Monday, December 22, 2008

Sekolah lama




Tak lama lagi sesi persekolahan akan bermula..sempena sesi sekolah ni..kat sini aku nak buat satu tribute/penghargaan kat sekolah2 lama aku (old school)..Mula2 sekolah rendah. Aku masuk darjah satu pada tahun 1985 di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat (SKSTD). Dari derjah 1 sampai derjah 6 aku di masukkan ke kelas Merah. Setiap darjah ada 2 kelas je iaitu Merah dan Kuning. Kelas Merah ni boleh dikatakan kelas budak2 yg separa bijak je manakala kelas Kuning dikire kelas untuk budak2 yg mempunyai tahap IQ yg agak tinggi walaupon tak sume mempunyai IQ yg tinggi (kurang minum Anmum Essential) kot. Masa derjah 1 sampai 3 aku tak aktif langsung bersukan malah lebih byk main kt kelas dari belaja.hehe. Masuk darjah 4 kire aku dah matang skit sebab aku dah bersunat (aku sunat mase cuti akhir tahun dan antara pioneer dlm scene sunat dikalangan member2). Darjah 5 aku start aktif bersukan..disebabkan tubuh badan aku ni yg agak tinggi dan besar mase tu memudahkan aku dpt masuk pasukan bola sekolah mase selection. Aku ditempatkan di posisi pertahanan kanan. Waktu tu main kaki ayam je.Kalau ada kasut pon gune kasut gi kebun bapak aku yg ada stad. Selain itu aku pon mewakili sekolah acara olahraga untuk sukan antara sekolah2 Daerah Hilir Perak. Aku masuk acara 4x100meter dgn lompat jauh.
Mase darjah 6, budak2 yg top 5 di dalam kelas kuning telah dimasukkan ke kelas Merah, atas tujuan persaingan belaja. Mase tu kelas Merah kire jadi kelas utk budak2 yg bijak jugak la..aku pon kire bangga gak masuk kelas tu. Darjah 6 aku still aktif sukan dengan mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak. Mase ni aku telah dilantik jd kapten pasukan beserta dinaikkan ke posisi striker, oleh kerana skill menggelecek 'celah kangkang lawan' aku dpt dikesan oleh jurulatih aku yakni Cikgu Haris. Selain itu aku aktif gak main bola tampar utk sekolah...dan membantu sekolah jadi naib johan pertandingan bola tampar daerah Hilir Perak zon 4 kalau tak silap aku. Aku juga dilantik sebagai ketua pengawas sekolah mase tu..aku pon tatau ape kriteria aku yg membolehkan aku dilantik jadi ketua pengawas ni. Tahun 1990 mase tu aku darjah 6, tahun akhir aku kt sekolah rendah...lepas abis UPSR dan abis sekolah aku pindah ke Sekolah Menengah Khir Johari. Jasa dan bakti cikgu-cikgu antara yg aku ingat Cikgu Haris, Cikgu Sabri, Teacher Anne, Sir Robert Walter, Cikgu Jamil, Ustazah Masfufah dan guru besar Cikgu Nordin memang tak dapat dilupakan..

Sambung ke Sekolah menengah...

0 comments: