Thursday, September 2, 2010

Katekan taknak #2


1995 aku form 5 dan stay kat asrama. Macam-macam karenah budak-budak asrama ni. Aku dilantik jadi ketua Biro Agama merangkap penjaga surau merangkap tok siak. Dah dapat title tu aku kene slowkan skit aktiviti isap rokok aku kat hostel. Walaupon kadang-kadang ketagih, aku masih dapat mengkontrol diri aku dari menghisap. Yelah dah jadi senior dan jawatan Tok Siak plak tu..kene la tunjuk contoh skit. Cumanya bila balik kampung je aku jadi heavy smoker. Tambah-tambah bile lepas makan dan luak-lauk yang pedas, kenikmatan menghisap rokok tiada tolok bandingnyer. Lpeas makan kompem aku hilangkan diri kejap pergi ke 'garaj' bapak aku merangkap port aku kat umah.
Tahun 1997-1998 aku sambung blaja kat Melaka. Merantau mencari ilmu serta cuba-cuba mencari cinta sejati. Seminggu duduk kat Melaka aku kene kejutan budaya. Budak-budak Melaka ni gaya cakap diowang agak kasar, sumpah seranah adalah mainan bibir diowang. Ingat lagi 1st time sorang budak tu panggil nama aku dengan panggilan 'lahabau', rase nak tendang je tulang rusuk budak tu dengan kasut Converse aku. Tapi bila dah kenal baru aku tau, bahasa diowang ni memang kasar tapi hati baik dan mudah mesra. Di Melaka, aku jadi penghisap rokok tegar, tambah bila dapat berkumpul dengan teman serumah sewa yang kaki rokok. Mase tu Dunhil ada keluarkan rokok kotak berisi 7 batang dan berharga RM1.50. Kotak ni la yang selalu aku beli sebab hanya mampu beli 7 batang. 7 batang ni boleh tahan 2-3 hari kalau tak kene pow ngan member2. Sesi pow mengepow ni dah jadi kebiasaan sebba bila aku takde rokok aku akan pow member aku, dan bila member aku takde rook aku plak kene pow. Begitulah kitarannya.
Tahun 2000 lepas grad aku start keje. Mase ni aku dah mampu beli kotak Dunhill berisi 14 batang dengan harga RM2.50 kalau tak silap aku. Aku memang penyokong kuat jenama Dunhill mase tu, kadang-kadang je beli Marlboro kotak keras isi 14 bantang. Bagi aku rase Marlboro ni payau skit berbanding Dunhill.
Tahun 2003 adalah tahun pengurangan aku menghisap rokok. Kesedaran mula timbul bila aku dengar ceramah-ceramah tentang syarikat-syarikat rokok ni yang menjadikan keuntungan mereka untuk membantu Israel membuat senjata, membunuh rakyat Palestine. Rupenyer selama ni aku dikire bersubahat kerana menyokong syarikat tersebut. Selain itu aku jugak kerap kene batuk-batuk. Alhamduliilah bila aku check paru-paru aku masih ok cume doktor cakap kene kurangkan dan kalau boleh berhenti terus. Perlahan-lahan aku cuba kurangkan menghisap. Dari 14 batang aku kurangkan ke 7 batang. Sehari biasanya aku isap 4-5 batang, aku kurangkan kepada 3 batang. Proses itu berterusan sampai tahun 2004, tahun dimana aku akan berkahwin setelah menemui cinta sejati. Mase tu pon aku berfikir kalau aku teruskan isap rokok macam mane aku nak tunjuk contoh yang baik pada anak2-anak aku nanti. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan sokongan dari cinta sejati, aku berjaya berhenti menghisap rokok pada tahun 2004. Teori mengatakan bila berhenti isap rokok badan jadi naik. AKu mula-mula percaya jugak, sebab badan aku naik secara serius, tapi bila pikir-pikir balik, lepas kawen makan minum terjaga dan kurang senaman, merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan.

0 comments: