Wednesday, December 8, 2010

Temasik..Day 2

Pagi Ahad, alhamdulillah cuaca baik, panas terang benderang, memudahkan buat aktiviti. Plan hari ke 2 ni nak ronda-ronda Merlion Park n Orchard Road. Lepas breakfast sume dah siap2 nak gi ke Merlion Park. Memandangkan sini tade keter sewa, aku mtk orang hotel tu call teksi. Tak sampai 10 minit teksi sampai. Memang efisyen teksi2 kat Singapore ni. Aku perati dari 1st day sistem pengangkutan awam kat SIngapore ni memang sistematik. Dan teksi2nyer plak bukan calang, dari Hyundai Sonata, Toyota Wish dan Merc E200 pon diowang buat teksi. Yang paling buruk Toyota Crown, tapi condition still mantap. Dari hotel ke Merlion park ambik masa dalam 20 minit tapi kebetulan hari tu ada Marathon banyak jalan tutup dan jem lagik 45minit baru sampai. Tu pon uncle teksi tu drop kat area Marina bay (tempat F1) Terpakselah menapak dalam 3km menuju ke Merlion park. Cuaca yang panas mebuatkan anak-anak aku dahaga, dahlah tade kedai2 minuman yang ada cuma Starbucks. Nak tanak terpakselah beli, gile kat Malaysia tak penah minum kat Starbuck sampai sane boleh minum plak.
Lepak2 dan ambik gamba kejap kat situ sambil tengok gelawat orang. Ramai yang datang dari Filipina, Indon, dan Thailand..mengikut slang yang aku dengar.
Lokasi seterusnya Orchad Road. Jalan kaki lebey kurang 1km ke bawah tanah sampai la ke stesen MRT. MRT mcm LRT kat Malaysia dan pengangkutan awam utama rakyat sane. Hari Ahad macam biasa la..ramai orang nk bershoping. Penuh gerabak MRT dengan macam2 bau. Sampai lokasi, aku leh simpul Orchad Road ni macam Bukit Bintang. Banyak shopping kompleks dan banyak warga asing berpeleseran kebanyakkan warga Filipino.
Jam dah dekat kol 4 ptg anak aku yang kecik start ngamuk2, letih mintak dukung je, aku pon naik leteh..last pusing2 kejap..cakap ngan org umah aku, balik hotel je la..Lagipon bekalan susu dah abis.
Area Marina bay

@ Merlion Park


Terowong menuju ke MRT