Wednesday, June 30, 2010

Project restorasi KE70





Secara tidak sengaja aku telah terbeli sebijik kereta Toyota KE70 tahun 1982/82 tanpa pinjaman bank. Pembelian tunai telah berlaku kerana harga kereta lama ini kurang dari RM5K. Kenapa beli kereta lama? Sebab utamanya adalah aku tanak berhutang lagi selama 7/8 tahun dengan bank. Yang keduanya aku beli kereta ini bukan sebab nak main drif atau autoshow. Aku beli kereta ni untuk kesenangan aku pegi UKM, Bangi tiap Sabtu dan Ahad. Tak daya naik moto, kebas bahagian bontot serta organ sulit. Kereta ini juga menjadi backup kalau kereta Viva ada problem.
Buat masa ini, insyallah ada rezeki aku buat body dulu. Biasalah kereta lama ini body karat, tapi kereta ni karat dalam 30% je. Lantai, wall kat enjin tak karat, tu yang penting. Enjin pon alhamdulllah ok. Aircon pon sejuk tahap aircon Panasonic Inverter. Enjin KE70 ini bersesasaran 1490cc. Dalaman kereta ni pada aku ok. Cuma warna je dah agak pudar. Plan untuk balut interior ni, tapi itu projek akan datang kalau ada rezeki. Insyallah akan aku update progress projek ni dalam blog ni.Projek pelan pelan kayuh..

p/s: SGHC ada tak sticker TRD ke TOM's ke?...jual murah2 leh? :)

Tuesday, June 29, 2010

WC 2010: Quater Final




Seperti dijangka, pertemuan suku akhir Piala Dunia 2010 kali ini menemukan 2 team terhebat, Belanda ngan Bra-zil, selain pertemuan Uruguay-Ghana, Argentina-Germany, dan Paraguay-Spain. Untuk pusingan kedua Belanda telah meng'ayam'kan team Slovakia yang mempunyai penyerang berkuasa Vittek, 2-1. Manakala Bra-zil membenam pasukaan 'red hot Chile' dengan jaringan 3-0. Ye, ramai akan memilih Bra-zil untuk memenangi perlawanan suku akhir ini tapi bola itu bulat der macam-macam boleh berlaku. Ape pon tunggu dan lihat jelah game tu nanti..

Hari lahir Mohd Faris Zaqwan


Posing dlm kolam renang tanpa baju..mcm poster dlm majalah Mangga

Hari ini 29/6/2010 genap 5 tahun umur anak sulung aku Mohd Faris Zaqwan.So macam biasa malam semalam aku dengan orang rumah aku bershopping membeli jajan-jajan, gula-gula untuk dibungkus dan diberikan kepada rakan-rakan Faris kat sekolahnya.Ibunyer juga telah siap menempah kek Ben10 atas permintaan Faris pada minggu lepas dan awal pagi tadi dah diambil dari kedai dan dibawa ke sekolah Faris untuk acara tiup lilin, potong kek dan makan ramai-ramai sambil buat lawak Upin Ipin
Faris ni rupe paras ikut acuan ibunyer dan atuknya di Batu pahat, Chinese look dan langsung lari tema rupa paras kejawaan seperti bapaknyer. Sampai pakcik2nyer memanggil dia Park Ji Sung kalau kumpul ramai ramai di kampung. Ikut kate cikgu dia, kat dalam kelas dia ni pendiam dan tak berapa aktif tapi memahami apa yang diajar oleh cikgu, kalau cikgu tanya balik. Yang ni serupa macam aku skit2 mase aku sekolah dulu.Tapi aku banyak diam sebab aku ngantuk. Semoga panjang umo dan murah rezeki untuk Mohd Faris Zaqwan dan tunggulah hadiah surprise dari ayahmu ini.

