Thursday, June 24, 2010

Amarah pagi

Jam 6.00 pagi. Aku berada termenung di bilik termenung melepaskan hajat. Termenung sambil memikirkan apa yang akan aku buat hari ini. Termenung memikirkan apakah team Belanda akan bertemu Argentina di final World Cup nanti, atau adakah team Argentina akan terkulai layu ditangan team Mexico. Tiba-tiba.."Dam..dam..dam"..pintu fiber bilik termenung kene ketuk dengan rakus sekali. Aku tersentak dan terkejut. Sekali lagi diketuk."Dam..dam..dam"..kali ini deketuk dan disepak pintu tu. Seterusnya..aku terdengar suara Mohd Fatih Ziyad menangis mintak susu...sambil menendang-nendang pintu tanda protes aku lambat keluar.."adik nak susu cepat mintak ibu buat,," suara aku agak lembut..Sekai lagi Fatih Ziyad menangis dan menendang pintu.."suruh ibu buat la"..aku bersuara dengan nada agak tinggi.Fatih Ziyad tanak jugak menghentikan perbuatan menendang pintu. Nafsu membuang aku dah makin luntur..aku pausekan aktiviti aku kejap..basuh mane yang patut..bukak pintu.."pang!..tempeleng hinggap di pipi Mohd Fatih Ziyad dengan kadar yang tak baper laju..terus amik botol kat tangan dia..bancuh susu Dugro perisa coklat..Fatih Ziyad tersedu-sedu kene tempeleng..Tapi tangisannya dah berhenti sambil minum susu..
Aku memang otometik akan jadi ganas bila aktiviti dalam bilik termenung aku diganggu dan merencatkan keseronokkan meraikan kemenangan Belanda pagi tadi.

1 comments: