Tuesday, December 7, 2010

Temasik ..Day 1

Dah ada pasport..pelagi pegi luar negara la..Negara pertama yang aku lawati..Singapura je..kebetulan abang ipar aku ada pesentation kat sane so ikut family akak aku sekali ngan adik2 aku. Sebelum tu beberapa fakta mengenai Singapura yang aku ingat mase belaja subjek Sejarah mase sekolah dulu..

1. Pernah dikenali sebagai Temasik
2. Pernah jadi sebahagian Malaysia sebelum kuar Malaysia dan jadi negera Republic
3. Studio Jalan Ampas ada kat Singapura
4. Javanese emocore mula kat Singapura ..band RedKedge
5. Stamford Raffles orang Ingeris pertama jd Gabenor Singapura

Bertolak ke sane hari Jumaat malam naik KTM Senandung Malam. Ketapi ni ada tempat tido macam dorm asrama. Siap ada tandas. Perjalanan bermula di hentian KTM Kajang jam 11.30 dan sampai di JB Sentral jam 7.30 pagi. Orang Imigresen masuk ke dalam train untuk check passport. Lepas tu sambung lagi menuju ke Woodlands. Kali ni penumpang kene turun bawak beg untuk check Imigresen dan Kastam SIngapore. Nampak beberapa pegawai dengan wajah serius serta ada membawa bersama anjing Rotweller yang cukup besar. Alhamdulillah semua ok..masuk semula ke train dan menuju ke stesen KTM Tanjung Pagar.
Hujan turun dengan lebat masa kat Tanjung Pagar. Rileks2 jap kene sarapan dulu kat setesen Tanjung pagar sambil melihat bangunan yang cantik senibina orang Inggeris. Dapat teksi van dan menuju ke hotel penginapan. Sampai di hotel dalam jam 11.00 pagi. Patut check in dalam jam 12.00pm ikut masa booking. Nasib baik diowang bagi masuk awal. Boleh tido2 dan mandi2 dulu.
2.30pm anak2 dah start bosan duk kat hotel, hujan pon dah nak benti. So pakat2 ngan akak aku pegi jalan kat Geylang Road. Ikut citer situ kawasan paling orang Melayu dan makanan pon banyak. Naik teksi kene 7 dolar. Pesan abang ipar aku lepas baya ape2 makan ke teksi ke baju jgn comparekan ngan duit Malaysia, kalau compare kompem nangis. Kat Geylang ni ada 1 bangunan dikenali Geylang Serai, ni lebih kurang mcm Pekan Rabu kat kedah n Pasar Payang kat Ganu la. Banyak jual2 baju,pakaiian muslimah dan obat2 kuat. Tapi aku tak berani nak try..





0 comments: