Wednesday, October 27, 2010

Seri Kembangan





Tidak diketahui asal usul name bandar Seri Kembangan ni. Ape yang berseri dan apa yang berkembang, ntah aku pon tatau.Aku dah dekat 6 tahun duduk kat area sini. Tahun 2004 bulan 6, lepas kawen aku trus pindah ke sini. Masa bujang aku duk kat quaters MMU. Masa tahun 2004 tak ramai populasi penduduk yang kat area sini. Rumah2 memang banyak dibina. Dan rumah yang terbengkalai pon sama banyak jugak. Ini adalah hasil dari developer Talam yang bermasalah. Masa ni kurangnya manusia duduk area sini adalah kerana dipinggir Seri Kembangan ni terdapat tempat pelupusan sampah yang wujud lebih lama dikawasan ni. Tahun 2004 sampai 2007 penduduk disini terpakse menghidu bau2 sampah pada pagi dan selepas hari hujan. Manakala pemandu2 terpakse mengadap lori2 Alam Flora yang mengeluarkan air busuk dari lori. Satu lagi sebab tak ramai yang stay,bank2 tidak berani memberi pinjaman kepada orang yang nk beli rumah under Talam ni. Walaupon harga rumah ketika itu memang murah.Memang Talam dah diblaklist.
Tapi tu citer 3-4 tahun dulu. Skang tahun 2010. Developer Talam telah ditakeover oleh kompeni lain yang lebih stabil. Makanya bank2 lebih berani memberikan hutang kepada orang2 yang nk beli rumah di area sini. Secara autometik plak harga rumah disini telah meningkat dengan mendadak. Wujudnya Jaya Jusco dan tumbuhnya rumah2 kedai, kedai2 game, kedai snooker, kedai2 mamak 24jam telah menjadi faktor kenaikan harga rumah. 21/10 aritu dengan rasminyer Giant telah dibuka. Dan dengan rasminyer jugak pakcik2 kedai runcit akan kekurangan pelanggan atas sebab pelanggan telah pergi ke Giant yang lebih besar dan berhawa dingin. Tapi disebelah Giant terdapat Pasar Borong Selangor yang wujud lama disitu. Dan Ini akan meningkatkan persaingan. Seperti yang diketahui walapon Pasar Borong ni tiada aircon dan sentiasa basah namun harga yang ditawarkan lebih murah berbanding Giant.
Tempat pelupusan sampah plak telah dipindahkan. Dan semakin ramai orang2 luar yang telah berpindah kesini. Tu belom kire pendatang2 yang pindah kesini. Pendatang2 asing pon cakap dah pandai cakap macam orang tempatan. Pagi2 jalan Putra Permai menuju ke LDP akan jem. Ini mengurangkan nafsu aku untuk memandu kereta. Panorama malam di area Seri Kembangan diserikan dengan lampu2 neon dan aku boleh katakan Seri Kembangan tak lama lagi setaraf Kota Damansara.

0 comments: