Sunday, October 31, 2010

KM223 PLUS Hiway..

Lepas aku baca entry dari Pezal SGHC, aku teringat yang laluan ni merupakan laluan aku tiap kali balik kg Batu Pahat. Papan tanda ni menjadi popular lepas kejadian 10.10.2010 lepas. Dan kebetulan pulak Jumaat mlm lepas balik Batu Pahat. Dengan rase yang agak berdebar2 aku gagahkan jugak.

Semalam (Ahad) aku balik KL balik. Dah bincang2 ngan orang umah aku, balik sebelum Maghrib. Lebih kurang kol 4 aku gerak balik menuju ke KL. Lepas amik tiket kt tol Pagoh, trus masuk hiway. Tengok belakang anak2 dan orang umah aku dah tdo. Cuaca agak mendung, tapi takde plak tanda2 nak hujan.Dark gloomy org jawa kate. Keter pon tak banyak. Sampai kt Ayer Keroh jam kete tunjuk dlm kol 5.45. Makne kate aku sempat la melewati km223 ni sebelum 6.30. Memang aku bajet sebelum 6.30 kene lalu situ. Sebab apa? Jangan tanya..heh. Biasa balik kampung ke balik KL aku jarang tengok papan tanda kecik kat tepi hiway. Tapi kali ni ntah kenape boleh plak aku tengok setiap nombor2 yang tertera kt papan tanda tu..Minat untuk tengok berterusan sampai la exit Simpang Ampat/ Alor Gajah. Semakin lama nombor pada tanda tu naik, semakin kuat plak debaran aku. Cuaca masih mendung suram. Terus aku aku bukak radio IKIM.fm. Gile ape nk dengar lagu Thrash waktu2 petang yang suram ni..mmg cari pasal. Sampai ke papan tanda KM221 aku tarik napas dalam-dalam.. sambil perhati keliling sume kereta dipandu agak perlahan walaupun situ 110kmh. Porsche Cayenne pon aku boleh kitai. Akhirnya sampai KM223, aku tengok ada lagi kesan-kesan tayar membrake bersimpang siur,kesan tumpahan minyak pon ada lagi. Besi divider kt tengah hiway dah tukar yang baru..Tak dapat dibayangkan..macam mana la mase kejadian tu..

Rupenyer sebelum kejdian 101010 ni, banyak cerita2 'menarik' pada yang lalu area sini. Antara citer yang aku dengar dan agak horror, citer adik ipar aku pasal kawan dia yang balik dr KL ke Johor tengah2 mlm. Menurut citer adik ipar aku tu, lepas kereta melintasi laluan ni, kereta yang berada dibelakang kereta kawan adik ipar aku tu memberi signal high bimp. Driver ingat kereta belakang ajak game ke, ajak sprint test ke..rupenyer kereta belakang nk bgtau kereta depan tu ada 'bende' sedang bertenggek diatas kereta tu, dan 'bende' itu ikut sampai ke rumah..lepas tu wallahua'llam..Banyak lagi versi-versi cerita..malah ada yang pernah ternampak, terasa, dan terusik..Mintak dijauhkan...

Wednesday, October 27, 2010

Penderaan Tahanan ISA




Budak ni memang boleh dikategorikan dalam extream. Umo 1 tahun kelopak mata terkoyak bila abgnya tertolak ke bucu dinding umah embahnya kt Sg Tiang, 1 hari sebelum raya 2008. Umo 1 lebih..dahi plak berjahit 5 jahitan akibat terjatuh dari atas kusi masa makan kat kedai. Dahi mencium tar..darah mencurah dari dahi mcm Mick Fooley lwn Undertaker dlm Hell In The Cell 2001.
Umo 3 tahun kuku plak tercabut..balik sekolah mengadu sakit kaki..bapaknyer cek kuku dah tercabut..trus potong separun..sibbaik tak teriak..
Satu petang ujung minggu..jalan2 area Putrajaya..tgk orang main Wau..tiba..'Uwaaa'' tangisan dikenalpasti..toleh belakang si adik dah tersungkur..kat tmpt pejalan kaki simen..Si abang melarikan diri ke kereta...Kesan calar terdapat sebelah mata..esoknya..kesan darah kering muncul...

