Sunday, December 26, 2010

Harimau Malaya 3-0 Garuda


Malam tadi aku rase kebanykkan rakyat Malaysia duduk depan TV1 tengok live bolasepak Malaysia lawan Indonesia.. Seminggu ni kebanyakkan paper2 bahagian sukan highlightkan pasal kebangkitan skuad Malaysia kali ni. Terus terang aku sebelum ni tak amik port pon pasal Piala AFF. Lepas Malaysia menang dengan Vietnam baru la aku aware skit. so baru tadi final first leg kt Stadium Nasional, Bukit Jalil.an Malaysia meang 3-0. Okla bawak bekal utk 2nd leg main kat Stadium Gelora Bung Karno yang aku agak penonton Indonesia akan menggila. Game tadi menghiburkan jugak. Tengah Malaysia memang bagus. Defend gak solid dan teratur..kalau kene attack je tengah pon sekali tolong. Bagi aku aku best player malam tadi si NorShahrul Idlan Talaha, S Kunalan dan pemain bek tengah Malaysisa tu sape ntah name. 1st half tade gol. Tapi mlaysia banyak attack cume tak tepat je. Separuh masa kedua lepas game stop kejap akibat penyokong kayu main laser2 kat keeper Indonesia. Sambung balik pemain Indo macam ilang fokus dan diambil kesempatan oleh pemain Malaysia untuk score.
Datuk Hasbullah Awang jadik pengulas memang A. Siap ada sound2 effect. Dan yakin sangat Malaysia akan menang. Igt datuk ada 90minit lagi..jgn terlampau kompident..

Wednesday, December 15, 2010

Trailer movie 2011

Tahun depan banyak citer wayang best2..Antaranyer kembalinyer Megatron mengkucar kacirkan dunia, Captain Jack Sparrow dengan ahli lanunnyer dan Encik Dominic dengan muscle carnyer..Dah lama aku tak jejak panggung wayang..biasa tunggu jela DVD citer tu kuar..
Fast Five

Transformers:Drak of the moon


Pirates of the Carribean 4

Thursday, December 9, 2010

Temasik..Day 3.

Hari Isnin, 6/12/2010. Hari terakhir aku kat Lion City. Kol 8.30 dah siap-siap. Anak2 paling teruja dan tak sabar, sebab hari ni nak pegi Universal Studio. Aku lak asik menyumpah bilik air hotel takde paip kat dinding. Jangankan paip air, getah paip pon takde. Agak susah untuk upacara pembersihan lepas melepas hajat. Terpakse gunakan kreativiti amik air dari sinki bergayungkan gelas dalam bilik air. Dari 1st day aku gune toilet kat Singapore ni sume tempat takde paip dinding. Abis camne diowang basuh...? Kol 9 lebey aku n bini aku turun ke cafe untuk sarap..Usha2 menu yang terhidang sekali terpandang blabla with Pork..terus rase loya tekak aku. Ada nasik goreng disediakan tapi aku was2 sebab kuali yang digunakan tu takut kuali sama digunakan untuk masak pork. Nasib baik ada roti bakar. Layan roti bakar dan buah buahan je la.
Lepas sarap, naik baik bilik tunggu akak n adik2 aku sarapan..20 minit kemudian mengangkut beg ke lobi untuk check out. Tumpang beg kat lobi hotel sebab maleh nak bawak beg banyak2 ke US.
Mintak tolong bell boy callkan teksi, dengan cepat teksi sampai. Perjalanan dari hotel ke Universal Studio dalam 20 minit. U.Studio ni kat Sentosa Island.
Sampai ke entrance U.S, orang dah Q panjang. Nak tanak terpakse jugak ikut Q. Nasib baik tiket dah beli online. nak menapak kat kawasan U.S agak jauh, terpakse sewa stroller yg boleh muat 2 orang, sewa SD15.00. Anak sedara aku pon duduk sekali jd 3 orang budak leh duduk. Senang keje tak yah dukung. Jalan-jalan keliling U.S sampai la petang sempat la tengok Shrek 4D, studio Steven Spielberg n taman Jurassic. KOl 7 sume dah penat, anak2 pon start meragam mintak itu mintak ini. Family aku n adik aku amik teksi terus pegi Tanjung pagar, akak n abang ipar aku gi hotel balik utk amik beg.

