Monday, December 22, 2008

mesin utk merempit




Hari ni aku kene OT dari kol 6 ptg sampai 8.30. Tade keje aku pon post la gamba moto aku ni. Walaupon aku bukanlah dikategorikan sebagai mat rempit tegar tp kadang2 kalau ada roadblock aku mesti kene tahan dan jadik suspek. Macammane ppon aku terpakse je merempit gi keje kerana inilah satunya alat pengangkutan yang aku ada. Honda Wave 100c Type R single cam bercarburetor dung. Dah 2 tahun aku pakai moto ni dan alhamdulillah tiaa kejadian2 yg tidak diingini berlaku. Mintak2 dijauhkan. Sebenarnya aku phobia skit naik moto ni..tambah2 kalau ada lori trailer potong aku. Memang aku cuak. Tulah sebb aku bawak moto paling laju 80km/h, sampaikan makcik2/awek yang naik motor Kriss selamba 'tapau' aku. Bila aku citer kt Nazim "harini aku bawak motor paling laju", "baper ko bawak" dia tanya.."80km/h" aku jawap...dia bantai gelak. pada itu speed limit aku.hehe
Dalam perancangan aku nk letgo motor ni tp lom servey2 harge kt kedai baper leh amik. Kalau kene dgn harge agak munasabah mungkin aku jual. Lintau nak amik tp dia nak RM1000 je mane dapat..Kalau jadi jual aku nk pakai Honda CBR lak..atau Yamaha R1 baru konpident korner dan aku nk repeat kt makcik bawak Kriss tu. Huahha

* Gambar atas sekali tu bakal pengganti Valentino Rossi

0 comments: