ni dapat menyambut Aidilfitri di kedua-dua kampung yakni Sungai Tiang Darat dan juga Peserai, Batu Pahat. Aku start cuti hari Jumaat, dan balik ke Sungai Tiang pada Jumaat tengahari, singgah di Sungai Besar untuk beli baju anak-anak serta tudung ibu anak-anak. Sampai di rumah dah lepas buka puasa, namun masih ada lagi soto yang dimasak oleh ibunda disediakan untuk kami.
Raya ke 2 petang gerak balik ke rumah di Salak Tinggi, ikut hati nak je travel terus ke Batu Pahat tapi disebabkan jem di Tanjung karang perjalan yang sepatutnyer 3 jam jadi 6 jam. Sampai di Salak Tinggi dah pukl 2 pagi. Tidur je la jawabner. Esoknyer jam 8 pagi baru gerak ke batu Pahat, dan yang bestnyer plus hiway kosong clear.
Syukur sais pinggang aku belum meningkat lg selepas raya ke 10 ni...
"memang tak leh ubah la style bergambo"..
Sunday, August 12, 2012
Lagi raya
Aku rase dalam banyak-banyak lagu raya, lagu raya ni spesel skit, cover by Metalika..Tak sangka James Hetfield pon tangkap leleh ngan lagu ni dari arwah S.Jibeng ni.
Friday, August 10, 2012
21 Ramadhan
Terasa cepat sungguh Ramadhan berlalu. Aku rasa baru minggu lepas je beli kuih kemboja kat pasar Ramadhan Selekoh, padahal aku beli masa 1st day puasa aku balik kampung. Kuih kemboja Selekoh memang tiada tandingannyer yop.
Anak anak makin teruja nak sambut raya. Tahun lepas diowang balik kampung tanpa ibu dan ayahnya. Tahun ni insyallah beraya di Bagan dato dulu, pastu baru ke batu pahat. Cuaca pon makin lama, makin panas, makin berat cabaran dan dugaan. Yang pasti 10 malam terakhir ni patut diperbanyakkan iabadat-ibadat malam, bukannyer sibuk dengar lagu raya, sibuk shoppong dan sibuk buat janji-janji. Patern orang Islam Malaysia ni, awal-awal Ramadhan je penuh surau dan masjid, dah smapai pertengahan tinggal separuh saf, ujung-ujung tinggal la pak imam, tok siak dengan ahli jawatankuasa masjid...sedih...
Subscribe to:
Posts (Atom)