Saturday, June 26, 2010

Tongkeng ayam gore


Ntah kenapa aku dah ketagih makan tongkeng ayam panggang ni. Baliik keje musti pegi kedai akak penjual kepak ayam, tongkeng dan hempedal panggang yang disaluti madu. 1 cucuk ada 4-5 tongkeng yang disusun rapat-rapat mengikut sais dan darjah kecembungan tongkeng yang berharga RM1.00 tanpa nego.

Back to nature




Cuti Sabtu aku dihabiskan dengan bawak anak bini aku mandi air terjun kat Sungai Congkak. memang dah agak lama aku tak masuk hutan lipur/air terjun ni. Aku bukan apa..kalau dah masuk hutan bab makan minum aku tak kisah sangat, tapi bab nak melepaskan hajat ni memang problem bagi aku kalau masuk hutan. Tak comfort.
Anak-anak enjoy main air cume masih takut-takut dengan kedalaman air walaupun hanya paras lutut diowang.

Thursday, June 24, 2010

Amarah pagi

Jam 6.00 pagi. Aku berada termenung di bilik termenung melepaskan hajat. Termenung sambil memikirkan apa yang akan aku buat hari ini. Termenung memikirkan apakah team Belanda akan bertemu Argentina di final World Cup nanti, atau adakah team Argentina akan terkulai layu ditangan team Mexico. Tiba-tiba.."Dam..dam..dam"..pintu fiber bilik termenung kene ketuk dengan rakus sekali. Aku tersentak dan terkejut. Sekali lagi diketuk."Dam..dam..dam"..kali ini deketuk dan disepak pintu tu. Seterusnya..aku terdengar suara Mohd Fatih Ziyad menangis mintak susu...sambil menendang-nendang pintu tanda protes aku lambat keluar.."adik nak susu cepat mintak ibu buat,," suara aku agak lembut..Sekai lagi Fatih Ziyad menangis dan menendang pintu.."suruh ibu buat la"..aku bersuara dengan nada agak tinggi.Fatih Ziyad tanak jugak menghentikan perbuatan menendang pintu. Nafsu membuang aku dah makin luntur..aku pausekan aktiviti aku kejap..basuh mane yang patut..bukak pintu.."pang!..tempeleng hinggap di pipi Mohd Fatih Ziyad dengan kadar yang tak baper laju..terus amik botol kat tangan dia..bancuh susu Dugro perisa coklat..Fatih Ziyad tersedu-sedu kene tempeleng..Tapi tangisannya dah berhenti sambil minum susu..
Aku memang otometik akan jadi ganas bila aktiviti dalam bilik termenung aku diganggu dan merencatkan keseronokkan meraikan kemenangan Belanda pagi tadi.

Ola Oranje


Seperti dijangka, team Belanda yang memang sudah layak ke pusingan kalah matibile menang 2 game dalam kumpulan(u/p:fans team Argintina), menewaskan Cameroon 2-1. Game kali ni Belanda menurunkan Arjen robben pada minit ke 70. Tapi nampak Robben still takut2 nak rebut bola mungkn sebb baru pulih dari injured dan nak simpan kaki untuk next game. Gol-gol Belanda di jaringkan oleh Van Persie dan Klass Jan Huntelaar. Pusingan kalah mati Belanda akan lawan Slovakia yang menang ke atas team cempion 2006, Itali. Up the Oranje

Slash datang Malaysia?


Bukan kumpulan rock Slash 90an (Taman Astakona), tapi Slash bekas gitaris Guns and Roses dikatakan akan datang ke Malaysia. Sumber-sumber dari FB, twitter pakcik2 rockers menyatakannya. Tak tau plak samada dia datang sorang atau dgn Snakes Pit, atau Velvet Revolver. Adakah benar? benarkah? Tapi aku bukanlah kipas susah mati Slash so tak teruja sangat.