Bulan 2 ni Iron Maiden turun Singapore..kalau tau pegi bulan 2 .heh




Studio Steven Speilberg
Hot rod


Jum balik KL

Wednesday, December 8, 2010

Temasik..Day 2

Pagi Ahad, alhamdulillah cuaca baik, panas terang benderang, memudahkan buat aktiviti. Plan hari ke 2 ni nak ronda-ronda Merlion Park n Orchard Road. Lepas breakfast sume dah siap2 nak gi ke Merlion Park. Memandangkan sini tade keter sewa, aku mtk orang hotel tu call teksi. Tak sampai 10 minit teksi sampai. Memang efisyen teksi2 kat Singapore ni. Aku perati dari 1st day sistem pengangkutan awam kat SIngapore ni memang sistematik. Dan teksi2nyer plak bukan calang, dari Hyundai Sonata, Toyota Wish dan Merc E200 pon diowang buat teksi. Yang paling buruk Toyota Crown, tapi condition still mantap. Dari hotel ke Merlion park ambik masa dalam 20 minit tapi kebetulan hari tu ada Marathon banyak jalan tutup dan jem lagik 45minit baru sampai. Tu pon uncle teksi tu drop kat area Marina bay (tempat F1) Terpakselah menapak dalam 3km menuju ke Merlion park. Cuaca yang panas mebuatkan anak-anak aku dahaga, dahlah tade kedai2 minuman yang ada cuma Starbucks. Nak tanak terpakselah beli, gile kat Malaysia tak penah minum kat Starbuck sampai sane boleh minum plak.
Lepak2 dan ambik gamba kejap kat situ sambil tengok gelawat orang. Ramai yang datang dari Filipina, Indon, dan Thailand..mengikut slang yang aku dengar.
Lokasi seterusnya Orchad Road. Jalan kaki lebey kurang 1km ke bawah tanah sampai la ke stesen MRT. MRT mcm LRT kat Malaysia dan pengangkutan awam utama rakyat sane. Hari Ahad macam biasa la..ramai orang nk bershoping. Penuh gerabak MRT dengan macam2 bau. Sampai lokasi, aku leh simpul Orchad Road ni macam Bukit Bintang. Banyak shopping kompleks dan banyak warga asing berpeleseran kebanyakkan warga Filipino.
Jam dah dekat kol 4 ptg anak aku yang kecik start ngamuk2, letih mintak dukung je, aku pon naik leteh..last pusing2 kejap..cakap ngan org umah aku, balik hotel je la..Lagipon bekalan susu dah abis.
Area Marina bay

@ Merlion Park


Terowong menuju ke MRT

Tuesday, December 7, 2010

Temasik ..Day 1

Dah ada pasport..pelagi pegi luar negara la..Negara pertama yang aku lawati..Singapura je..kebetulan abang ipar aku ada pesentation kat sane so ikut family akak aku sekali ngan adik2 aku. Sebelum tu beberapa fakta mengenai Singapura yang aku ingat mase belaja subjek Sejarah mase sekolah dulu..

1. Pernah dikenali sebagai Temasik
2. Pernah jadi sebahagian Malaysia sebelum kuar Malaysia dan jadi negera Republic
3. Studio Jalan Ampas ada kat Singapura
4. Javanese emocore mula kat Singapura ..band RedKedge
5. Stamford Raffles orang Ingeris pertama jd Gabenor Singapura

Bertolak ke sane hari Jumaat malam naik KTM Senandung Malam. Ketapi ni ada tempat tido macam dorm asrama. Siap ada tandas. Perjalanan bermula di hentian KTM Kajang jam 11.30 dan sampai di JB Sentral jam 7.30 pagi. Orang Imigresen masuk ke dalam train untuk check passport. Lepas tu sambung lagi menuju ke Woodlands. Kali ni penumpang kene turun bawak beg untuk check Imigresen dan Kastam SIngapore. Nampak beberapa pegawai dengan wajah serius serta ada membawa bersama anjing Rotweller yang cukup besar. Alhamdulillah semua ok..masuk semula ke train dan menuju ke stesen KTM Tanjung Pagar.
Hujan turun dengan lebat masa kat Tanjung Pagar. Rileks2 jap kene sarapan dulu kat setesen Tanjung pagar sambil melihat bangunan yang cantik senibina orang Inggeris. Dapat teksi van dan menuju ke hotel penginapan. Sampai di hotel dalam jam 11.00 pagi. Patut check in dalam jam 12.00pm ikut masa booking. Nasib baik diowang bagi masuk awal. Boleh tido2 dan mandi2 dulu.
2.30pm anak2 dah start bosan duk kat hotel, hujan pon dah nak benti. So pakat2 ngan akak aku pegi jalan kat Geylang Road. Ikut citer situ kawasan paling orang Melayu dan makanan pon banyak. Naik teksi kene 7 dolar. Pesan abang ipar aku lepas baya ape2 makan ke teksi ke baju jgn comparekan ngan duit Malaysia, kalau compare kompem nangis. Kat Geylang ni ada 1 bangunan dikenali Geylang Serai, ni lebih kurang mcm Pekan Rabu kat kedah n Pasar Payang kat Ganu la. Banyak jual2 baju,pakaiian muslimah dan obat2 kuat. Tapi aku tak berani nak try..





Passport


Orang dah lama ada passport ni..aku umur dah hampir 33 tahun baru la merasa pegang passport. Tu pon setelah plan nk cuti2 ke Temasik..Buat passport skag kejap je..1/2 hari dah setel. Pegawai2nyer pon ramah ramah. Aku buat kt Pej Imigresen Batu Pahat. Kol 9 antar form kol 2 dah leh dapat ..