Wednesday, June 30, 2010

Project restorasi KE70





Secara tidak sengaja aku telah terbeli sebijik kereta Toyota KE70 tahun 1982/82 tanpa pinjaman bank. Pembelian tunai telah berlaku kerana harga kereta lama ini kurang dari RM5K. Kenapa beli kereta lama? Sebab utamanya adalah aku tanak berhutang lagi selama 7/8 tahun dengan bank. Yang keduanya aku beli kereta ini bukan sebab nak main drif atau autoshow. Aku beli kereta ni untuk kesenangan aku pegi UKM, Bangi tiap Sabtu dan Ahad. Tak daya naik moto, kebas bahagian bontot serta organ sulit. Kereta ini juga menjadi backup kalau kereta Viva ada problem.
Buat masa ini, insyallah ada rezeki aku buat body dulu. Biasalah kereta lama ini body karat, tapi kereta ni karat dalam 30% je. Lantai, wall kat enjin tak karat, tu yang penting. Enjin pon alhamdulllah ok. Aircon pon sejuk tahap aircon Panasonic Inverter. Enjin KE70 ini bersesasaran 1490cc. Dalaman kereta ni pada aku ok. Cuma warna je dah agak pudar. Plan untuk balut interior ni, tapi itu projek akan datang kalau ada rezeki. Insyallah akan aku update progress projek ni dalam blog ni.Projek pelan pelan kayuh..

p/s: SGHC ada tak sticker TRD ke TOM's ke?...jual murah2 leh? :)

2 comments:

Faizal Haji Ali said...

Aku pun setakat tampal sticker TRD beli kat kedai 2 ringgit jer...

Faizal Haji Ali said...

no plet memang lawa