Monday, September 6, 2010

Hari-hari terakhir Ramadhan


Diam tak diam masuk hari ni dah 28 hari kita berpuasa. Ini bermakna lagi 2 hari Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal menjelma. Rasa sedih dan sayu pula mengenangkan Ramadhan yang akan pergi. Bulan barakah ini akan berlalu pergi. Dulu masa kecik kalau dah masuk hari ke 27 atau 28 aku begitu seronok sebab bulan puasa akan berakhir. Tapi bila dah dewasa a.k.a tua ni, barulah aku rase nikmatnyer bulan puasa ni serta barakahnya bulan Ramadhan ni. Adakah kita akan berjumpa lagi Ramadhan di tahun depan? Memang terasa kelainannya bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain, walaupun kita terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang hari. Mungkin itu rahmat yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNya.
Dan kalau takda apa aral mungkin kita akan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat ni. Satu hal yang aku tak suka bila menyambut Aidilfitri ni, stesen-stesen tv kerajaan dan swasta akan berlumba-lumba menayangkana hiburan yang pada aku amat keterlaluan, seolah-olah ingin melepaskan geram tak dapat berhibur sebulan di bulan Ramadhan. Macam-macam hiburan disajikan yang melalaikan disajikan setiap jam di Hari Raya nanti selama seminggu. Inilah ouncanya anak-anak zaman sekarang tidak suka untuk keluar menziarah sanak saudara kerana ingin menonton tv. Teringat tazkirah di surau malam kelmarin, ustaz itu menyatakan, Professor Sheikh Yusoff Al-Qardhawi berkata pemimpin sekular akan membiarkan umat Islam melakukan 3 perkara:

1.Kemiskinan
2.Kejahilan
3.Keseronokkan

Yang nombor 3 tu memang berlaku. Umat Islam dibiarkan leka berhibur sehinggakan lupa memperingati mati. Tak salah untuk berhibur tapi perlulah ada batasannya. Moga moga kita tidak termasuk golongan yang leka berhibur.

p/s: Entry ini agak serius. :)

2 comments:

Faizal Haji Ali said...

Raya mana dulu Zan? Datang la rumah sebab tahun ni full week kat Parit Nibong

rok808 said...

aku balik sg tiang dulu..tp raye kedua ptg gerak ke batu pahat...insyallah kalau sempat aku singgah..