Malaysian @ World Cup 2010


Game Belanda vs Cameroon tgh rehat. Seperti dijangka Belanda tengah leading 1-0 menerusi jaringan Van Persie. Perut pon memulas pagi-pagi ni. Okeh, antara aksi kat World Cup yang aku tunggu adalah aksi wakil Malaysia iaitu Encik Subkidin kita selaku pengadil perlawanan. Dah nak masuk pusingan kalah mati tetapi kelibat En Subkidin hanya dilihat sebagai pengadil nombor 4 sahaja. Belum ada rezeki untuk menjadi pengadil perlawnan. Aku rase, rakyat Malaysia pon tertungu-tunggu aksi beliau. Apepon sabar jela ye encik Subkidin, tak dapat jadik ref utama tapi dapat tgk player star2 main pon dah kire bagus.

Potong..potong..potong


Jam komputer menunjukkan pukul 2.15 pagi. Aku terjaga kol 2 pagi tadi itu pon sebab si Fatih ngerek mintak aku buatkan susu. Kebetulan aku pon nak bangun untuk tunggu game Belanda vs Cameroon. Sementara menunggu ni aku bukak la internet aku yang semenjak 2-3 ari ni connection macam gampang je. Aku pakai P1 Wimax. Entah kenapa kalau aku online malam antara jam 9.00pm ke 11.00pm connectionnyer terlampau slow. Kene refreash 2-3 kali baru dapat masuk internet. Nak update blog malam2 pon tak boleh. Tapi bile aku online waktu-waktu macam ni laju plak.Argg tension betul. Takkan kene oline kol 2.00-3.00 pagi. RAse nak campak je modem wimax ni.

Wednesday, June 23, 2010

Nasib baik mamat ni score


Kalau kalah kompem balik pack barang awal..

Saturday, June 19, 2010

Up the Oranje


Baru habis tengok game Belanda vs Japang. Separuh masa pertama Belanda main agak slow dan behati-hati. Ada beberapa try je dari Snidjer, VanPersie dgn Kuyt. Masuk second half main laju skit dan dapat score melalui sepakan laju2 Snidjer. Keeper Japang tercaples skit. Apepon janji dapat 3 mata untuk masuk scond round, dan aku yakin masuk second round Belanda akan lebih agresif.

Thursday, June 17, 2010

Kedai back side


Jadah ape yang owner kedai ni cube promotekan..ass for sale..

Wednesday, June 16, 2010

Cuti bersama anak isteri

"ayah ada itan jaws dalam tu"



"Flea market"




Last week aku amik cuti 3 ari..sengaja amik cuti lama..dah tengah tahun lom amik cuti lama..inilah masanya..lagipon bila lagi nk nyusahkan member2 se opismate ye tak..huhu..Balik Batu Pahat layankan anak2 pergi Wet World kat Bukit Pasir, BP. Tak sangka Batu Pahat pon ada Wet World beb. Walaupon tak segah A Famosa atau Sunway Lagoon, kire ok la untuk warga Batu Pahat bawak anak2 main air. 1 bende aku jumpe kat bando BP, pagi-pagi kat sebelah pasar sayur/ikan akan ada jualan barang2 secondhand. Banyak barang-barang ni dibawa dari pekan Rengit. Kalau nak tau ada 1 tempat orang asli kt pekan Rengit tu ada jual barang2 elektrik dari Singapore. Kesemua barang dari sekecil barang sampai peti ais 3 pintu ada dijual dan berjenama popular. Aku dgn org umah aku penah masuk ke area situ dan memang mengujakan. Mase tu igt nak beli set home teater tapi tak jadik. Orang asli pon pandai letak rege n tau rege. Menurut kate org umah aku, kawasan penempatan situ adalah terletak dibawah jagaan Sultan Johor. Mungkin sebab tu diowang kerek skit nak bagi rege murah.
Berbalik pasar pagi tadi.. barang-barang yang dijual agak murah dan semestinya tiada warranty. Dari keyboard komputer, pemain cakera, kipas syiling, lampu ayam sehinga papan selau ada dijual. Sesuai utk jiwa yang passion kt barang2 sekenhand macam aku..

