Thursday, December 9, 2010

Temasik..Day 3.

Hari Isnin, 6/12/2010. Hari terakhir aku kat Lion City. Kol 8.30 dah siap-siap. Anak2 paling teruja dan tak sabar, sebab hari ni nak pegi Universal Studio. Aku lak asik menyumpah bilik air hotel takde paip kat dinding. Jangankan paip air, getah paip pon takde. Agak susah untuk upacara pembersihan lepas melepas hajat. Terpakse gunakan kreativiti amik air dari sinki bergayungkan gelas dalam bilik air. Dari 1st day aku gune toilet kat Singapore ni sume tempat takde paip dinding. Abis camne diowang basuh...? Kol 9 lebey aku n bini aku turun ke cafe untuk sarap..Usha2 menu yang terhidang sekali terpandang blabla with Pork..terus rase loya tekak aku. Ada nasik goreng disediakan tapi aku was2 sebab kuali yang digunakan tu takut kuali sama digunakan untuk masak pork. Nasib baik ada roti bakar. Layan roti bakar dan buah buahan je la.
Lepas sarap, naik baik bilik tunggu akak n adik2 aku sarapan..20 minit kemudian mengangkut beg ke lobi untuk check out. Tumpang beg kat lobi hotel sebab maleh nak bawak beg banyak2 ke US.
Mintak tolong bell boy callkan teksi, dengan cepat teksi sampai. Perjalanan dari hotel ke Universal Studio dalam 20 minit. U.Studio ni kat Sentosa Island.
Sampai ke entrance U.S, orang dah Q panjang. Nak tanak terpakse jugak ikut Q. Nasib baik tiket dah beli online. nak menapak kat kawasan U.S agak jauh, terpakse sewa stroller yg boleh muat 2 orang, sewa SD15.00. Anak sedara aku pon duduk sekali jd 3 orang budak leh duduk. Senang keje tak yah dukung. Jalan-jalan keliling U.S sampai la petang sempat la tengok Shrek 4D, studio Steven Spielberg n taman Jurassic. KOl 7 sume dah penat, anak2 pon start meragam mintak itu mintak ini. Family aku n adik aku amik teksi terus pegi Tanjung pagar, akak n abang ipar aku gi hotel balik utk amik beg.

Bulan 2 ni Iron Maiden turun Singapore..kalau tau pegi bulan 2 .heh




Studio Steven Speilberg
Hot rod


Jum balik KL

0 comments: