Sunday, October 31, 2010

KM223 PLUS Hiway..

Lepas aku baca entry dari Pezal SGHC, aku teringat yang laluan ni merupakan laluan aku tiap kali balik kg Batu Pahat. Papan tanda ni menjadi popular lepas kejadian 10.10.2010 lepas. Dan kebetulan pulak Jumaat mlm lepas balik Batu Pahat. Dengan rase yang agak berdebar2 aku gagahkan jugak.

Semalam (Ahad) aku balik KL balik. Dah bincang2 ngan orang umah aku, balik sebelum Maghrib. Lebih kurang kol 4 aku gerak balik menuju ke KL. Lepas amik tiket kt tol Pagoh, trus masuk hiway. Tengok belakang anak2 dan orang umah aku dah tdo. Cuaca agak mendung, tapi takde plak tanda2 nak hujan.Dark gloomy org jawa kate. Keter pon tak banyak. Sampai kt Ayer Keroh jam kete tunjuk dlm kol 5.45. Makne kate aku sempat la melewati km223 ni sebelum 6.30. Memang aku bajet sebelum 6.30 kene lalu situ. Sebab apa? Jangan tanya..heh. Biasa balik kampung ke balik KL aku jarang tengok papan tanda kecik kat tepi hiway. Tapi kali ni ntah kenape boleh plak aku tengok setiap nombor2 yang tertera kt papan tanda tu..Minat untuk tengok berterusan sampai la exit Simpang Ampat/ Alor Gajah. Semakin lama nombor pada tanda tu naik, semakin kuat plak debaran aku. Cuaca masih mendung suram. Terus aku aku bukak radio IKIM.fm. Gile ape nk dengar lagu Thrash waktu2 petang yang suram ni..mmg cari pasal. Sampai ke papan tanda KM221 aku tarik napas dalam-dalam.. sambil perhati keliling sume kereta dipandu agak perlahan walaupun situ 110kmh. Porsche Cayenne pon aku boleh kitai. Akhirnya sampai KM223, aku tengok ada lagi kesan-kesan tayar membrake bersimpang siur,kesan tumpahan minyak pon ada lagi. Besi divider kt tengah hiway dah tukar yang baru..Tak dapat dibayangkan..macam mana la mase kejadian tu..

Rupenyer sebelum kejdian 101010 ni, banyak cerita2 'menarik' pada yang lalu area sini. Antara citer yang aku dengar dan agak horror, citer adik ipar aku pasal kawan dia yang balik dr KL ke Johor tengah2 mlm. Menurut citer adik ipar aku tu, lepas kereta melintasi laluan ni, kereta yang berada dibelakang kereta kawan adik ipar aku tu memberi signal high bimp. Driver ingat kereta belakang ajak game ke, ajak sprint test ke..rupenyer kereta belakang nk bgtau kereta depan tu ada 'bende' sedang bertenggek diatas kereta tu, dan 'bende' itu ikut sampai ke rumah..lepas tu wallahua'llam..Banyak lagi versi-versi cerita..malah ada yang pernah ternampak, terasa, dan terusik..Mintak dijauhkan...

1 comments:

makcikpc said...

nasib baik tzkde kesan tumpahan dara ngeeeeeeee