Decibel mayhem = Vuvuzela


Kat Malaysia natang ni dah ada ke?..kalau dah ada aku nk order 1, modify kt motor waveX aku gantikan hon..kasik honk sama mat2 keter yg selalu himpit moto aku mase trapik jem..kompem kene chronic disoder heart attack

Thursday, June 10, 2010

World Cup 2010


Malam esok akan bermula sepak mula World Cup 2010. Ramai mat mat bola yang excited. Ramai yang akan tunggu sampai awal pagi untuk menonton tournement 4 tahun sekali ni. Ramai jugak la mat mat bola yang rabak mata datang gi keje keesokkannya. Banyak la kedai kedai mamak jadi port mat mat bola menonton kat canvas puteh yang beso. Pelik, apsal kedai-kedai mamak je jadi tumpuan, kedai makan makcik Limah ujung block C tak lak jadi tumpuan. Juga banyak kaki judi/bookie yang bersiap2 dengan mesin kire2, komputer, dan wang untuk betting sape menang World Cup 2010.

-Tahun ni banyak team-team yang bagus qualify antaranya Brazil(mmg kompem tiap2 kai World Cup), Itali, German, England, Perancis(tak aci gol pakai tangan Henry mase playoff)dan Belanda. Dalam banyak-banyak team pilihan ni..aku pilih Belanda untuk cempion tahun ni. Sebab? Mase qualification group Belanda menang semua game dan paling konsisten. Dalam group Belanda paling menyerlah.Satu lagi Belanda ni team yang dikenali dengan prmainan 'Total Football" sejak zaman 70an era Johan Cruyff lagi. Tapi satu je problem Belanda ni time tournement betul terlampau gabra seperti tahun-tahun dulu. Apepon dengan playmaker macam Robben(rambut style rambut botak tgh) Van Persie, Hunterlaar dan Snidjer harap boleh 'tapaw' team lain terutama Argentina (jgn marah SGHC :)) dan German yang boleh dikatakan main rival Belanda. Kalau 2 team ni lawan kompem banyak tackle dan kad2 melayang sebb game 'panas ( mcm tahun 1990). Ape pon 'Up the Orenje".



//Malaysia bila lagi ek..

Tuesday, June 8, 2010

Anti Show Off Money Movement


Sape-sape yang ada akaun Facebook (FB) mesti perasan kadang-kadang pengguna FB akan letakkan gambo duit banyak-banyak kat Wall diowang. Apa sebenarnya motif diowang? Dari ape yang aku tau ini adalah salah satu strategi untuk menarik minat pengguna FB menyertai MLM kirenyer nak carik downline. Aku tak anti MLM aku cume anti orang yang menunjuk-nunjuk duit banyak je. Menunjuk untuk lambang kepuasan akan menimbulkan rasa riak dan bongkak. Cariklah strategi lain nak tarik downline..Kene ingat bile-bile mase je Allah boleh tarik balik rezeki.

Friday, June 4, 2010

Acara bulan June

Yaah cuti sekolah datang lagi..memang seronok budak2 sekolah bulan ni. Dulu mase cuti sekolah (sekolah rendah)kat kampung time cuti je banyak acara boleh dibuat..Yang paling best mandi parit, bola petang2 dan carik kerang kt Sungai Belukang..Dan yang pasti, cuti sekolah ni amat seronok bagi pasangan2 yang nak kawen. Aku start ujung bulan May aritu dah attend kenduri-kendura. Minggu ni Sabtu (5 Juni)pegi Ke Jerantut, Pahang kenduri kawen sedara belah mak mertua. Next weekend kawan2 plak kawen, dan minggu 3 bulan Juni ada gak kawan2 yang naik pelamin. Jadik kalau dah dapat jemputan kenelah attend..Tapi atas komitment yang tak dapat dielakkan maybe aku dapat attend minggu ni dan next week je.Minggu jugak ada tournement GLU (sukan antara 3 universiti GLU MMU,Uniten dan UTP). Harap2 dapat jadi cempion taun ni..