Seri Kembangan





Tidak diketahui asal usul name bandar Seri Kembangan ni. Ape yang berseri dan apa yang berkembang, ntah aku pon tatau.Aku dah dekat 6 tahun duduk kat area sini. Tahun 2004 bulan 6, lepas kawen aku trus pindah ke sini. Masa bujang aku duk kat quaters MMU. Masa tahun 2004 tak ramai populasi penduduk yang kat area sini. Rumah2 memang banyak dibina. Dan rumah yang terbengkalai pon sama banyak jugak. Ini adalah hasil dari developer Talam yang bermasalah. Masa ni kurangnya manusia duduk area sini adalah kerana dipinggir Seri Kembangan ni terdapat tempat pelupusan sampah yang wujud lebih lama dikawasan ni. Tahun 2004 sampai 2007 penduduk disini terpakse menghidu bau2 sampah pada pagi dan selepas hari hujan. Manakala pemandu2 terpakse mengadap lori2 Alam Flora yang mengeluarkan air busuk dari lori. Satu lagi sebab tak ramai yang stay,bank2 tidak berani memberi pinjaman kepada orang yang nk beli rumah under Talam ni. Walaupon harga rumah ketika itu memang murah.Memang Talam dah diblaklist.
Tapi tu citer 3-4 tahun dulu. Skang tahun 2010. Developer Talam telah ditakeover oleh kompeni lain yang lebih stabil. Makanya bank2 lebih berani memberikan hutang kepada orang2 yang nk beli rumah di area sini. Secara autometik plak harga rumah disini telah meningkat dengan mendadak. Wujudnya Jaya Jusco dan tumbuhnya rumah2 kedai, kedai2 game, kedai snooker, kedai2 mamak 24jam telah menjadi faktor kenaikan harga rumah. 21/10 aritu dengan rasminyer Giant telah dibuka. Dan dengan rasminyer jugak pakcik2 kedai runcit akan kekurangan pelanggan atas sebab pelanggan telah pergi ke Giant yang lebih besar dan berhawa dingin. Tapi disebelah Giant terdapat Pasar Borong Selangor yang wujud lama disitu. Dan Ini akan meningkatkan persaingan. Seperti yang diketahui walapon Pasar Borong ni tiada aircon dan sentiasa basah namun harga yang ditawarkan lebih murah berbanding Giant.
Tempat pelupusan sampah plak telah dipindahkan. Dan semakin ramai orang2 luar yang telah berpindah kesini. Tu belom kire pendatang2 yang pindah kesini. Pendatang2 asing pon cakap dah pandai cakap macam orang tempatan. Pagi2 jalan Putra Permai menuju ke LDP akan jem. Ini mengurangkan nafsu aku untuk memandu kereta. Panorama malam di area Seri Kembangan diserikan dengan lampu2 neon dan aku boleh katakan Seri Kembangan tak lama lagi setaraf Kota Damansara.

Menjengkelkan


Minggu-minggu ni dan sampailah 4hb November ni banyak berita pelik akan keluar kat berita TV terutama siaran tv-tv kerajaan dan tv3. Aku memang dah lama tak tengok berita tv1 n tv2. Bukan sebab pembaca beritanyer tak mencapai spec Diana Danielle, tetapi beritanya kurang menepati citarasa aku dan aku rasa banyak berat sebelah. TV3 plak dari jam 8.00 ke 8.30 memang aku tak tengok. Rase meluat dan nak menghempas LCd Sony akan muncul bila tengok berita2 dari tv3 ni. Banyak auta dari fakta. Kalau tengok pon, lepas tu aaku akan bukak media2 yag lebih bebas kt internet untuk check n balance, pastu boleh aku buat kesimpulan yang mana betul dan yang mane bohong. Jam 8.45 baru aku bukak tv3 untuk berita sukan, walaupon pembaca beritanya tergagap2 menyebut ahli sukan luar negara. Dan yang pasti sampai 4hb November ni banyak berita pelik, 'lawak sarkis', auta akan disiarkan. Dari itu berita dari Astro Awani menjadi pilihan dan aku rase lebih telus walaupon bukan 100%.

"Ke arah kebebasan media"

Thursday, October 21, 2010

Asal usul


Baru aku tau band ni dah lama wujud..bertarbus lagi..khekheh sakit esofogus aku ketawa..

Monday, October 11, 2010

Dak abang nak exam dah



Minggu depan dak abang si Faris akan menduduki peperiksaan akhir tahun kt Taska dia. Aku agak kagum jugak sebab 5 tahun pon ada exam. Dan aku tambah kagum bila cikgu dia bagi buku2 teks sebanyak 12 buah untuk diulangkaji. Ni baru sekolah tadika dah ada berbelas buku teks. Belom masuk sekolah rendah lagi. Minggu ni minggu study week dia..so kene pantau TV dan astro ceria. Kalau tak jawap exam dgn lukis gamba otromen la.

MotoGP




Hujung minggu lepas aku dgn En.Kuzairul Hizam telah pergi ke Sepang Circut untuk menonton motoGP disamping mencuci2 mata. Aku ni bukanlah peminat tegar motosikal berkuasa tinggi yang ada hanyalah kapcai bersesaran 125cc. Tapi disebabkan dapat tiket free aku gagahkan jugak untuk menonton buat kali kedua. Tahun lepas aku bawak anak2 aku, tp tahun ni tak bawak sebab environment kt SIC ni hanya sesuai utnuk orang2 dewasa sahaja. Sampai sane jam 3.3o ptg. Beselah kalau dah lewat2 ni kompem kene parking kt ladang kelapa sawit belakang SIC, dan menapak lebey kurang 2km untuk sampai ke entrace. Sampai kat grandstand acara 500cc dah nak start. Rider faveret aku Valentino Rossi mula kat petak no 6. Petak no 1 Jorge Lorenzo. Si Rossi ni mmg rider yang hati kering dari no 9 dia overtake satu per satu rider lain sampai jejak no 3. Dan dia akan overtake bile kat corner sahaja. Rider lain kt corner slowdown dia leh meemcut kt corner..mmg gifted dia ni. Dari no 3 dia overtake 2 rider..ke no 1 sampai abis lap. Sume penonton bg standing ovation kt dia..dan aku tgk mmg ramai supporter Rossi kat Malaysia ni. Bestnyer kalau dapat bawak Yamaha R6 ejos bawah seat..