Monday, December 22, 2008

Sekolah lama 2





Okeh..tahun 1991 dgn rasminyer aku naik ke form 1. Setelah mendapat result UPSR yg tak baper best dan tak dapat tawaran dari mane2 asrama penuh aku pon bersekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Assyariah di Batu 20. Sekolah ini terletak kire2 15km dari umah aku. Pepagi kol 7 dah start mengayuh beskal bersama 2-3 org member kampung yg satu sekolah. Sampai pekan Selekoh tunggu bas dari Bagan Dato. Tambang dari Selekoh ke Batu 20 kalau tak silap aku 50 sen je mase tu.
Dekat 2 bulan aku sekolah kat sini, satu hari dapat surat tawaran dari Sekolah Agama kt Slim River tp sekolah tu blom siap. Jadi dalam surat tu tulis aku ditempatkan selama 3 tahun (sampai form 3) di Sekolah Menengah Khir Johari (SMKJ) dalam aliran rancangan Khas agama (RK) sementara menunggu sekolah itu siap. Jadi aku pon pindah la ke SMKJ. Menurut sumber2 cikgu aku, mereka yg dapat tawaran sekolah RK ni insan terpilih so aku antara yg dipilih gak..hinshh..hinsh..Bermula la kehidupan aku kt asrama SMKJ. Kelas RK ni ada 2 kelas je Agama 1(A1) dgn Agama 2(A2). Aku ditempatkan di kelas 1A1 dari form 1 sampai form 2. Mase form 2 aku dipakse join main hoki utk team sekolah. Sukan yg tak pernah terpikir aku dan member2 nk main. Tapi berkat usaha dan latihan tak jemu2 rupenyer sukan ni mmg best. Tambah2 siap ada kayu kalau gadoh mmg senang nak hempuk kepala. Aku volunter main jd keeper sebb maleh nk lari dan skill drible aku hanya 30% je. 1st time pakai kostume keeper dah mcm robocop.Detik paling manis aku main hoki mase form 3 bile SMKJ jadik johan peringkat daerah. Team sekolah aku kalahkan team Semesti(Sek.Men Sains Teluk Intan) yg juga merupakan pasukan paling digeruni kt daerah hilir Perak. Pada peringkat separuh akhir sekolah aku kalahkan Sekolah St Anthony Teluk Intan. Ni pon sekolah yg power dan separuh player diowag main utk state Perak. Lepas menang peringkat daerah, pergi peringkat negeri..lawan team2 dari daerah lain. Ternyata bermain di padang astratoft buat kali pertama kt Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh membuatkan pemain terleka dan melopong. Team sekolah aku kalah pada peringkat awal dan lebih malang sebelah malamnye beberapa player telah ditangkap akibat merokok di bilik penginapan akibat tekanan perasaan.
Lepas dapat result PMR, aku amik keputusan utk stay kt sekolah ni. Lagipon aku mintak sekolah teknik/vokay tp kene reject. Form 4 aku masuk aliran kelas aliran sastera, iaitu 4 Geografi(4G) sampai la form 5 dan aku masih duduk asrama sekolah. Dalam 2 tahun tu aku dah slow bersukan..aku masuk team hoki je tupon sebagai reserve player. Tp tugas2 kt asrama makin byk plak. Maklum la dah senior. Aku dilantik sebagai Ketua Biro Kebajikan dan Agama merangkap Tok Siak. Tugas2 aku adalah bentang sejadah sebelum solat Maghrib, on kan Microphone utk Azan, jemput ustaz2 beri ceramah,Azan waktu Subuh ( tu pon kalau aku bangun awal) dan bersihkan surau tiap2 hari minggu. Banyak jugak kenangan semasa duk hostel SMKJ terutama mase form 5. Mana la pegi member2 lama terutama Razikin, Amat, Rohman, Joni, Azwan, Sani, Jamal etc..

0 comments: